Assalamualaikum..
Hari ini sangat lapang dan menyenangkan. Awin pun ada..jadi i ambil kesempatan untuk membuat satu jenis kek baru yang tak pernah i buat sebelum ini. Sebenarnya Awin yang suruh buat kek nih..nak rasa katanya.

Kek ini juga salah satu kek yang sering ditanya oleh pelanggan dan mulai hari ini dah boleh ambil tempahan untuk kek ini ya.

Bagi yang nak cuba buat pun boleh. Kek yang sangat mudah dan senang. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak rumit.






Bahan-bahan kek.. 250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur A
1 sdk perasa vanilla
250 gm tepung superfine*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
1 sdb susu segar

Bahan-bahan filling..
300 gm jem strawberry - gaul agar tidak berketul
150 gm freshcream - pukul sehingga kental
1 sdb snow sugar
10 biji strawberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama perasa vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Tambahkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata.
4. Tambahkan susu dan gaul rata lagi.
5. Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci. Oles sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oles mentega lagi.
6. Tuang adunan sebanyak +- 470 gram untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah tengah adunan. Ini supaya kek tidak naik membukit di tengah tengah ketika proses pembakaran.
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30-35 minit.


8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.

9. Letak sebiji kek atas papan kek, sapu jem strawberry rata keseluruhan kek. 10. Masukkan freshcream yang telah dipukul kental dalam piping bag dan paip kan mengikut kreativiti anda.

11. Tindihkan sekeping lagi kek diatas freshcream dan ayakkan snow sugar pada keseluruhan kek dan susun strawberry segar diatasnya. 12. Sejukkan sebentar dan hidangkan.



Hit: 15 Laman Asal