Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Monday, April 2, 2012

Renungan I




RENUNGAN I : REZEKI ALLAH YANG MAHA LUAS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ini dipanjatkan ke hadrat Illahi, atas kurniaanNYA yang tidak putus-putus kepada kita, seisi makhluk bumi. Begitu juga atas lindunganNYA yang melindungi kita dari segala bahana bahaya, kesesatan, dan meletakkan jiwa ini kekal dalam nikmat HidayahNya . Di samping,rahmatNYa yang kian melimpah ruah dalam merahmati penghidupan sekalian alam.

Subhanallah, tika terlihat keindahan  alam ini yang  terletak kedamaian yang tiada ternilai. Tidakkah ia satu terapi yang sangat baik, untuk hilangkan ketidaktenteraman hati, tatkala kamu melihat hijaunya bumi, tenangnya air yang mengalir, sinarnya sang matahari yang menerangi setiap pelusuk bumi, dihiasi kumpulan awan yang meredupkan alam ini. Pandanglah dunia ini dengan mata hati, yang akan membawa kamu memahami keajaiban dunia yang penuh hikmah ini.


IRHAMNA, Ya ALLAH..

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang saya cintai kerana ALLAH. Alhamdulillah, kerana hadirnya rasa ingin berkongsi dengan kalian, apalah  kiranya yang terbit dari sang hati ini,yang mungkin hanya suka-suka, dan mungkin juga tanda kasihnya dari saya yang menulis sebagai hadiah buat semua. Sesungguhnya, ingin berpuitis itu bukan saya, tetapi si penyair, yang bercerita itu bukan juga saya tetapi si penulis novel. Hadirnya tulisan saya ini kerana ingin berkongsi kepada kalian semua tentang apa yang saya nikmati dalam pinjaman kehidupan yang saya jalani. Sudilah kiranya saya mengajak kita semua merenung, setiap apa yang ada pada diri kita, setiap apa yang hadir dalam kehidupan kita, setiap apa yang direncanakan buat kita, adalah kerana Dia semata.

Sudahkah kita bersyukur dengan segenap nikmat yang kita kecap hari ini? Sudahkah kalimah ‘Alhamdulillah’itu singgah di bibir tanda penghargaan buat DIA yang mengurniakan segala-segala?. Jika sudah, Alhamdulillah, kerana kamu itu manusia yang mensyukuri nikmat Tuhan sebaiknya. Jika belum, Alhamdulillah kerana Tuhan itu tidak pernah mengharap balasan atas apa yang dikurniakanNYA, dan tidak juga bakhil untuk terus menerus memberi kamu nikmatNya. Terima kasih ya ALLAH.

Kenang sejenak detik kehidupan hari ini. Bagaimana kita jalani sesaat lalu?. Andai yang terukir di bibirmu itu adalah senyuman, Subhanallah, itu adalah sangat membahagiakan. Jikapun, yang terbit adalah kacaan air mata di birai kelopak mata itu, Alhamdulillah, kerana itu tandanya hati kamu sedang hidup. Yang tersenyum itu kerana rasa bahagianya, yang tertitis itu adalah kerana kekuatannya mengharungi kehidupan. Walau apa pun yang kamu lalui, hargailah, syukurilah, kerana detik yang berlalu itu tidak akan pernah terulang lagi.




Sahabat yang saya cintai kerana Allah,

Apa yang bermain di benak fikiran saya ketika ini adalah bagaimana untuk memahami dengan lebih jelas tentang tanggungjawab yang dilalui oleh semua manusia dalam kehidupan kita hari ini dalam mencari rezeki yang halal. Hakikatnya, itulah yang dilakukan oleh semua manusia yang hidup di dunia, mencari rezeki untuk makan, rezeki untuk hidup, untuk memberi kesihatan dan kekuatan pada jasad ini dalam perjuangan untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.

Mencari rezeki itu adalah terlalu umum, kerana sesiapa sahaja mencari rezeki untuk meneruskan  hidup dengan pelbagai tatacara.Ya betul, Tuhan itu Maha Pemurah, kerana Dia menciptakan kita, dan menentukan jalan rezeki kita masing-masing sejak azali, tetapi,itu tidak bermakna kita hanya boleh goyang kaki , dan mengharapkan rezeki itu datang bergolek di kaki  sendiri. Sebagai perumpamaan, bayangkan, kalau tong beras di dapur rumah kita sudah tidak berisi, masakan tetiba tong itu akan penuh dengan sendiri? Tidakkah kita fikir, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu berusaha, bukan hanya menadah tangan mengemis dan meminta sewenang hati. Oleh sebab itu kita perlu berusaha, mencari rezeki Tuhan yang sedia ada di bumi ini. Seperti perumpamaan tadi, berusaha untuk  mengisi tong beras yang kosong itu agar kembali berisi.

Kawan-kawan sekalian,

Mari kita lihat adab-adab mencari rezeki yang disarankan oleh agama kita, Jom!





Adab-adab mencari rezeki :

1)  Menganggap mencari rezeki itu adalah amal ibadah kepada Allah SWT.
2)  Memelihara iman dalam diri dalam berusaha.
3)  Mencari rezeki yang halal dari segi cara memperolehnya, mahupun sumbernya.
4)  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun dari Allah swt.
5)  Menginfakkan harta ke jalan Allah.
6)  Meringankan tangan untuk membantu golongan yang lemah.
7)  Merapatkan ukhuwah dengan tali silaturrahim sesama manusia.
8)  Tidak meminta-minta.
9)  Bersikap zuhud
10) Tawakkal kepada Allah swt.

*sumber :infokito.wordpress.com ~ dengan ucapan, terima kasih. J

Nah, mari sama-sama kita amalkan ya! Sebenarnya setiap adab itu dikuatkan lagi dengan hadis-hadis yang berkaitan adab-adab tersebut, dimana Allah sentiasa meyakinkan kita dengan janji-janjinya dalam kitab mulia, alQuran. Sama-sama kita rujuk ya!




Akhir kalam,  

Ya, mencari rezeki itu perlukan usaha dan taqwa. Sehebat mana pun kita hari ini, rezeki yang diminta-minta itu tidak akan datang pada kita semudahnya, kerana setiap sesuatu perlukan usaha dari kita.
Harus kita ingat, Tuhan juga telah permudahkan hambaNya dalam mencari rezeki kerana rezeki itu ditempatkan di mana- mana sahaja kita berada, sesiapa pun  kita di mata dunia, rezeki Allah itu bertebaran luas di bumiNya.  Kebergantungan manusia dengan seisi makhluk menjadikan kita tolong menolong dalam membantu melengkapkan kehidupan masing-masing. Yang tinggal, cuma hasil usaha kita, serta perjuangan yang kita sanggupi dalam mencari sesuap nasi. Dari situ, Allah tentukan rezeki kita, sebanyak mana kita berusaha, sebegitulah ganjaran yang kita bakal perolehi.

Mari kita lihat rezeki itu bukan sahaja dari segi fizikal dan material sahaja, ia juga terbit dalam bentuk kasih sayang, kebahagiaan, kerjaya, keluarga dan sebagainya. Melihat rezeki itu seluas-luasnya, dari makna kegembiraan yang kita rasa, dari kaca mata ujian dari Allah juga dikira rezeki yang telah menjadi ketentuan buat kita. Apa yang penting, bagaimana kita mengolah perjuangan kita untuk mendapatkan rezeki Allah yang Maha Luas itu dan sejauh mana kita mensyukuri apa yang Allah kurniakan itu..

Hatta,jika kamu sedang menikmati rezeki Allah pada hari ini, jangan sesekali lupa untuk mengucapkan syukur kamu padaNya. Jika rezeki yang kamu cari itu masih belum ditemui, mohonlah doamu seihklas hati, agar Ar-Rahman sudi memberinya, dan bertawakkal hanya pada Allah, sebagai tanda kita percaya, apa saja yang kita lakukan, apa pun yang kita dapat, adalah kepunyaanNYA. Subhanallah, “Rabbi yassir wala tuassir”.

Firman ALLAH,
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (aljumuah 62:10)


Akhir kata, senyumlah buat seisi dunia, dengan itu kamu akan mendapat senyumnya kembali. :)


Ikhlas,
Nurcahaya.
bebaskan dirimu terbang mencari keredhaan Illahi”.

sekian...
(madey  020412, 11.00pm)

Sunday, February 12, 2012

Cinta Ya Habib, Muhammad SAW.

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat ILLAHI, kerana dengan limpah kurnia inayah dan izinNYa, nikmat kelapangan ini mengizinkan saya mencoretkan lagi sedikit tulisan di kalam blog " CAHAYA" ni..
Tulisan ini didedikasikan untuk hamba buat diri sendiri, yang selalu alpa dan leka dalam memenuhi kesibukan dunia. Mungkin tak seberapa, tetapi saya hanya berkongsi, apa yang diberi, dari kaca mata yang melihat, dari gema telinga yang mendengar,dari getar hati yang merasai...anugerah yang tidak ternilai dari MAHA PENCIPTA, YA RABBI.



Tulisan kali ini menjurus kepada kecintaan manusia kepada Nabi Muhammad SAW,
 Ya Rasulullah, Ya Habibullah...Kekasih ALLAH, kekasih seluruh umat manusia di bumiNya ini.
Hari ini, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul'Awal 1433 M, ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad Saw yang disambut di seluruh dunia. Ya, mungkin cukup sinonim kita dengar, bila adanya hari sambutan, tatkala itulah baru kita mengingati. Ye,itu benar. Bersyukur jugak, MALAYSIA mengiktirafkan hari ini sebagai hari cuti umum. JAdi, bolehlah, kita beristirehat, join sambutan ataupun tulis blog macam saya buat sekarang ni..hehehe....Suda terbiasa, sambutan Maulidur rasul di segala genap peringkat seperti JKKK, daerah, Negeri, dan kebangsaaan pastinya amat meriah di kala ini. Malahan, untuk anak-anak remaja hari ini , almaklumlah semua nya di hujung jari, so..mungkin hanya sekadar ucapan di Fb WALL anda, berkongsi sunnah/hadith nabi, mengalunkan selawat bertubi-tubi,  mencari cerita/sirah nabi kat p.cik 'Google' ataupun sekadar mendengar lagu nasyid perihal Rasulullah..itu dah dikira 'awesome' OK. At least, anda tahu siapa Nabi Muhammad saw, anda cintakan nabi Muhammad saw dan berselawat ke atasnya... kan?

Namun, ada yang memandang serong. mungkin kerana egonya barangkali.
 " ALA, time nilah nak post pasal sayangnya nabi, cintanya nabi, time lain buat2 lupa?" err..tipikal Melayu?...
MASYA ALLAH..itu dikira sombong tau. buat-buat tidak peduli. Jika pun, diri sudah terlalu megah dengan ilmu di dada, tiada salahnya kan turut serta meraikan hari ulangtahun Nabi Muhammad ni. Dan, janganlah sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Apa kata, share something jugak untuk disampaikan dan dimanfaatkan bersama.. better kan~

hehee...


OK.
bersempena sambutan kali ini,  kalau untuk menyertai sambutan itu tidak berkempatan, pelbagai cara lagi boleh kita buat untuk meraikan Nabi Muhammad SAW ni.. antar nya mengenali  Rasulullah saw dengan lebih mendalam lagi. Yelah, bak kata orang melayu " Tak kenal, maka tak cinta." kan?.. sebab itu kita perlu kenal siapa Nabi Muhamad Saw dengan lebih mendalam, agar cinta kita padanya juga lebih mendalam..
di situ, akan membuahkan bait-bait rindu kita pada Rassulullah, dan kita akan sentiasa mengingati Baginda dalam setiap saat dalam kehidupan kita. Selain, menmbahkan ilmu di dada yang masih banyak ruang untuk diisi kan?..

CINTA TERHADAP RASULULLAH SAW

satu persoalan..
bagaimana kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW..?

mungkin banyak cara untuk kita menyatakan rasa cinta kita kepada baginda.
tetapi,
adakah hanya kita sahaja yang mencinta rasul terulung ini?
adakah cinta yang kita lahirkan ini cukup hebat berbanding para sahabat di zaman pemerintahan Nabi Muhamad saw?
sejauh mana kita letakkan rasa cinta ini untuk rasulullah saw berbanding makhluk/benda lain dlm kehidupan?

bukankah, cinta kita lebih terjurus kepada keluarga?
cinta kepada sahabat?
cinta kepada pasangan ?
cinta kepada harta benda?
cinta kepada kehidupan?
dan apa bukti kita mencintai Nabi Muhammad SAW berbanding cinta dunia kita?

sebelum meletakkan cinta terhadap Rasulullah saw, kita harus berpegang pada beberapa asas.
iaitu, sebelum kita mencintai Nabi Muhammad SAW, telah ramai para sahabat yang terlebih dahulu mencintai nabi lebih dari apa yang kita mampu saat ini. Sebelum kita lahir juga, telah wujud jutaan umat yang mencintai nabi Muhammad saw. jangan sesekali menganggap bahawa cinta kita sudah cukup hebat berbanding umat baginda yang lain.
Persoalannya, adakah nilai cinta itu adalah nilai cinta yang terbaik dan diterima oleh ALLAH swt...
Cinta yang bagaimana, yang dikatakan cinta sebenar terhadap rasulullah  yang dipandang oleh ALLAH SWT ?

mari kita lihat, beberapa kisah, yang menceritakan betapa nabi Muhammad dicintai sepenuh hati oleh para sahabat dulu kala. tetapi cinta bagaimana yang boleh diambil sebagai contoh teladan yang baik untuk kita praktikkan dalam kehiduapn kita hari ini.
cerita ini saya petik dari ceramah audio yang bertajuk ' cara mencinta Rasulullah SAW'
yang disampaikan oleh Ust. abd Rasyid.
Lalu terinspirasi untuk berkongsi di kalam blog ini. Insyaallah, mudah-mudahana menjadi pedoman di kemudian.

CINTA ABU LAHAB (Bapa saudara nabi) 

Nama sebenar, Abd-al-Uzza Bin Abdul Mutalib.
Bapa saudara nabi.
Inilah adalah contoh terawal yang Allah SWT tunjukkan kpd manusia bagaimana seorang lelaki ini begitu hebat menyayangi nabi tetapi betapa kasih sayangnya tidak dinilai, dan kita semua mengetahui bagaimana berakhirnya riwayat hidup Abu lahab.
Dikisahkan, sewaktu Abu Lahab sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya,datang hambanya Thuwaibah membawa khabar bahawa adik iparnya, siti Aminah telah melahirkan seorang putera iaitu Rasulullah saw. Mendengarkan khabar itu, Abu Lahab sangat gembira sehingga memerdekakan hambanya iaitu Thuwaibah dan membuat kenduri menyambut kelahiran Muhammad, anak saudaranya. Setelah 40 tahun beberapa bulan, setelah Rasul diperintah oleh ALLAH swt untuk menyampaikan risalah Islam, Nabi Muhammad menghimpunkan seluruh kaum keluarga nabi. Namun, Abu Lahab muncul dan menentang nabi secara terang-terangan di depan kaum kerabat yang lain.
dengan itu ALLAH terus membalas perbuatan ABU LAHAB  sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran.

begitulah, kalau kita mengambil jalan yang sama seperti ABU LAHAB tadi, iaitu, menolak risalah yang dibawa Nabi Muhammad secara mentah-mentah, segala kasih sayang yang beliau berikan kepada Muhamamd, sudah hilang nilainya. ALLAH langsung tidak menhitung cinta yang ABU LAHAB berikan kepada nabi.
 Menurut hadith sahih riwayat al-Bukhari, walaupun status Abu Lahab itu sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran, akan tetapi kegembiraan beliau mendengar berita kelahiran nabi Muhammad melayakkan Abu Lahab mendapat minuman setelah mati daripada celah ibu jari dan telunjuk nabi. Menurut riwayat daripada al-Abbas, Abu Lahab akan mendapat minuman tersebut setelah mati pada setiap hari Isnin, iaitu hari kelahiran nabi.

wallhua'lam.


CINTA ABU TALIB



Abu Talib juga, merupakan bapa saudara Nabi yang sangat mencintai Nabi Muhammad epnjang riwayat hidupnya. Beliau merupakan antara kaum kerabat Rasulullah yang menyokong perjuangan dakwah Rasulullah. Beliau membesarkan baginda setelah kematian ibunda, dan sehingga Nabi menerima wahyu dari tentang Islam, dia mempercayai Rasululluah, Malah, tidak pernah menentang apa yang dibawa Rasulullah saw. Namun, perjuangan murninya buat Rasulullah, tidak membawanya kepada hidayah ALLAH. Hal ini kerana, beliau wafat bukan sebagai seorang mukmin. Sayangnya dia tetap berpegang kepada agama nenek moyangnya. Justeru dia tidak mendapat kejayaan yang sebenar," katanya.Diceritakan, saat kewafatan Abu Talib, Rasulullah sangat bersedih dan kecewa, kerana dia tidak dapat menolong Abu Talib untuk mendapatkan Hidayah ALLAH..Lalu, Nabi Muhammad dikatakan sangat kecewa dengan berita itu.


Walau bagaimanapun baginda menerima ketentuan yang seperti ini dan lalu berkata: "Akanku pohonkan keampunan (dari Allah) untuk mu wahai bapa saudaraku selagi aku tidak dilarang berbuat demikian".
Lalu Allah turunkan ayat surah at-Taubah, ayat 113 bagi menjawab persoalan mengenai kematian Abu Talib itu.
Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.
Begitu juga firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56)






CINTA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

   Saidina Abu Bakar as Siddiq, sahabat Nabi Muhamad saw yang begitu tinggi darjatnya, dijamin masuk syurga dan imannya begitu teguh.


       Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama bagi umat islam (632-634). Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas beliau memeluk islam beliau menukar nama kepada Abdullah ibni Abi Qahafah. Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
      Namun beliau sering digelar Abu Bakar ( yang bermaksud unta muda di didalam bahasa arab) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan).
       Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
       Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji.

 Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

KONKLUSI


begitulah perkongsian cerita cinta Nabi ini yang dpat saya kongsikan. Bersumberkan, sedikit audio ceramah, pembacaan melalui internet tentang para sahabt dan keluarga baginda. Setelah mengenali perjuangan dan memahami cinta yang mereka tanamkan buat Rasulullah saw, bukan semudah yang kita sangkakan untuk  raih redha dan hidayah NYA ALLAH swt..

cuba kita lihat, bagaiman pebezaan cinta antara para sahabt dan kaum keluarga baginda yang lebih mengenali perjuangan Rasulullah saw.
cinta yang bagaimana cinta yang kita  pilih hari ini?
adakah cinta ABU LAHAB?
cinta di awal kelahiran Rasulullah saw, namun mengenepikan segala-galanya apabila baginda bersuara tentang agama Islam dan tuntutan betuhankan ALLAH yang satu kerana sikap angkuh dan bongkaknya.

adakah kita juga seperti itu, melaungkan rasa cinta kepada baginda, tapi sejuah mana kita mengmbil contoh teladan Rasulullah dalam kehidupan kita hari ini. jika kita menolak apa yang diajar Rasulullah, kita tidak ubah seperti ABU LAHAB, yang juga tidak mahu menerima ajaran Rasulullah..
wallahua'lam,
tepuk dada, tanya iman. apa khabar awak, MR IMAN.?
adakah kita meletakkan cinta terhadap Rasulullah itu bertepatan dengan apa yang kita lalui seharian dalam kehidupan ini.

Begitu juga, CINTA ABU TALIB..
tidak pernah menentang apa yang dibawa Rasulullah saw, malah Nabi sentiasa memohon agar bapa saudaranya itu dikurniakan Hidayah ALLAH swt/ Namun, begitulah firman ALLAH, sperti cerita di atas, "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya "..


dan, akhir sekali pilihan yang tepat adalah CINTA ABU BAKAR AS_SIDDIQ.
cinta suci yang perlu kita contohi dan aplikasikan dalam kehidupan kita hari ini.
Mendahulukan Rasulullah dalam segala perihal, dan menyambung risalah Rasullullah saw selepas ketiadaan baginda.

Alhamdulillah, sehingga sini dulu saya kongsikan ilmu yang ada. Semoga, dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan buat diri ini yang masih dahagakan ilmu ALLAH yang maha luas ini.
Sama-sama kita manfaatkan.
 WALLAHUA'LAM


Wassalam~

dari  lisan yang mendengar, dari    mata yang melihat,
~cahaya~
120212
12.00am




Tuesday, January 31, 2012

BAHAGIA saya & DIA.




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAHA Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..

SUBHANALLAH
Nikmat ketenangan merasai cintaNYA yang MAHA hebat..membuahkan perasaan getar di qalbu ini tiap kali diri mencari-cari cinta hakiki.. beri saya kekuatan ya ALLAH..

ALHAMDULILLAH
Nikmat kehidupan yang kian mengecap ke angka 2*.. Bersyukur, kerana hari ini, ALLAH masih membuka hati saya untuk menerima cintaNYa, mengingatiNYA.. Alhamdulillah, kerana hasil tulisan saya sebelum ini, kembali membawa diri saya bermuhasabah tentang kejahilan diri..dan juga, harapan agar kekal istiqamah dalam rasa cinta yang maha hebat ini..

ALLAHUAKBAR
ALLAH Maha Besar, yang menjadikan isi dunia seperti hari ini, kekal utuh di bawah junjungan langit yang tinggi, gagah berdiri di atas pasaknya bumi..yang melindungi kami di bawah RAHMATNYA yang tak pernah kurang walau sedikit..sesungguhnya, Dialah Al-Hafiz, MAHA Pelindung yang memelihara kami dari segala kecelakaan, juga AL-Hasib, MAHA Mencukupi, yang mencukupkan kami dari segala segi..

31 JANUARI 2012, bersamaan 8 Rabiu'l Awal 1433 M..
Kalam saya yang pertama, sesudah mencari-cari waktu untuk dilapangkan sedikit agar hati ini membuahkan bicaranya sendiri. 
Setahun berlalu 2011, meninggalkan memori yang tak bisa diungkap kembali. Ada yang pahit, manis pun tidak kurang hebatnya.. dan, mungkin juga yang sudah dinyah dari ingatan ini, semoga-moga membuahkan sesuatu yang bermakna dalam hidup ini. hanya dengan izinNYA.

Pinta hati, agar tulisan ini tidak sia-sia.. Bukan hanya sekadar tulisan sepi untuk kepuasan hati, moga-moga ia mengembalikan kesegaran hati, dan merungkai semula segala kemelut yang melanda diri. ah, apa  daya..saya hanya seorang pengecut. hanya mampu meluahkan segalanya di sini..Mungkin ini cara yang terbaik, tapi saya tahu DIA sentiasa disisi.. dan itu anugerahNYA yang sangat disyukuri.

Segalanya terlalu menguji. Inilah kehidupan. Inilah dunia. Kadang-kadang terleka dibuai keindahannya..kadang-kadang tenggelam dek kemanisannya. 
Fuhh~ hebatnya dugaan. saya sudah tertewas.




Bila menanti dengan tidak sabar, bila bertutur dengan tidak fikir, bila berbuat dengan tidak ikhlas...
Saya lemah seperti lalang ditiup angin, melonglai mengikut arah tiupannya. Tiada pendirian, tiada kekuatan yang membentengi diri dengan iman dan taqwa. Saya hanyut~





kan?..
kejar bahagia utk diri sendiri.
tapi,
untuk DIA?
........................................

dan, bila mengingatkan ini, hati saya lesu.
memikirkan apa yang perlu saya lakukan.
sudahlah, saya tiada berilmu, lagikan pula kekuatan..
bibir membisu kelu, jantung berdegup lesu, tanda saya terlalu kecewa.

YA ALLAH..
ampunkan saya.

beri masa pada saya.
untuk berfikir..
 fikir saya hanya kerana ingatkanMU..
diam saya hanya kerana ingatkanMU.
sedih saya hanya kerana rindukanMU..
insyaALLAH.

sejauh mana saya melangkah umur yang menginjak ini, bila menemukan satu kebahagiaan yang saya cari, semuanya hanya berstatus sementara. Akhirnya juga, pasti menemukan saya dengan kekesalan saya kerana menjauhi DIA..kerana semua itu bukanlah kebahagiaan hakiki..

saya bijak merancang perubahan.
tapi kenapa tiada kekuatan melaksanakan?

azam.
setiap tahun baru itu, pasti ada azamnya.
tapi, adakah azam itu disempurnakan sepenuhnya.?
di mana kekuatan saya...?


ada ketika, nafas saya tersendu-sendu. air mata saya mengalir laju. bila mengingatkan dosa-dosa yang lalu.
ada kala, saya lupa, saya terlalu seronok, terlalu teruja dengan kemewahan kehidupan..
kerana itu, saya malu.
malu dengan TUHAN YANG SATU.
denganNYA saya meminta kekuatan..
 denganNYA juga saya mengadu kelemahan...

mampukah saya?
membuktikan, saya bukan hanya mengadu kelemahan.
namun, saya juga punya kekuatan.

memulakan satu permulaan.
selangkah demi selanngkah..
agar, ia subur.
kekal istiqamah dalam sang jiwa.
hanya dengan izinNYA.

USAHA, TAQWA, MULIA.

tawakkal tu a'laLLAh..



di sini saya mengundur diri seketika.
mohon doanya dari teman yang sudi.
agar hati ini bukan saja mencari bahagia untuk diri ini, tetapi untuk DIA juga.
wallahua'lam.

Wassalamualaikum wbt..
=)
credit to : rusydee artz untuk pixs y hebat.