Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak. bulan yang mulia ini mengingatkan kembali saat-saat berpantangkan Alwani setahun yang lalu. dan maka dengan itu... 30 hari ibu meninggalkan puasa. bukan sengaja meninggalkan yang wajib ini tetapi itulah yang ditentukan Allah.
Di sini, saya nak berkongsi mengenai puasa ganti (qada') bagi wanita bersalin (berpantang) dan fidyahnya. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan
menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:
1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.
2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil
wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.
3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah
4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.
5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga
memberi fidyah.
Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama,
wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib
memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia
tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.
Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan
kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya
Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah,
3/168]. Allah Maha Mengetahui.
~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~
Bil | Golongan | Fidyah |
1. | Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. | Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah. |
2. | Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya. |
3. |
Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering
| Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda. |
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya | Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah. |
Dulu, ibu selalu ganti puasa sebab 'bendera merah'. belum pernah kena bayar fidyah. Kali ini adalah yang pertama ibu menyusukan/berpantang dalam bulan Ramadhan. Jadi, rasa-rasanya macam ikut pandangan yang pertama je. ye la... siapa yang nak mengandung atau bersalin bulan puasa kan. itu semua ketentuan Allah dan Allah telah memberi kemudahan kepada wanita-wanita yang hamil/menyusu. alhamdulillah wa syukran ila Allah.
So... kepada mommies di luar sana, jika ada rasa keraguan
tentang perkara ini, rujuklah kepada ustaz/ustazah di tempat anda. insyaAllah ,
ibu doakan kita semua dapat laksanakan ibadah puasa dengan penuh rasa
kesyukuran serta keinsafan. wallahu'alam.
*sumber dari fanpage FB Wardina Safiyyah