Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

1. Fellow Kanan (Syariah)

(Nota: Jawatan ini setaraf DS54 di Universiti Awam)

Taraf Jawatan: Tetap

Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia di dalam bidang Syariah;
(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;
(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;
(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan berkemahiran merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab.

Bidang Tugas :
Bertanggungjawab antaranya menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam bidang yang sesuai dengan matlamat dan peranan IKIM; menyelia dan menyelaras Sudut Hukum, slot radio dan tugasan-tugasan penyelidik di Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM.

Cara Permohonan
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)

Tel: 03-62046200
Faks: 03-62014189

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Catatan Am
-Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
-Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
-Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2010