Wednesday, October 21, 2009

Coretan perjalanan 2

Hari ini adalah hari yang amat indah cuaca terang benderang udara pun segar susana keriangan pun terpancar di muka setiap insan. Bagi JP itu belum lagi dapat menaikan semangat JP yang agak merumdum pada hari ini tetapi JP mesti segera menaikan kembali semangat dan keyakinan JP. JP tidak boleh berterusan merasa kecewa walaupun perkara ini telah terjadi sebanyak 4 kali dalam seminggu dua ini. JP akan cuba melupakan persitiwa-persitiwa tersebut dan membina kembali keyakinan dan semangat JP.

Sedang JP memikirkan persitiwa tersebut terjadi satu lagi persitiwa yang JP rasa amat tidak bertanggunjawab makhluk yang bergelar manusia terhadap makhluk lain. Kejadian ini berlaku pagi tadi sewaktu JP dalam perjalanan ke tempat yang biasa JP tujui. JP terpandang sekumpulan anak-anak sekolah sedang mengerumi sesuatu sambil mereka berkata sesama mereka dengan penuh perhatin. Kejadian itu menarik perhatian JP lantas JP pun meninjau dari jauh kerana ia berlaku di dalam kawasan sekolah. Penat meninjau dan memerhati akhirnya JP dapat melihat dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku, beristifar JP melihatnya dan rasa kasihan pun timbul di hati JP. Apa yang JP fikirkan mengapa perkara begitu berlaku di mana akal manusia yang Allah anugerahkan kepada mereka sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada makhluk lain. Bukankah Allah memerintahkan supaya kita menyayangi dan menghormati antara setiap makhluk ciptaaNya?

Allah telah berfirmann di surat Al-Baqarah ayat 205 :

Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan..

Apa yang JP nak kongsikan hari ini adalah kecetekan akal manusia yang telah menganiaya seekor binatang yang bergelar Kucing. Kucing tersebut pada perhatian JP sangat comel dengan bulunya berwarna putih dan terdapat tompok-tompok hitam sedikit di kepalanya. Sekali imbas terdapat belang dan tompok hitam di badanya juga tetapi apabila JP amati jelas belang hitam di badan kucing tersebut adalah karya ciplak hasil seni makhluk yang bergelar manusia kerana tidak mungkin binatang yang menghasilkan hasil seni yang tidak kena tempatnya sedemikian rupa. Jika selama ini kita pernah dengar dan melihat tulisan kalimah Allah atau Rasulnya di badan binatang atau dibelahan buah-buahan, di badan kucing ini lain pula. Apabila JP menghayati jelas terdapat tulisan "I LOVE APACHE" dan "501" kalau tak silap mata memandang berserta dengan Lambang "PEACE" dan nama "ARIN" yang ditulis menggunakan dakwat hitam di badan kucing tersebut. Ia telah menarik perhatian kanak-kanak sekolah yang hanya boleh berkata kesiannya kucing ni dan ada pula yang berkata wah! cantik le kucing ni serta hebatnya kucing ni. Cuba kita bayangkan saat kucing ini ditulis dengan perkataan dan lambang demikian sudah tentu tanpa kerelaan dan penuh dengan paksaan jadi terfikirkah kita betapa terseksanya perasaan kucing tersebut? Beginilah ragam manusia sudah tentu manusia kalaulah kucing lain yang buat tak tahu apa nak kata? JP hanya mampu berdoa semoga orang yang melakukan perbuatan itu akan mendapat petunjuk dariNya dan semoga perbuatan itu tidak menjadi ikutan atau contoh kepada anak-anak sekolah yang ada di situ.

Jika JP renungkan persitiwa tersebut membuktikan bahawa apabila manusia bertindak tanpa menggunakan akal yang waras maka akan lahirlah tindakan yang tidak berfeadah dan menghasilkan sesuatu yang tidak berkualiti serta tidak mampu untuk menjadi bahan contoh atau ikutan kepada yang lain. Jika ini telah berlaku maka terlahirlah satu perbuatan yang sia-sia tanpa mendapat sembarang ganjaran dari Allah. Bahkan jika tersilap langkah boleh mendatangkan musibah kepada diri dan orang lain. Semoga ia menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kita yang waras ini.

Coretan
JP



Tuesday, October 20, 2009

Eidul fitri berlalu pergi ...


Hari ini aku mengarang lagi coretan bagi mengasah untuk menajamkan akal dan memberi keyakinan kepada diri aku untuk terus berkarya. 19 Oktober 2009 adalah tarikh masihi dan jika kita lihat di dalam kalender Islam bersamaan dengan 30 Syawal 1430 Hijrah. Kalau kita perasaan esok 20 Oktober 2009 bersamaan dengan 1 Zulkaedah 1430 Hijrah, maka berakhirlah Syawal yang disambut dengan penuh gilang-gemilang oleh setiap insan di dunia terutamanya di Malaysia dan khususnya di negeri kelahiranku Johor Darul Ta'zim.

Hari Raya Eidul fitri memberi banyak makna kepada kita semua terutama kepada mereka yang telah menunaikan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Kanak-kanak terutamanya amat menanti dan menikmati kedatangan Hari Raya ini walaupun aku tengok sekarang kanak-kanak pun sudah tidak menghayati sangat pengertian Hari Raya mungkin mereka sudah faham atau terlalu memahami serta telalu menghayati Hari Raya Eidul fitri.

Yang pergi terus pergi dan Syawal akan terus dinanti setahun lagi untuk kemunculanya tetapi apakah pengajaran yang dapat kita terapkan di dalam kehidupan kita selama 30 hari kita menyambutnya. Aku bukan nak memandai atau memberi komen yang menghentam tetapi sekadar pandangan dari aku yang lemah dan kurang berilmu ini. Daripada pemerhatian aku ada kebaikan dan dari sudut yang lain ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian kepada sambutan Hari Raya Eidul Fitri ini seperti yang diri aku alami sendiri. Disini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman yang lepas aku lalui sepanjang sebulan kita merayakannya.

Konsep ziarah menziarahi. 
    Ini adalah satu konsep yang amat baik dari pandangan aku setelah aku merujuk kepada pakar-pakar dalam hal ini. Kita dapat bertanya khabar dan bermaaf-maafan antara satu sama lain terutama saudara mara kita yang jarang kita temui dan terutama jiran tetangga kita yang kadang kala kita tidak pernah bertanya kahbar walaupun jiran disebelah rumah kita. Ziarah-menziarah ini juga dapat mengeratkan persaudaraan kita sesama Islam yang jauh ataupun yang dekat.
     
    Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk. Al-Imran: 103
     
    Apa yang aku nak sampaikan adalah pengalaman aku sendiri di mana konsep ziarah ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Konsep ziarah yang telah ditambah nilai dengan mengharapkan sesuatu dari tuan rumah iaitu tabung atau duit raya. Konsep tabung itu tidak salah jika diamalkan dengan jalan yang betul tetapi apa yang berlaku memenuhi tabung itu lebih diutamakan daripada amlan menziarahi itu sendiri sehingga berlaku sedikit kurang sopan terhadap tuan rumah

    Contoh :


    Di negeri kelahiran aku amat popular dengan konsep Barahan iaitu satu budaya kunjung mengunjung tetapi  disetengah tempat apa yang berlaku apabila sampai di rumah yang dikunjungi tetamu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja tanpa memenuhi adab-adab ziarah demi mengejar masa dan rumah yang lain. Ada kalanya tetamu juga menyusahkan tuan rumah dengan tidak mengambil sikap perihatin dengan keadaan situasi rumah tersebut contoh di rumah tersebut ada penghuninya yang sakit tetapi tetamu masih lagi bercakap atau bergurau senda dengan terlampau sehingga menganggu pesakit tersebut, adakah kita pasti bahawa ia merestui perbuatan kita?

    Bagi kanak-kanak pula sudah menjadi kebiasaan kepada mereka bahawa menziarahi rumah orang lain mesti untuk mencari duit raya ini termasuk juga anak aku yang lebih mementingkan memungut duit raya dari bertanya khabar dan memohon maaf kepada tuan rumah, inilah budaya yang telah meresap ke dalam minda anak-anak sekarang. Jika kita memberi RM0.50 dikatakan kita kedekut diberi RM1.00 tak kan sikit sangat diberi RM2.00 seorang baru tersenyum adakah ini yang ingin kita teruskan bercambah di dalam diri anak-anak kita?

    Persitiwa lain yang aku terperasaan sewaktu aku sedang menziarah rumah saudara aku terdapat empat pasangan remaja sedang menziarahi rumah rakanya. Apa yang menarik perhatian aku adalah status mereka ini kerana jika dilihat secara kasar mereka masih remaja belasan tahun ataupun di alam persekolahan tetapi apabila di lihat dari situasi pada masa itu seperti suami isteri kerana cara mereka menunggang motorsikal amat mesra sekali. Aku tak nak buruk sangka mungkin mereka suami isteri tetapi jika bukan tidakkah itu satu lagi kekeliruan yang sedang melanda mereka mengenai konsep ziarah?

    Persitiwa lain yang biasa berlaku adalah dari segi percakapan dan perbualan, kerana terlampau ghairah menyambut hari tersebut dan bergurau senda hingga terkeluar perkataan yang tidak sedap didengar dan cara berbual yang tidak beradab. Perkara ini akan mempengaruhi orang lain terutama kanak-kanak yang masih belajar melalui kepimpinan melalui tauladan secara tidak langsung kita telah mengajar kanak-kanak bercakap secara tidak sopan dan berani mengelurkan kata-kata yang tidak baik.

    "Hendaklah mereka berbicara dengan ucapan yang sebaik-baiknya" dalam berdakwah. Bahwasanya setan itu suka menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya antara setan dan manusia terbentang permusuhan sejak dahulu. Isra: 53

    Ini adalah sebahagian daripada kekeliruan yang melanda dan aku pun masih mencari jawapan dengan erti kata sebenar susana ini sebab aku pun bukanya orang yang pakar dalam hal ini namun jika kita fikirkan bersama banyak perkara yang mengundang kekeliruan di dalam situasi ini. Aku bimbang generasi akan datang akan menjadi lebih keliru dan menjadikan sambutan Hari Raya yang sepatutnya disambut penuh dengan amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah tetapi menjadikan diri kita dimurkai tanpa kita sedari dan menjadi bahan ketawa mereka yang membenci kita.

    Coretan Perjalanan Satu

    Tepat jam pukul 7.00 pagi JP bergerak dengan motorsikal aku yang sememangnya menarik perhatian kerana JP perasaan motorsikal JP yang paling cantik di mata JP sendiri. Seperti biasa aku menunggang motorsikal JP dengan lebih muatan iaitu 3 orang anak JP dan termasuk JP sendiri semuanya 4 orang, ni kalau nampak JPJ pasti dah kena tahan dan saman tapi JP faham undang-undang jadi JP tidak mengikut Jalan Raya terpaksalah JP bersusah sikit melalui jalan kebun Kelapa Sawit. Kadang-kadang rasa kasihan juga kat anak-anak ni kerana terpaksa bersempit tapi ini je le yang JP mampu Insyak Allah kalau ada rezeki JP akan menukar motorsikal kepada motokar untuk keselesaan anak-anak JP.


    Dalam jam pukul 7.15 pagi JP sampai di sekolah anak-anak JP dan bermulalah kembara mereka di dalam pendidikan sekolah, JP hanya berdoa semoga mereka mendapat ilmu yang diredai oleh Allah. Selesai menghantar anak-anak JP meneruskan perjalanan JP menuju ke tempat JP mencari rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.

    Hari ini perjalanan JP lancar seperti biasa sambil menunggang JP sempat meninjau persekitaran melihat ragam manusia yang sedang bersama-sama dengan JP untuk menuju ke destinasi masing-masing. JP berdoa semoga perjalanan kali ini akan dilindungi olehNya daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

    Sedang JP menumpukan perhatian kepada perjalanan, JP telah dipotong oleh sebuah teksi yang membawa 2 orang penumpang, apa yang menarik perhatian JP adalah sikap penumpang tersebut, dari pandangan JP mereka ini ingin ke tempat kerja. Apa yang menari adalah kedua-dua penumpang teksi tersebut tidak duduk diam dan mereka sedang menlakukan sesuatu demi memenuhi masa yang terluang.

    Syukurlah walaupun hanya 2 orang penumpang yang melaksanakannya, jika termasuk pemandu teksi tersebut turut sekali JP tidak pasti apakah yang terjadi kepada teksi tersebut sama ada menuju ke tempat yang nak dituju atau terus menuju kecelakaan semoga dihindari darinya. Ini adalah contoh yang terbaik bagi JP perbuatan yang sepatutnya manjadi ikutan kepada semua masyarakat iaitu menafaatkan masa dengan melakukan kerja-kerja yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Walaupun tidak memakan masa yang begitu lama pada andian JP lebih kurang 15-30 minit perjalanan mereka tetapi mereka masih sempat meluangkan masa tersebut dengan membaca iaitu salah satu kaedah untuk kita menanam ilmu di dada.Andai ini dapat JP terapkan dalam diri JP dan anak-anak JP adalah satu kemajuan bagi keluarga JP.

    Sedar tak sedar JP sudah sampai destinasi yang dituju bersyukur JP kerana Allah masih melindungi perjalanan JP hari ini walaupun sedikit hujan di pertengahan jalan tak apa itu adalah rahmat dari yang maha Esa kepada makhluk sekelian alam. Apa yang JP dapat dalam perjalanan hari ini adalah gunakan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah sementara kesempatan itu masih ada.

    "Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

      Coretan perjalanan
    JP

    Monday, October 19, 2009

    Jenking Putih Menulis....

    Aku tidak yakin untuk menulis di dalam blog ni kerana aku tidak biasa dan kurang mahir di dalam hal-hal ini tapi hari ini aku gagahkan juga semangat dan naulari diri ini untuk mencuba sebagai salah seorang "penulis blog gitu agak bunyinya".

    Ni adalah catatan aku yang pertama di dalam blog, sebenarnya aku tidak biasa dengan tulisan ni tapi bila aku tengok kekawan menulis membuatkan aku teruja ingin mencuba sebagai salah seorang yang mempunyai blognya sendiri.

    Apa motif dan tujuan aku menulis di blog ini pun aku masih tercari-cari lagi kesusaian dengan matlamat blog aku ni. Kalau aku nak bercerita di dalam blog ni tanpa ada matlamat khusus rugi rasanya tenaga dan masa aku yang telah Allah berikan sebagai pinjaman ni takut jadi sia-sia lak.

    “Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya. Mereka itulah orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka menjadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka.”
    (Hud, 11:15-16)

    Aku juga mesti memikirkan motif dan tulisan aku ini, tidak menjadi undangan kemarahan orang yang membacanya atau para sahabat dan kaum keluarga serta saudara mara aku. Yang paling aku takuti adalah mengundang kemarahan dan kemurkaan dari Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui segala yang ada di dalam dan di luar diri kita. Oleh itu aku kena berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan karangan yang aku titipkan di blog aku ini.

    “Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.” (Muhammad, 47:28)

    Sebagai memanas minda dan mengasah pena yang tidak pernah mencarit di dalam halaman ini, cukuplah setakat ini dahulu coretan aku buat seketika ini. jika dizinkan oleh Allah mungkin lain kali aku akan mencoret lagi ayat-ayat yang lebih bermakna bagi perkongsian sumber ilmiah atau informasi untuk kita semua.