"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Kunjungan Sayang | Hati saya sangat tersentuh.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday 31 October 2010 13 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Jari ini tentu paham perasaan saya bila saya menaip ayat-ayat ni. Saya rasa sedih. Sangat terasa, sangat tersentuh dengan apa yang saya alami tadi. Allah, terima kasih kerana memberi saya nikmat dah sangat-sangat perlu saya syukuri. Nikmat Iman, nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang. SubhanaAllah!!

Sekejap tadi, saya merasai pengalaman di rumah2 anak yatim, oku dan ibu tunggal di Titiwangsa. Pengalaman bercakap2, berkongsi2 dengan adik2, dgn akak2 serta dengan nenek2. Allah, hati saya tak kuat untuk tahan kesedihan, hati saya lembut, hati saya....

Bermula di rumah/asrama lelaki, kami disambut oleh akak pengurusan disana. Kami nyatakan hasrat kami, kami nyatakan tujuan kami. Kami diberi taklimat ringkas. Kami, 4 sisters dan 4 brothers kemudian masuk ke rumah, berkenal-kenalan dengan adik2 dan orang tua di rumah lelaki. Oku dan ibu tunggal tidak tinggal di rumah tu, mereka tinggal di rumah perempuan. Kami bergaul mesra, kami lihat adik2 kecil yang tak mengetahui apa2 tidur berselerakan tanpa ibu kandung, tanpa bapa. Allah takdirkan mereka begitu. Tapi antara mereka, ada juga hasil dari perbuatan haram, perbuatan sumbang mahram. Biarlah, saya tak mahu kenalinya meraka yang mana satu!

Tepat waktunya, kami datang semasa mereka ingin bergotong royong untuk berpindah ke rumah lain. Banyak barang2 dipunggah dan dipindah tadi. Alhamdulillah, masyarakat kita sangat baik, saya lihat satu kontena lebih berisi barang2 sumbangan, terpakai mahupun baru. Ini kerja pihak brothers untuk mengemas, sisters di dalam rumah mengajar adik2 melukis, mewarna. Satu persatu barang dikutip, dikumpul, dipindah ke atas lori untuk dibawa ke rumah baru. Rumah baru mereka taklah sebesar rumah lama, oleh kerana tuannya mahu rumah tu kembali, apakan daya, mereka perlu berpindah jua, berpindah ke rumah lain. Rumah baru itu adalah rumah sementara sahaja. Rumah yang agak kecil dan tak selesa untuk 100 orang penghuni. Allah, berikan mereka keperluan yang baik, tempat tinggal yang selesa.

Setelah tengahari, kami ke rumah perempuan bersama2 adik2 yang berpindah terus ke sana. Sisters menaiki van yang disediakan bersama mereka. Kami disambut lagi dengan penghuni rumah perempuan, akak dyana, makcik2, nenek2. Mereka lemah ya Allah, kuatkan mereka! Adik2 yang tak tahu apa2 ligat bermain bersama kawan2 mereka. Bermain, menjerit, bergaduh, itulah budak. Kami diberi amanah untuk pantau rumah tu semasa ketiadaan MakPah ibu/penjaga mereka dan semasa kesibukan akak, penolong MakPah. Dengan bilangan yang ramai tentu rasa susah untuk kawal suasana, kawan keadaan. Memang betul. Tapi Allah permudakan kami. Terima kasih Allah.

Kami berkenalan dengan akak oku yang berusia 24tahun. Tapi dia tetap memanggil kami seperti kami lebih dewasa daripadanya. abang.kakak. Dengan dia, hati saya sangat terasa. Dengan ucapan dia, hati saya lembut, sebak. Tapi saya takkan tunjuk kat mereka. Allah, kuatkan hati saya. Dia berkata, "Nama saya Dhiyana anak yatim piatu, takda mak, takda ayah, cuma mak angkat je ada." Dia selalu menangis, bila bercakap perkara sedih. Dia tanya soal mati, soal macam2. Sehingga soal kahwin. Tentulah, walaupun dia oku tapi otak dia masih baik, dia dapat ingat nama saya, sebut nama saya dengan betul. Dia mungkin ada ingin untuk soal itu.

Saya sempat bergaul lagi dengan oku-oku lain dan nenek2. Ada nenek yang baru saja masuk semingg di situ. Ada akak oku yang perlu sentiasa berada diatas katil. Semasa saya menjenguk nenek2 di dalam kamar perempuan. Saya melihat ada keluarga dia melawat. Adakah mereka tu adalah anak dan menantu nenek tadi? Saya tak pasti, saya ingin positive. Pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya. Saya cinta kebajikan. Terima kasih Allah.

Selepas kami sama2 solat asar berjemaah, kami pulang. Susah nak pulang kalau dah lama2 kat situ. Betul. Rasa nak duduk kat situ, spend masa lagi dengan mereka. Tapi tanggungjawab kita banyak lagi. Lain kali insyaAllah mampu diusahkan.

Daripada an-Nawwaas bin Sam’aan r.a, daripada Nabi s.a.w. baginda telah bersabda ; “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya.

[ Hadis riwayat Imam Muslim]

Alu aluan kepada dan daripada MakPah
kami bersama akak pengurusan
Adik2 tonton tv
Mula2 ke rumah perempuan b4 k rumah lelaki dan patah balik ke r.perempuan
Adik2 dan ibu tolong juga kemas stor Adik kecil tidur Kontena dijadikan stor Angkut barang ke rumah sementarasaya dan Nur
Adik kecil bermain
Pindah adik2 ke rumah perempuan
Robohkan katil
Melukis dan mencipta
oku, akak2,makcik2, nenek2


taaruf
ajar mengaji oleh ustaz dan ustazah
Khusyuk nyer
Main sorang2
akak2 dan ibu2 dlm cort perempuan
nenek dan saya
nenek senyum akhirnya
Kongsi2
4sis dan 2 bro, 2 bro lagi ada urusan lain

Salam alaik...

31hb.Sabtu. Saya dapat msg daripada kaksu untuk hadirkan diri ke PERKIM Kebangsaan. Taktau tentatif, program apa, saya dapat tahu ada talk je dari Ustaz Farid Ravi. Kalau dengar ada talk ni, ringan sikit kaki nak pergi, lagi2 daripada orang yang kita minat. (minat syarahannya). Mula2 saya sorang je confirm akan hadir, tapi last2 saya dapat 3 lagi peneman untuk hadir bengkel ni. Saya dah warning awal2 lagi kat diorang, saya tak tau program apa kat sana, kalau bosan, bawaklah diri ke mana2, be +ve.
4 wakil adun UIA Pj.heeSemua orang dewasa, dan kebanyakan muallaf
Masuk daftar diri(seb baik tak perlu bayar), saya, Syahmi, Wani dan penolong saya dalam fscc, Fatin Akmal yang hadir, wakil UIA Pj. Saya rasa, cuma 3 IPT je dalam tu. Kenapa ntah yang lain takde. Pelik. Sebenarnya, dalam hari ni saja, ada 2 pecahan kami, saya ke PERKIM Keb, presiden kelab ke PERKIM Petaling Jaya untuk meeting mengenai program dalam rafest nnti. Minta maaf kat sape2 yang tak sempat diajak, saya tak tau ada Bengkel Sahabat. Saya ingat just, talk je semata-mata. Len kali saya ajak ye, lebih2 lagi kat sahabat di DQ sana, maaf ana tak msg.

Dalam Bengkel Sahabat, banyak input kami dapat, antaranya Cabaran2 pendakwah, pengalaman mereka2 yang otai dan yang paling "bisa" ialah pengalaman ketua Malaysia dlm kapal Mavi Marmara. Saudara tu dia cerita bagaimana situasi mereka diserang oleh Israel. 9 orang sahabat dibunuh, ditembak di bawah mata. Ditembak di antara mata, atas kepada, dada. Sedih cerita pengalaman tu. SubhanaAllah, mereka syahid..

Tujuan Bengkel Sahabat sebenarnya untuk arrange semula secretariat dan bidang2 sahabat kepada elemen yang lebih spesifik. Sebelum tu, ada la talk ustaz Farid Ravi, datuk2 mengenai Bengkel Sahabat ni. Seronok la dengar pengalaman diorang. Bangga dapat tahu. Saya baru baby dalam hal dakwah dan kebajikan ni. takpe, kita cuba untuk istiqomah. Tiba-tiba terfikir lagi pasal :kalau ada zaujah saya ada minat macam saya jugak, mesti lebih hebat! hee.. ameen..ok, stop dari bengkel, saya keluar awal sejam lebih untuk berkumpul di depan ArmcopMall. Semua pelajar Architecture and Environmenal Design ada kat sana.ada element symetry kat bangunan ni, btol tak ek?
Mcam picnic
Saya dari KL, naik monorail. Setting masa cukup2, kemudian naik lrt ke Taman Jaya. Penat, sampai2 terus ambik kertas, sketch pe yang dikehendaki, cari bangunan, cari pokok, cari macam2. Akhirnya saya letih sangat2. Balik, saya rebah atas katil. Astagfirullahalazim... Saya insan biasa. Lemah kan. baru jalan2 sikit dah letih. hurm..

Esok saya bercadang ke Rumah Tititan Kasih, rumah anak yatim dan rumah ibu tunggal. Saya dah lama teringin nak ke sana. Dari cuti baru2 ni lagi, tapi saya postpone sebab saya ke Penang. Lagipun saya bertuah, esok saya tak berseorang insyaAllah, ada kawan2 sekali. Moga saya rasa lebih kuat!. Tujuan kami ke sana, nak berkongsi dengan penghuni di sana. Di samping tu, saya nak buat atau tolong apa yang patot. Just lawatan sayang. Moga dipermudakan..:-)

Saya tak benci awak la.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi 4 perkongsian

Salam alaik'...
Walaupun awak selalu buat hati saya sakit terluka sebab tak dapat penuhi impian saya. Walau awak selalu buat2 awak tak pernah sakiti saya, saya redha. Saya doa, awak akan jadi baik, walaupun bukan untuk diri saya. Biarlah awak baik untuk orang lain. Saya masih sayang awak. Sayang sangat2 walaupun apa yang awak buat kat saya tu sangat kejam. Dulu pernah awak fitnah saya, saya diam je. Awak gunakan masalah masa, masalah penat dan macam lagi untuk fitnah saya. Dalam hati, saya harap awak tak niat untuk cakap mcam tu.

Awak, kalaulah bukan sebab nama awak hobi, saya dah lama tinggalkan awak. Hobi, hobi dan hobi, kadang2 'strength' nak laksanakan tu seperti cuma opacity 30%-40% ( ayat edit pic), pudar. Saya syukur masih lagi dibagi kekuatan. Hobi saya nilah, berblogging salah satunya. Lain? berprogram. Dah beberapa hari tinggal blog sepi. Sepi dengan status, dengan header yang cantik (perasan).hee Blog ni pun digunakan untuk menulis aktiviti saya, program saya sertai saya tulis sebab ini blog saya.heee Moga adalah benefit sikit2, seperti blog2 lain.

Meeting Rafest di Nilai Campus. 28 Okt. Semua fscc Pj turun ke Nilai dengan semangat untuk meeting. Walau ada beberapa orang yang akan ke kelas keesokkan hari, tapi turun jugak untuk misi program rafest. Khamis adalah antara hari yang paling padat saya. Saya ada kelas jam 8-11 pagi dan 2-6 ptg. Padat kan, kan? Cuma ada 11-2 ptg untuk uruskan hal2 diri, hal2 lain. Siap2 ke Nilai, nasib baiklah studio master saya bagi keluar awal. jam 5 lebih dah bleh kuar. Memang penat duk dalam studio dari jam 2 hingga 6 petang. So, dapatlah saya siap2 awal. Penat tadi, saya backup dgn tido dalam bas. hee... Bila sampai Nilai, segar balik..huh pandai2 nak idup.

Pimpinan
Talk (ustaz sangat kelakar)
kemas OR
B4 meeting, hari2 sebelum (tarikh saya lupa), adalah talk Salam, Senyum Sapa, Biah Solehah Campaign dari UMAIF, dapat jaket dan vest fscc, yeah! banyak btol pakaian koprat.ada task kemas2 OR dan lain2 lagi. Tu je crita dari saya sebenarnya :-)

Saya mahu jatuh cinta sekarang!

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Friday 29 October 2010 11 perkongsian

Salam alaikum...

Saya yakin sangat-sangat saya layak untuk jatuh cinta kali ni. Perlu saya tekankan bahawa saya sudah berusia 19tahun, jadi saya sudah remaja dan berhak untuk jatuh cinta dengan sesiapa pun. Saya sudah muak dengan ejakkan kawan-kawan yang suka mengatakan saya tidak boleh bercinta, tak pandai bercinta, bercinta lambat dan macam2 lagi. Ada ketika saya dikatakan suka mempermainkan cinta padahal saya cuba untuk bercinta.

Cinta yang saya maksudnya dalam kontek ini ialah cinta saya pada subjek Environmental Design! Subjek ni sangat memerlukan saya berfikiran hyper-creative, innovative dan macam2 lagi. Sabtu ni ada "visit site" di area armcopmall. Hari khamis, iaitu semalam ada cfs tour. Kami diberi tugas untuk melawat dan menkaji bangunan2. Letih dan panas jugak keje ni. Minggu depan plak, ada keje mengukur2 di area cfs ni jugak, tapi ni dibawah subjek graphic. Kene keluar jugak lepas tu?

antaranya kene blajar
Lukis2patten pe ni?

YaAllah, sem ni ada 2 subjek kene masuk studio. Miss selalu cakap, u must perform in the studio! Ya miss, i will. Sem ni azam saya nak buat keje2 dibagi just dalam studio, khas untuk GC, kalau mampu sepenuhnya. Sebab? Sebab kalau saya tangguh, saya akan melambatkan penghantarannya ke department as last sem.huh.takmaula..

Sekadar mencuri masa.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday 26 October 2010 2 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...
Saja curi masa untuk menulis. Time2 rajin ni kene gunakan kerajinan tu kat sini. Nanti, malas, ada komitmen lain, no idea, susah pulak nak menulis. Hari ni saya masuk sem baru, 25.10.10. Dulu saya selalu terfikir2, dan rasa takut untuk menghadapi sem ni. Tapi bila dah masuk kelas dan studio, rasa lega sikit. Sebab apa takut? Sem ni adalah sem last saya, jadi berat untuk akademik perlu dilebihkan, dan memang berat pun. Lebih-lebih lagi sem ni ada 2 subjek yang 'waww'. Graphic 2 dan Design. SubhanaAllah, saya kene luangkan masa banyak kat 2 subjek "hot" ni. Saya akan cari jalan untuk tidak sesibuk rakan sepersatuan saya.hehe boleh ke mcam tu kawan2?

Operation Room untuk fscc baru dicat.
Kemas studio, cantik tak?Lecture
Apa yang saya dapat hari ni? assignment graphic 2 dan berita pasal tour city.huh. Dengki orang lain tak masuk kelas pun lagi, tapi saya dah masuk dan kene buat assignment dh. Tapi tak kisahlah, nanti diorang akan seperti saya jugak. Semangat untuk last sem ni mesti dimaintain.(kalau boleh lah). Harap2 macam tu. Contoh nak tunjuk semangat tu, buat keje awal, datang kelas awal dan tak tido dalam kelas. Tadi masa dalam lecture hall untuk briefing subjek, ada ke patot saya tertido. huh. Tak bleh tahan la mengantuk ni, adalah tersenguk2 sikit. Nak pretend mengantuk, saya menulis nota. hee Ni kes buat tagname sampai pagi semalam. 'sakit' btol.heee Setiap minggu nanti, kami akan ada gather members course untuk lecture dan mungkin jugak setiap bulan kami akan ada trip untuk research mengenai design2. Bunyi mcam seronok kan. Memang pun! This weekend pun dah ada.hee

Tadi abang saya msg, tanya mengenai bas pelajar uia dari Kelantan yang terbalik tu, sayang gak dia kat saya. hehee. yelah kan, siapa tak sayang adik, saya pun ada adik, perepuan lagi. Lagilah saya sayang. huh. Takziah untuk mereka yang menerima ujian. Nasib baiklah cuma cedera je. Terkejut jugak bila dapat msg pasal tu. Mungkin ada hikmahnya. Allah tahu, kita tak tahu. Sekadar perkongsian biasa bila diri mencuri masa..

Induksi selesai, sem baru muncul

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday 25 October 2010 4 perkongsian


Bismillahirahmanirahim...
Selesai sudah induksi Rafest hari ni. Induksi yang mengambil masa selama satu hari setengah mulai Sabtu lepas sangat-sangat memenatkan. Macam mana tak penat, lepas induksi, ada meeting lagi sampai lewat pagi. Lepas meeting, sambung kerja dengan kawan2 dalam bilik sampai subuh. Memang "sakit" lah tapi apakan daya, terpaksa kerana hati, fizikal dah lama bersetuju untuk ini.

Alhamdulillah, harap-harap program kali ni berjalan dengan smooth sekali. Program Raudah Festival kali ni saya dibagi tugas untuk menjadi Programme Coordinator. PC dibagi tugas untuk tengok all bout plan setiap society yang terlibat dalam program. Jadi saya dan kawan-kawan pc mesti keep in touch dengan wakil society supaya takde masalah yang timbul sewaktu program nanti. Selain tu, pc juga dibagi tugas untuk membuat forum halal. Hurm, agak interesting forum tu, saya YAKIN. :-)

Petang tadi adalah waktu klimak iaitu semua wakil kena present termasuklah pc. Saya wakil pc, dan presenter yang paling last. Makna disini saya kena tunggu dari jam 10.30 sampailah jam 2.15 ptg baru saya dapat present. Letih sangat2, duk menunggu pun letih. Bak kata orang, "Penantian satu penyeksaan". Last pun last la, saya tak ambik banyak masa, go directly dan saya selitkan dengan pesanan2 supaya wakil semua society or club tak stress dan enjoy berprogram dan belajar. Dua dua dapat kan. :-)

Tahniah kepada mereka yang berjaya maintain-kan result malah yang dapat upgrade-kan result. Syukurlah pada Allah. Ahamdulillah, saya dapat tingkatkan prestasi saya dari sem lepas. Dan azam saya pada sem baru ni atau dengan kata lain, sem last saya di sini, saya nak lebih, lebih, lebih, lebih dan lebih berdisiplin. Susah ker? Saya rasa susah. Tapi saya nak cuba perlahan-lahan. Moga dapat buat azam tu. Selain tu saya pun nak belajar rajin2 dan siapkan PROJEK seni saya AWAL. Subhanallah, memang ni yang patut saya tekankan dari awal.hehe..Saya cuba! insyaAllah. Tolong doakan saya dapat upgrade diri ni disamping dekat dengan Allah. ameen...

Penang dan Kedah, Jumpa Lagi lain masa!

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday 23 October 2010 2 perkongsian

Assalamualaikum...

Hari kedua di Penang, saya dan Shahirun ke Kota Kuala Muda untuk membuat kuih. sebenarnya lebih kepada tengok dan rasa kuih. haha. Kuih tu dibuat dekat dengan rumah nenek sahabat saya ni, sebabtu kami pegi. Kalau kat lain, takde peluang kot. Nenek dan parents dia yang buat kuih tu. Macam-macam jenis kuih yang dibuat. Antaranya kuih kapal terbang, kerepek2 dan macam2 lagi. (x ingat plak) Masa saya pergi, diorang tengah buat kuih k.terbang. Kuih ni banyak nama, tapi nenek tu cakap nama tu, saya pun iyakan aja.hehe (xkenal kuih) Proses yang sempat saya tengok ialah memotong kepada bahagian yang kecil dan masak. Lama jugak nak buat kuih walaupun nampak simple. Badan kene kuat dan tak mudah mengantuk. huh. Siap gorengan pertama, saya dibagi rasa skit.

Pantai Merdeka
Dalam gambar cantik plak.huu
Proses memotong
Proses membentuk
Proses menggoreng
Siap tengok proses buat kuih2, kami pergi Pantai Merdeka. Kat sana cuma jalan2 tepi pantai tenangkan fikiran. Nasib baik tak ramai orang. Bolehlah lama sikit. Jalan2 dan makan2 sampai sakit perut2. (tu Shahirun sakit) huh.. dia yang pesan jangan makan mengarut2, tapi dia yang sakit perut. hehe. tak baik gelakkan orang.astgfirullahalazim. Rumah dia di Kuala Batas, jadi jarak dengan Kedah sangat hampir sebab tu kami boleh ke Kedah selalu. Lepas ke Pantai, pulang ke rumah dan bersiap2 untuk ke UIA. Fadli, subcom rdw saya dulu dtg meyinggah di rumah tu malam tu. Malam jam 12, saya pulang. Sedih tinggalkan Penang. len kali saya dtg lagi!huu

Kembara jalan2 di Penang akhirnya tamat dengan bahagia. hehe. 19-21hb Okt. melakar sejarah ke Penang. ni sebabnya tak pernah pergi kat sana. Pernah dulu masa masuk kampung orang asli di Kedah, kami melintas jalan kat area penang sebelum balik ke UIA. Betapa exitednya tengok jambatan Pulau Pinang TAPI tak dapat pergi pun. "Pergi Johor pahtu pergi Penang plak, sukanya berjalan2.""Banyak duit bro." "membazir2" ini ayat yang biasa kedengaran. hah Saya memang suka berjalan2, sebabtu hobi saya pun melancong. Mungkin bila bekerja dan bekeluarga nanti, saya akan berantau di negeri orang. InsyaAllah. Saya mahu ke Syiria, United Kingdom, Jordan, Mesir, Mekkah terutamanya dan banyak lagi. angan-angan kan? Ke Penang dulu pun adalah angan2, sekarang ia dah menjadi realiti. Saya tak suka orang block saya punya cita-cita dengan ayat yang meluntur semangat dan pelbagai cara(rasa nak bunoh)hee. Moga saya dapat sayap kiri yang ada hobi macam saya. ameen. hehe "ala, pergi jalan2 dalam negeri pun kecoh", okay. Ini blog saya, jadi? jadi paham2 la ye. :-|

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan – yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke mana engkau menghendaki?” Orang itu menjawab: “Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?” Ia menjawab: “Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu – guna memberitahukan – bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu karena Allah.” (Riwayat Muslim)

Penang II

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday 21 October 2010 2 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Saja mencuri masa menulis sedikit apa yang terjadi pada diri ni semalam dan hari ini serta rancangan untuk esok. Semalam 20.10.10, satu lagi tarikh yang dikatogerikan cantik pada sudut matematik. Lihat 20102010, seperti double 2010. hurm, ketepikan hal ni. Semalam saya dan kawan di Penang bersiap pagi2 lagi untuk ke pulau, hajat untuk berjumpa kawan yang menuntut di USM jam 2.30ptg. Seorang sahabat lama semasa di PLKN dulu, dia diberi gelaran Ajuntan Din. Ajuntan ialah pangkat yang dipengangnya di sana, Din tu nickname dia. Manakala didalam badar plkn, dia sempat memegang jawatan bilal. Before jumpa Din, saya dan Shahirun jalan2 di Pulau, dalam Queenbay dan banyak lagi. Untuk penuhi masa b4 jam 2.30 ptg. Banyak bende yang dipelajari, paling banyak belajar, kenal jalan. wah. Rasa macam dah boleh pegi sendiri dah. Pulau Pinang takda la besar sangat.hehe

Terjumpa restaurant ala dalam toilet.PELIK manusia skrg.
Saya dan Din berjanji untuk bertemu di Kedai buku, Queenbay, sebuah supermarket yang besar di Pulau Pinang, mungkin lebih besar daripada Alamanda Putrajaya mahupun Midvalley. Jumpa je Din, terus ke Radix Fried Chicken di Kedah. Semata-mata untuk cuba makan di RFC sbb bukan senang nak cari kedai makan HPA tu kat tempat lain, mungkin xde di tmpat lain. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam setengah jam. Sembang dalam kereta jelah jawabnya. Din baru belajar di USM dalam 3 bulan selepas menghabiskan asasi sains fizikal di UiTM Shah Alam. Sembang2, ramai jugaklah kenalan dulu bermain2 kembali di kepala.hehe. kebanyakannya geng2 badar plkn.

Din
ni dio.rfc
RFC atau Radix Fried Chicken adalah restaurant makanan halal yang ala-ala KFC dibawah kelolaan HPA. Ni syarikat Halal yang popular mengeluarkan pelbagai produk berasaskan herba, mineral dan lain-lain. Saya pun tak berapa tahu berkenaan HPA. Tahu sikit2 sebab roommate ada jadi ahlinya, dan ada lah juga dia jual barang2 hpa ni. Ayam kat RFC boleh dikatakan best jugak. Sama je dengan KFC, cuma mungkin KFC lebih pengalaman.

nak naik feri
jiran feri yang dinaiki
Selesai makan, kami patah balik ke Butterworth untuk hantar Din balik ke USM dengan feri. Kemudian kami pulang ke rumah di Kepala Batas. YaAllah, sangat2 penat sampai tertido terus lepas sampai. Jam 9 lebih baru boleh bangun dan teruskan kerja edit mengedit , search mengresearch untuk Rafest. Terima kasih Shahirun sebab jadi penunjuk arah, pemandu dan banyak lagi. Jalan2 di Pulau memang memberi pengalaman yang baru dan memberi kesedaran kat diri sendiri bahawa ciptaan tuhan ni memang indah. subhanaAllah! Keesokkan nak pegi Kedah lagi, nak ke Kota Kuala Muda, untuk tengok cara pemprosesan kuih dan ke Pantai Merdeka.

Pulau Pinang, Saya Datang!

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday 19 October 2010 0 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Datang UIA awal sangat, jadi dah tak tahu nak buat apa lagi b4 induksi RAFEST yang akan berlangsung 23,24hb Okt nanti. Skrg masih 20hb, masih ada 3 hari untuk pelbagai pengisian. Dari kampung ke Johor, sekarang saya di Penang. Melawat kawan/ setiausaha Student Council saya di kampung halamannya. Terubat juga hati ni, bukan senang nak datang Penang, kawan pun tak ramai kat sini. Mak ada cakap dulu2 pernah saya sampai ke Penang, tapi saya tak pernah nak ingat. Puas memikirkan.

Real suasana di B.JalilHaikal ke IPOHdidalam bas rapidKL
Sebelum buat keputusan berkunjung ke sini, banyak list saya buat untuk 3 hari free tu. Pertama saya ingat nak terus balik ke Subang Jaya, rumah kakma. Kemudian saya terfikir nak menziarahi adik-adik di Rumah Titian Kasih. Mak Pah pun dah ajak saya ke sana. Lagi, saya terfikir nak ke loywat, nak cari beg laptop 15 incii, nak ke Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan) di Putrajaya. Tapi last2 saya pilih ke Penang. Sebab Shahirun, kawan di Penang ajak banyak kali sangat, rasa nak menolak tu tak sanggup dah. Lagipun bende lain tu boleh recover lain kali, dekat je pun. Dan mak saya restu saja saya ke mana2. Sebelum ni pun saya ke Kedah, ke Perak, ke Pahang untuk jalan dakwah, mak selalu support saya. Pesannya hanya jaga diri dan tingkah laku di tempat orang. Jangan terlalu ikutkan hati dan nafsu. Mak selalu pesan, kalau ke Perkampungan Orang Asli, "jangan tu tu sangat dengan orang sana". Saya sebagai anak, tahu lah maksudnya.hehe

Beruntung mak saya open-minded. Ayah pun sama, tapi kalau saya cakap kat ayah, mesti dia akan nasihat macam2 dan lama2.hehe Mesti akan ditekankan, "belajar jangan abai.Belajar betul2, belajar rajin2." Saya pun jawab," iye, iye".hehe Kerenah anak bongsu lelaki dia ni memang macam ni, Ayah sangat masak dengan perangai saya yang cerewet dan macam2. Sebenarnya saya takdelah cerewet mana pun. Cuma sukar fikirkan apa yang terbaik. Kalau beli barang dengan ayah, memang makan masa yang lama, saya akan dapatkan yang terbaik. Ayah mesti pening2 dengan perangai anak lelaki dia sorang ni. hehe Sebab kalau saya tak suka barang yang dibeli, confirm2 barang tu akan jadi hiasan semata-mata nanti.hehe

Sebelum ke Penang, di bukit Jalil, saya dan kawan (yang akan balik ke Ipoh) dengan bergayanya datang waktu kemuncak tengahari. Ya Allah, panas, habis gaya tadi. Kat Hentian bas sana, ramai sungguh Ulat-ulat Bas. Bukan ulat bulu yang buat kulit kita gatal2 tu, tapi ni ulat yang boleh memakan duit kita kalau silap2 hari. Ramai sungguh! Pelawaan dia yang begitu ghairah boleh khazafkan keselesaan costumers termasuklah saya. Saya dan kawan hampir bergaduh mulut dengan seorang penjaga kuanter tiket bas. Sewaktu tu saya pegi ke kuanter bas fav saya, bas sani. Tapi bas sani tiket cuma ada waktu malam. Tiba2 ada seorang perempuan dari kuanter lain ajak ke kuanter tiket basnya. Saya dan kawan tak nak, tapi dia paksa dan cakap dengan kasar" ni kuanter lah, buatpe nak tipu2 nih." Saya dah panas telinga, tapi ingat pesan makayah, di tempat orang jangan buat ikut hati dan nafsu. Saya angkat tangan, senyum dan blah ke kuanter bas ke 2 fav saya, transnational. Ambik tiket jam 3ptg, kawan ke Ipoh ambik tiket jam 2.15ptg. Hantar kawan naik bas, saya terus ke mussolla untuk solat jamak.

Bas saya bergerak jam 4, lewat 1 jam dari masa di tiket. hampeh! Saya sampai dalam jam 8 lebih selepas bas berpusing2 di Pulau Pinang. Lewat sampai takpa, asalkan sampai jugak, bangga dapat naik jambatan Pulau Pinang. Alhamdulillah. Di sini banyak nak dibuat. Selain tolong Shahirun design mendesign dengan sekelumit skill yang ada pada diri, NAK juga saya berjumpa dengan kawan lama, Ajuntan Din dan ke tempat2 menarik. Ada peluang, saya akan menulis kisahnya disini. ;-)

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor