ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk melaksanakan suruhan sebagai hambaNya. Syukur tidak terhingga kerana diberi kesempatan untuk menyelesaikan blog ini.
Diharap agar saudara/i semua dapat meluangkan masa untuk menjayakan blog ini dan seterusnya berforum untuk bertukar-tukar pendapat.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kesilapan makhlukNya yang kerdil.

Sekian, Terima Kasih.

MARI MENJANA PENDAPATAN

MARI BERFORUM DI 'RUANG FORUM ANDA'

Monday, June 16, 2008

NASI KETAM, OH NASI UDANG...




Sekembalinya kami ke Penang, kami telah duduk di rumah sewa kerana telah dihalau oleh IPPPP. Walaubagaimanapun, segala aktiviti tetap dijalankan dan aktiviti pertama setelah pulang bercuti adalah 'makan nasi ketam di Juru. Seramai 16 orang telah menghadirkan diri untuk memeriahkan aktiviti ini yang dikepalai oleh Cigu Razi. Tujuan utama adalah untuk merasai kenikmatan dan keenakan 'nasi ketam' yang telah digembar-gemburkan sebelum Francis Light tiba di penang lagi. Harapan yang tinggi kami telah dikejutkan dengan bekalan ketam telah habis dan terpaksa tukar kepada 'udang'. Paisey, nak pergi bukannye senang sekali habis da...

Sunday, May 11, 2008

KURSUS PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA (KRS) ZON UTARA

Kursus Pentaulihan Leftenan Muda (KRS) Zon Utara telah diadakan pada 8/5/08 - 11/05/08 di Pendang Lake Resort, Kedah. Seramai 416 org pegawai telah ditauliahkan yg terdiri peserta dari IPSAH, I4P, IPDA, IPTB & IPPP. I4P telah menghantar seramai 74 org pegawai di mana 3 org pegawai adalah dari ahli LIMT2 iaitu Leftenan Muda Cikgu Azli, Leftenan Muda Cikgu Syful & Leftenan Muda Cikgu Hakil.

Tuesday, April 29, 2008

PROJEK BMK - PERTANDINGAN PIDATO

Satu Projek Mega Pertandingan Pidato telah berjaya dilaksanakan oleh Ahli LIMT 2 pada 29/4/2008 bertempat di Dewan Agung, I4P. Projek ini adalah dibawah perlaksanaan Pensyarah Pn. Sharinah yg merupakan pensyarah matapelajaran Bahasa Melayu Komunikasi. Setiap ahli diberi peranan dan tanggungjawab masing-masing spt Pengarah I4P, Pengerusi Projek, Pengacara Majlis, Pemberi Taklimat dan Pemidato dgn cara undian. Pertandingan ini berlangsung selama 2jam 30minit. Johan pemidato ini telah disandang oleh Cikgu Fazlina. Secara kesimpulannya, ahli-ahli berjaya menyempurnakan tanggungjawab ini dengan hasil kerjasama dan pemuafakatan sesama ahli... TAHNIAH ANDA SEMUA... BERIKAN TEPUKAN UNTUK DIRI ANDA....!!!!!!

Saturday, April 12, 2008

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 2008

Kejohanan Mini Olahraga 2008 telah diadakan pada 12/4/2008 bertempat di Stadium USM, Pulau Pinang. Pelbagai acara balapan dan padang telah dipertandingkan. Terdapat 4 kontijen yg telah mengambil bahagian iaitu KPLI, TESL/TYEL, PPSIMP dan PPRET. Kontijen PPSIMP telah dinobatkan sbg juara. Seramai 7 org atlet dari ahli LIMT 2 telah mengambil bahagian iaitu Cikgu Rozita (1500m), Cikgu Azli (100m), Cikgu Roy (Lontar Peluru), Cikgu Laila (Lompat Jauh), Cikgu Iwani (1500m), Cikgu Razi (Lompat Jauh) & Cikgu Epul (Lompat Jauh). Cikgu Rozita adalah wakil tunggal ahli LIMT 2 yg telah berjaya mendapat pingat gangsa. Bagi atlet-atlet LIMT 2 yg lain, mereka memberi ruang kpd atlet junior utk memenangi pingat.

Saturday, April 5, 2008

PEPERIKSAAN KOAM 2008

Peperiksaan percubaan KOAM 2008 telah dijalankan pada 2/4/2008 manakala peperiksaan sebenar adalah pada 5/2/2008. Peperiksaan ini bertujuan untuk lantikan Pegawai Kesatuan Olimpik Malaysia seterusnya berpeluang untuk menjadi pegawai pertandingan olahraga. Semua pelajar KPLI wajib menduduki peperiksaan KOAM kerana menjadi syarat pensijilan Diploma Pendidikan. Terima kasih ditujukan kepada Mr. Gan sbg pensyarah Gerko Olahraga kerana bertungkus-lumus memastikan pelajar-pelajar KPLI lulus dalam peperiksaan KOAM 2008. Peperiksaan ini telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Kami berdoa agar lulus dgn cemerlang. Amin...

Wednesday, March 26, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO Ai!!!!

Pada 26/3/2008 yg lalu, satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran salah seorg ahli LIMT 2 (Cikgu Aidura) telah di adakan di KFC Sunshine, Pulau Pinang. Beliau menyambut hari lahir yg ke 24 tahun (dah tua da.. oi..). Hampir semua ahli LIMT 2 telah hadir utk memeriahkan lagi majlis. Kehadiran 'RED TEAM' yg marcho telah menggamatkan suasana majlis. Kami semua berterima kasih kepada Cikgu Aidura kerana sudi menghabiskan wang utk mengisi perut kami yg lapar ini dgn ayam KFC (save budget mkn mlm). Ape-ape pun, 'HAPPY BIRTHDAY' semoga Allah melimpahkan rezeki serta umur yg panjg....

Friday, March 21, 2008

PENDAKIAN BUKIT BENDERA, PULAU PINANG

Pada 20/3/2008 yang lalu, sekumpulan 18 Climber (15 org tamat, 1 org separuh jalan & 2 org naik kereta kabel) telah menawan Bukit Bendera, Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah hampir 3 jam (Cikgu Razi telah menipu climber - kata 30 minit - hampeh). Kami telah memulakan perjalanan pada pukul 9.00 a.m dan berada di puncak lebih kurang pukul 12.00 p.m. Tempat-tempat lawatan di puncak adalah seperti kedai makan, canopy walk dll. Sebelum memulakan pendakian, chief (Cikgu Razi) mengadakan taklimat ringkas dan bacaan doa. Kami memulakan pendakian dengan bersarapan sandwich yang dibekalkan oleh gadis-gadis tempatan. Kami telah menyusuri trek pendakian hampir 2 jam dan mengikuti jalan bertar selama 1 jam. Seramai 15 climber telah memulakan pendakian manakala 3 orang lagi mendaki dengan menggunakan kereta kabel. Terdapat hampir 100 checkpoint yang telah kami lawati untuk menghilangkan kepenatan dan sesi mengambil gambar. Kami berpeluang berjalan di atas 'Canopywalk' yang mempunyai ketinggian hampir 50 meter.Setelah hampir 2 jam 30 minit kami berada di puncak, kami telah bertolak pulang ke I4P pada pukul 2.30 p.m. dan seterusnya melakukan aktiviti percutian kami di atas katil masing-masing.

Tuesday, February 26, 2008

KAMI BUKAN PERENANG

Seramai 7 org ahli yang berdaftar dibawah 'Projek Olimpik Malaysia 2008' telah mengadakan sesi latihan di Pusat Akuatik Relau, Pulau Pinang pada setiap minggu yang free dari kuliah. Keistimewaan menjadi ahli adalah menikmati makanan di Restoran Shariff dengan pakej berbayar, menikmati kedinginan air kolam yg tenang dan dapat mencuci mata jika ada awek-awek berenang sekali (masa utk tunjuk bakat). Aktiviti ini juga telah mendapat sambutan dari ahli-ahli cawangan yg lain bagi menghangatkan lagi suasana di kolam renang dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan mencemaskan.

Wednesday, February 20, 2008

PERSATUAN UNIT BERUNIFORM LIMT 2

Setiap warga KPLI adalah wajib menyertai unit beruniform sebagai syarat memperolehi Diploma Perguruan. Terdapat 4 persatuan unit beruniform yang terdapat di I4P iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS), Pengakap Kanak-kanak, Pandu Puteri, Puteri Islam & Bulan Sabit Merah. Bagi ahli LIMT 2 berikut adalah statistik kategori unit beruniform yang telah didaftar:-
1) Puteri Islam - 6 orang
(Cikgu Aida, Cikgu Suzana, Cikgu Awanis, Cikgu Masitah, Cikgu Niza, Cikgu Ina)
2) Pengakap Kanak-kanak - 6 orang
(Cikgu Rozita, Cikgu Iwani, Cikgu Huda, Cikgu Fairus, Cikgu Razi, Cikgu Rohimi)
3) Pandu Puteri - 4 orang
(Cikgu Hazwani, Cikgu Laila, Cikgu Zubaidah, Cikgu Siti)
4) Bulan Sabit Merah - 4 orang
(Cikgu Shazana, Cikgu Ros, Cikgu Aidura, Cikgu Azhar)
5) Tunas Kadet Remaja Sekolah - 3 orang
(Cikgu Hakil, Cikgu Syful, Cikgu Azli)

Monday, February 18, 2008

KURSUS BIG di PULAU LANGKAWI, KEDAH

BIG berlangsung dengan jayanya sepanjang 12-15 Februari 2008 dengan sokongan padu dari pelbagai pihak. Seramai 64 org peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari ahli LIMT 1, LIMT 2 & LIKS. Justeru itu, jutaan terima kasih kami ucapkan buat penyelaras BIG Encik Rosli Bin Abdul Razak yang telah banyak membantu sepanjang program ini berlangsung. Ini termasuklah persediaan sebelum bertolak ke Langkawi yang telah dirancang dengan rapi yang memberikan serba sedikit gambaran kepada kami semua tentang perlaksanaan BIG. Kawasan-kawasan yg telah dikunjungi adalah Beringin Beach Resort, Bukit Beringin, Taman Lagenda, Gua Landak, Pantai Beras Basah, Eagle island & Pekan Kuah. Aktiviti-aktiviti yg dijalankan adalah seperti jungle tracking, swimming learning, rafting, island hopping, eagle feeding, jungle survival, menerokai gua & shopping.