Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.
1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem.
2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut:
- LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1)
- LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2)
- LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3)
- LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4)
- LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5)
3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun.
4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang berkesan kepada murid.
5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem.
6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format borang yang terdapat dalam buku panduan
Ahad, 24 Januari 2010
Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
RINGKASNYA
1. Kumpulan murid kelas pemulihan ini tidak statik.
2. Murid yang telah pulih perlu mengikuti sukatan pelajaran jawi di kelas asal.
3. Kekosongan di kelas pemulihan perlu diganti dengan murid lain jika ada.
4. Setiap murid mesti menjalani ujian dianostik terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas pemulihan jawi.
5. Tahun satu (rujuk buku panduan tahun1 muka surat 64)
6. Tahun dua (rujuk buku panduan tahun 2 muka surat 97)
7. Bilangan murid yang mengikuti kelas pemulihan tidak boleh lebih daripada 10 orang dalam satu masa.
8. Jika 2 orang guru mengajar kelas pemulihan pada waktu yang sama maka 10 orang murid pemulihan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil
Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.
Penilaian Bahasa Arab menggunakan pendekatan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
1. Ianya dijalankan setiap kali P&P dan dicatat pencapaian setiap murid.
2. Tiada ujian bulanan atau penggal sebagaimana biasa.
3. Setiap murid perlu mempelajari 10 tajuk.
4. Setiap tajuk perlu diajar dalam tempoh sebulan.
5. Pencapaian murid untuk tajuk 1 - 5 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6. Pencapaian murid untuk tajuk 6 - 10 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Akhir Tahun.
7. Sila rujuk buku panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran & Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 atau Tahun 2
Bahasa Arab Sekolah Rendah Kohort 2009
5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009

Model Tasmik
Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.
Pembuka Bicara
alhamdulillah...akhirnya berjaya juga Laman Rasmi j-QAF SK Taman Keramat 1 ini dihasilkan..
moga blog ini mendapat sambutan daripada warga j-QAF dan Panitia Agama Islam SKTK1 serta pembaca yang berminat untuk mengikuti blog ini..kita jumpa lagi dalam catatan yang akan datang
moga blog ini mendapat sambutan daripada warga j-QAF dan Panitia Agama Islam SKTK1 serta pembaca yang berminat untuk mengikuti blog ini..kita jumpa lagi dalam catatan yang akan datang
Langgan:
Catatan (Atom)