Monday, August 30, 2010

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. PEMBANTU TEKNIK UKUR KANAN J36


KELAYAKAN:

Pembantu Teknik Ukur Gred J29 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Teknik Ukur Gred J36 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan beserta laporan Penilaian Prestasi bagi 3 tahun terakhir dan salinan keputusan Peperiksaan PTK.


SYARAT-SYARAT UMUM BAGI JAWATAN DI ATAS:

(a) Penaklukan Di Bawah Syarat Skim Perkhidmatan: Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON:

(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-

Pengurus Kanan

Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Tel: 04-6340111

Fax: 04-6448111

dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada: PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.


(b) Pemohon-pemohon boleh juga menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati dengan melayari Portal PDC di alamat berikut:
http://www.pdc.gov.my


(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September 2010. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.
(e) Permohonan hanya dibenarkan bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan sebagaimana disyaratkan sahaja.
(f) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(g) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 15 September 2010

No comments:

Post a Comment