Sejak kebelakangan ini, fahaman humanisme semakin merebak di kalangan penduduk dunia. Tumpuan golongan ini diberikan kepada golongan yang mudah terpengaruh seperti para remaja dan kanak-kanak yang belum dibentengi iman yang kuat. Kemunculan ideologi baru ini menyebabkan manusia semakin hari semakin terancarn dek ‘lagaknya’ yang ‘melekakan’.
SIFAT FAHAMAN HUMANISM
Setiap fahaman yang diamalkan mestilah mempunyai prinsip-prinsip yang hams dipatuhi. Humanisme tidak terkecuali dalam konteks ini. Mereka mengamalkan dasar-dasar tertentu iaitu:
1. Percampuran bebas
Berpegang kepada dasar tiada jurang dalam hak asasi dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan, mereka menganggap pergaulan bebas perlu digalakkan. Islam turut mengiktiraf hak yang sama antara lelaki dan perempuan. Sungguhpun begitu, mereka mempunyai tanggungjawab yang berbeza dan segi kemampuan dan fisiologi. Di samping itu, dari perspektif Islam juga pergaulan wanita dan lelaki adalah terbatas. Hal mi bertujuan menjaga mertabat dan kesucian Islam.
2. Halangan tabii
Humanisme berusaha menghapuskan halangan-halangan tabi’i lelaki dan perempuan contohnya perasaan malu. Pada tanggapan mereka, sifat malu adalah yang negative dan diwarisi daripada pemikiran manusia purba. Asas tanggapan mereka adalah “Manusia ialah sejenis haiwan, maka, ikutlah tabii haiwan, hapuskan perasaan itu,” kata mereka. Sebaliknya, sifat malu sememangnya baik dan dianjurkan oleh Islam kerana menurut hadis Rasulullah s.a.w., “Malu itu separuh daripada iman.”
memusnahkan sifat malu secara total supaya manusia melanggar syariat Allah.
KESAN-KESAN KEPERCAYAAN
Kepercayaan humanisme boleh menimbulkan pelbagai masalah kerana pada dasarnya kepercayaan mi menafikan tentang kewujudan tuhan. Mereka seperti tiada pegangan hidup menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang benar dan salah.
Seterusnya menyumbangkan pelbagai masalah yang Iebih serius
lelaki melayu yang kahwin dengan lelaki eropah yang mencetuskan kontrovesi disamping lengkap dengan sepersalinan berbaju melayu,bersamping, dan bertengkolok
Seterusnya menyumbangkan pelbagai masalah yang Iebih serius
- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan agama yang ditetapkan.
- masalah pembuangan bayi
- mengorabankan apa sahaja seperti wang dan tenaga ke jalan yang terpesong
- mengakibatkan maksiat, zina dan perkara yang diharamkan
- menyumabang kepada pelbagai penyakit seperti AIDS dan siflis
lelaki melayu yang kahwin dengan lelaki eropah yang mencetuskan kontrovesi disamping lengkap dengan sepersalinan berbaju melayu,bersamping, dan bertengkolok
kes buang anak yang menjadi masalah sosial yang berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia
Cara-Cara Mengatasi:-
- peranan pemimpin untuk mengembling tenaga rakyat untuk membentras kegiatan tersebut
- peranan rakyat harus berganding bahu berkerjasama dalam 1 ukhuwah menyelesaikan masalah ini
- memupuk jiwa anak-anak dengan didikan agama yang mantap dan teguh untuk menguatkan pegangan agama agar tidak mudah terpesong.
- jangan mudah terpedaya dengan dakyah yang d sebarkan.teliti dan selidik dahulu sebelum percaya
Dan itu ingatlah bahawa masih ada harapan untuk mereka yang dalam kesesatan kembali ke pangkal jalan. Di situ barulah kita bertindak dengan memberikan motivasi dan dorongan agar masalah tersebut dapat diatasi. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa, dalam menyelesaikan masalah ini semua pihak harus memberi komitmen yang tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri. Sekiranya sifat ini dipunyai oleh segenap masyarakat pasti masalah ini dapat dibendung dan dibanteras serta merta. “Bulatnya air……”