Jumaat, 14 Disember 2012
Isnin, 26 November 2012
Kesilapan Ejaan
SALAH
|
BETUL
|
Aidil
adha / Iduladha
|
Aidiladha
|
Aidil
fitri / Idulfitri
|
Aidilfitri
|
akitek
|
arkitek
|
ambilalih
|
ambil
alih
|
analisa
|
analisis
|
atlit
|
atlet
|
aturcara
|
atur cara
|
baikpulih
|
baik pulih
|
bandaraya
|
bandar raya
|
baucer
|
baucar
|
bersyukor
|
bersyukur
|
beserta
|
berserta
|
bistari
|
bestari
|
bowling
|
boling
|
buffet
|
bufet
|
bumiputra
|
bumiputera
|
cahayamata
|
cahaya mata
|
calun
|
calon
|
campurtangan
|
campur tangan
|
catit
|
catat
|
cendikiawan
|
cendekiawan
|
definasi
|
definisi
|
emel
|
e-mel
|
ehsan
|
ihsan
|
fax
|
faks
|
gambarajah
|
gambar rajah
|
gembeleng
/ gembeling
|
gembleng
|
Selasa, 13 November 2012
Panduan Menjawab Bahagian A
BAHAGIAN
A
Memindahkan Maklumat :
- Calon-calon
akan diberi gambar sama ada dalam bentuk :
·
Gambar Tunggal
·
Gambar Bersiri
- Berdasarkan
gambar, calon-calon perlu memindahkan maklumat yang terdapat di dalamnya
ke dalam bentuk tulisan (ayat).
- Calon-calon
dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti atau
situasi yang terdapat dalam gambar, iaitu :
- Ayat
Tunggal
- Ayat
Majmuk
- Bilangan
perkataan tiada had.
- Masa
dicadangkan ialah 15 minit.
- Jumlah
markah bagi bahagian ini ialah 10 markah.
PATEN SOALAN
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam gambar di atas.
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam
gambar di atas.
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di atas.
FORMULA MUDAH MEMBINA
AYAT BERDASARKAN GAMBAR
1.
SIAPA ? – Kata Nama @ Orang (pelaku)
2.
APA ? – Kata Kerja @ Aktiviti (apa yang dilakukan)
3.
DI MANA ? – Tempat @ Lokasi (huraian / keterangan)
4.
MENGAPA ? - Kata Adjektif (huraian / keterangan
bagi ayat
5.
BAGAIMANA ?
yang berkaitan dengan situasi
Ingat... S. A. D
PANDUAN MENJAWAB
BAHAGIAN A
Tulis lima ayat
yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam gambar di bawah.
LANGKAH 1
1.
Lihat gambar / grafik dengan teliti.
2.
Fikirkan 3 kata tanya (siapa/apa/di mana)
3. siapa –
berkaitan dengan orang / manusia
4.
apa –
aktiviti-aktiviti yang telah berlaku
5. di mana –
berkaitan dengan tempat / situasi
LANGKAH 2
Catatkan maklumat berkaitan
dengan aktiviti (kata kerja) atau
situasi (kata adjektif) yang terdapat dalam gambar atau grafik.
LANGKAH 3
Binalah lima ayat yang lengkap
berdasarkan situasi atau aktiviti-aktiviti tertentu.
LANGKAH 4
Baca semula ayat-ayat yang
dibina. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan
kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.
Contoh 1:
|
|
|
|
|
siapa?
1. perempuan : dewasa dan kanak-kanak
2. lelaki : dewasa dan kanak-kanak (budak)
apa?
1. berjoging
2. bermain bola
3. mengejar / menangkap rama-rama
4. bermain buaian
5. berbual-bual
di mana?
taman permainan kanak-kanak /
taman rekreasi
Jadual Bina Ayat :
Siapa ?
KN (Kata Nama)
|
Apa ?
KK (Kata Kerja)-Aktiviti
|
Di mana ?
Huraian / Keterangan
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
Jawapan Contoh 1
(Ayat Tunggal)
1. Seorang budak perempuan dan dua orang budak
lelaki sedang berjoging di
taman rekreasi .
2. Dua orang budak lelaki sedang bermain
bola sepak di taman rekreasi.
3. Seorang budak perempuan
sedang mengejar untuk menangkap beberapa
ekor rama-rama di taman rekreasi.
4. Dua orang budak perempuan
sedang bermain buaian di taman rekreasi.
5. Tiga orang wanita sedang berbual-bual
sambil duduk di atas bangku di
taman rekreasi.
Jawapan Contoh 2
(Ayat Majmuk)
1. Siti, Ali dan Abu sedang berjoging di taman
rekreasi .
2. Ah Meng dan Raju sedang bermain bola sepak di
taman rekreasi.
3. Ai Ling sedang mengejar untuk
menangkap beberapa ekor rama-rama di
taman rekreasi.
4. Amira dan Rina sedang bermain
buaian di taman rekreasi.
5. Puan Sharifah dan
kawan-kawannya sedang berbual-bual sambil duduk di
atas bangku di taman rekreasi.
Contoh 2 :
Tulis lima ayat
yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar di bawah.
siapa?
1. murid-murid sekolah
2. pasukan penyelamat
3. orang dewasa (lelaki dan perempuan)
apa?
1. kehujanan
2. ditenggelami
3. menyelamat
4. berpindah
5. mengharungi air
6. membawa barang-barang
di mana?
1. di sekolah
2. di sebuah kampung
Jawapan Contoh 1
1. Beberapa orang murid kehujanan
ketika berjalan pulang dari sekolah.
2. Beberapa buah rumah di
sebuah kampung ditenggalami air banjir.
3. Pasukan penyelamat sedang menyelamat
mangsa-mangsa banjir dengan
sebuah motorbot ke tempat yang selamat.
4. Sebuah keluarga sedang mengharungi
banjir sambil membawa barang-
barang untuk menyelamatkan diri.
5. Seorang lelaki menjunjung segulung permaidani manakala
ahli keluarganya
menggalas bungkusan sambil meredah banjir.
Jawapan Contoh 2
1. Ahmad dan beberapa orang kawannya kehujanan
ketika berjalan pulang dari
sekolah.
2. Beberapa buah rumah di
kampung Ahmad ditenggalami air dalam kejadian
banjir.
3. Pasukan penyelamat sedang menyelamat
mangsa-mangsa banjir dengan
sebuah motorbot ke tempat yang selamat.
4. Ahmad dan keluarganya sedang
mengharungi banjir sambil membawa
barang- barang untuk menyelamatkan diri.
5. Bapa Ahmad menjunjung
segulung permaidani manakala ibu dan dua orang
abangnya menggalas bungkusan sambil meredah
banjir.
PENSKORAN
Bagaimana untuk mendapat cemerlang (9 – 10 markah) dalam Bahagian A?
- Menggunakan
ayat-ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.
- Penggunaan
pelbagai kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.
- Penggunaan
ejaan dan tanda baca yang betul.
Langgan:
Catatan (Atom)