بسم الله الرحمن
الرحيم
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Pada kali
ini saya ingin berkongsi satu situasi yang semua orang tidak mahu berlaku
kepada diri mereka. Situasi yang saya maksudkan ialah kejadian ragut. Kejaian
ragut ini semakin meningkat dari hari ke hari dan sekarang berada pada tahap
yang membimbangkan.
Hari
ini semasa saya berada di bilik kuliah, saya dan kawan-kawan sempat berkongsi
cerita berkenaan pengalaman hidup mereka. Salah seorang kawan saya, iaitu
Syarifah telah berkongsi pengalamannya diragut ketika sedang menutup pintu
pagar rumahnya ketika mahu keluar untuk ke kuliah. Sungguh saya tidak menyangka
kejadian tersebut berlaku kepada rakan saya sendiri. Memang kejadian ragut ini
semakin berleluasa dan patut diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pada
pandangan saya, manusia pada masa ini tidak lagi mengamalkan nilai-nilai
positif dalam kehidupan mereka. Mereka banyak melakukan jenayah dan perkara
yang tidak baik untuk terus hidup. Seperti situasi di atas, segelintir manusia
mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan melakukan jenayah ragut.
Mereka
tidak lagi mempedulikan orang lain, apa yang penting bagi mereka ialah
mendapatkan duit walau dengan apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun, saya juga
berharap agar pihak berkuasa seperti polis dapat mengambil tindakan yang
sewajarkan bagi membendung kegiatan jenayah sebegini agar masyarakat lain tidak
menjadi mangsa di samping mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Cadangan
saya ialah hukuman yag sangat berat harus dikenakan kepada penjenayah yang
terlibat dengan kegiatan ini supaya kejadian ini tidak berulang dan memberi
peringatan kepada orang ramai yang mahu melakukan jenayah ini. Saya berharap
saya dijauhkan daripada perkara seperti ini. Dengan izin-Nya. Sekian sahaja
perkongsian saya buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca paparan di
blog “Bicara Qalbu”.