26 Oktober 2009

AL-FATIHAH buat sahabat seperjuangan dan mohon sumbangan.

Telah kembalinya AlLahyarham Saudara Mohamad Jamil b. Hj. Hambali, 44 ke rahmatulLah pada pertengahan Oktober, 2009 yang lalu. Beliau merupakan bekas Ketua Kampung JKKN Pakatan Rakyat Kg. Sayong Hulu dan cemerlang ketika menjawat jawatan tersebut. Beliau juga bergiat cergas dalam aktiviti PAS cawangan dan merupakan AJK PAS Cawangan Sayong.
Pemergian beliau meninggalkan seorang balu iaitu Pn. Haslida bt. Mat Nor beserta 3 orang anak iaitu Nur Khairun Nisa 10 tahun, Mohd Danish Haikal 9 tahun dan Nur Kamila Balqis 4 tahun.
Sekiranya sesiapa ingin menyumbangkan bantuan kepada keluarga beliau, bolehlah dimasukkan ke akaun RHB Bank : 1-58187-0004161-8 atas nama balu beliau Pn. Haslinda.
Segala sumbangan tuan-puan, kami dahulukan ucapan JazakalLahu khairan jaza.

info : DPP Cawangan Sayong Tengah

29 September 2009

Labu pilihan anda..






Jenis-jenis labu yang dibuat di bengkel ini :
1. Labu air hitam
2. Labu air merah
2. Labu hiasan kojek
3. Labu hiasan gelugur
4. Labu air nizar
5. Labu hiasan nizar
6. Pasu bunga
7. Bekas telur @ bunga telur
8. Astray
9. Lampu tidur
10. Teko
dan banyak lagi yang boleh dilihat dan dipilih...

28 September 2009

Peta keberadaan bengkel



Bengkel berada di alamat : No. 27, Kg. Sayong Tengah 33040 Kuala Kangsar, Perak. Silakan hadir untuk membuat pilihan..

Labu Nizar



Bengkel ini telah mendapat hakcipta labu sempena nama bekas Menteri Besar Perak YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Labu ini dinamakan Labu Air Nizar dan Labu Hiasan Nizar. Sesiapa berminat, sila dapatkan segera daripada bengkel ini sahaja.

Perasmian J&L Labu Sayong oleh YDP Kawasan Kuala Kangsar





Pada Julai 2009 yang lalu, YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar telah sudi merasmikan bengkel labu sayong ini, yang mana ianya dikelolakan oleh beberapa orang ahli PAS. Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang AJK PAS kawasan dan ahli-ahli PAS cawangan.