Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Assalamualaikum semua...apa khabar..?

Percutian kali ni memang last minute punya plan. Idea untuk pergi bercuti tu datangnya dari aku. I just wanna to go somewhere to refresh my mind, to heal up my stress, to see new environtment. Senang cerita orang kata, ambil angin baru. Yelah, lepas bersalinkan Yusuf, aku tak pernah pergi vacation mana-mana lagi. Duduk rumah, jaga anak, masak, kemas rumah..bla bla bla... and the routines repeating again again and again...

Lepas tu aku luahkan kat suami aku untuk bercuti, aku tak kisah ke mana, aslkan bukan kat bongek. hahaha...jadi suami aku ajak ke Cameron Highland. Aku rasa not bad, even dah pergi last year, still my best place to go. banyak benda boleh buat kat  sana, sejuk, banyak fresh flowers, so....i wanna be the master planner!!!!

So..kami bertolak pagi  18 november 2018.

kami keluar rumah, tepat pukul 8 pagi. Kami bersarapan dulu di greenwood, aku pesan roti canai telur, suami pesan capati kari kambing dan roti canai USA. Special. ala..roti canai tu letak telur mata je atas tu pastu kuah banjir, jadi la roti canai USA. sayang tak snap gambar. huhu

Then lepas isi minyak dan pam tayar spare, kami terus bertolak ke Brinchang. Alhamdulillah perjalanan smooth, perut kenyang sebab makan roti canai, Anak-anak tidur, umi diorang pun tidur. Hahaha..tinggal abbi drive sorang2.

Masa ni Abbi singgah di station minyak Shell di Rawang. Bukan main happy budak tomel dua orang ni. 
Dalam 2 jam jugak perjalanan kami ke persimpangan Tapah dari tol Gombak. Masuk persimpangan Tapah, terus nampak ada orang jual durian. Apa lagi Abbi terus berhenti, sebab Ibrahim dari hari tu asyik sebut nak durian. Lagipun Perak dengan Pahang tengah musim durian.


      


Not bad durian pakcik ni, kami makan kat situ terus sebab Ibrahim dah sebut2 macam orang mengidam. Hahaha... Lepas settle makan durian, kami bertolak semula ke Brinchang.

Jalan okey, cuma faham-faham jelah jalan ke atas masih lagi teruk sebab lori, bas ulang alik naik atas tu, so hati-hati. Kalau Abbi suruh aku drive naik CH, memang aku tolak siap2. Tak berani. baik aku tidur je. haha. Tapi Alhamdulillah, lalu lintas baik dan tak sesak.

On the way tu kami singgah minum teh kat Bharat Tea Valley. memang ada dlm schedule kami. Padahal dah tgh hari buto time tu, orang lapar nasi tapi kami minum teh . Lagipun tak pernah lagi kami minum-minum kat sini. Feeling-feling omputeh.
 
               





Then kami terus ke apartment tempat kami menginap sepanjang kat sini. Dan ni first time kami try nak stay kat apertment. Abbi yang suggest kiorang sewa apartment sebab dia nak masak nanti...wahhh...not bad jugak kan, boleh makan jagung dgn ubi manis rebus fresh2 kat atas. lagipun, kami rasa bilik hotel dah tak cukup selesa bagi kami berempat. Nak bilik hotel yang luas, bajet pun tinggi jugak. So aprtment was the best solution for us, ada 3 bilik, ruang tamu, dapur. Bilik-bilik tu kami tak guna semua. satu jadi tempat tidur, satu tempat iron baju, letak telekung, tempat aku bersiap. walla....luas dan best.

Jadi, cari punya cari dapatla Aaron apartment @ Crown Imperial. 4 hari 3 malam kami kat sana total price for apartment 3 bilik tidur, 2 bilik air ialah RM397.11. MURAH KAN??  Worth it sangat...bersih, selesa, ada TV siaran injoy. Walaupun siaran selalu tergendala, musim hujan, tapi alhamdulillah daripada tak ada. sebab kami xkemana-mana lepas maghrib. Jadi TV sebagai hiburan.
But i am very recommend this apartment. Good choice.

Lepas berehat dan bersihkan diri, kami keluar untuk cari makan dan beli barang basah untuk masak esok. Allah...kedai makan dengan pasar sangat dekat dengan apartment kami. mudah urusan kami. Kami dinner di restoren pattani Nik ikan bakar. Kami order ikan bawal hitam goreng, som tam pauh dan sup ayam. Alhamdulillah lega sangat dapat makan nasi. 

Lepas makan kami cari jagung dan ubi untuk direbus malam ni...kami pilih jagung susu. sedap sangat, manis. Abbi pulak buat jagung ala-ala corn cup tu. dengan jagung susu lagi, MasyaALLAH sedap sangat.




Tunggu sambungan di entry seterusnya ya...

Assalamualaikum...

Lamenya tak masuk sini. hahaha.
Dah 5 tahun kot kan.
Lepas dah kahwin, everything totally change.
Tapi rasanya nak start blogging balik lah.
Boleh masuk simpan semua kenangan kat sini.
Cucu-cucu pun boleh baca uwan diorang punya cerita.
Tak payah nk duduk cerita2 macam orang dulu2.
haha..

Here who I am now after 5 years.

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 



Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 






Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!


Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??


Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??


Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 


Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 








Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!




Sumber: Ibnurijal.blogspot.com

Untuk mengetahui maklumat terkini keadaan di Mesir, kunjungi wall Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Jerebu di Malaysia yang hangat diperkatakan, malah turut dirasakan oleh rakyat dah makin buruk. Puncanya adalah kebakaran tanah gambut di Riau, Indonesia.


Maklumat ni aku print screen dari website Jabatan Cuaca Malaysia

Tanah gambut ni senang terbakar, lebih2 lagi waktu kemarau macam sekarang. So jerebu ni jadi lagi worst sebab kemarau jugak, tiada hujan turun. Kita yang faham tak boleh nak salahkan pihak tertentu disebabkan jerebu ni. Pihak kerajaan Indonesia dah mencuba sehabis daya untuk padam kebakaran besar kat Riau. Tapi diorang tak mampu sebab kebakaran tu  terus merebak. Sedangkan ladang-ladang kelapa sawit diorang pun terkorban. Kesian diorang.

18-Jun-2013. menunjukkan kebakaran yang tidak mampu di kawal (Riauterkini.com)
Riau

19-Jun-2013. Ladang yang terbakar 

Sepatutnya dari sini boleh nampak wheel besar kat I-city. Now dah tak nampak.


23-Jun-2013. 3 gambar di atas. Capture from my house, Padang Jawa. Jerebu dah start kronik dengan IPU 150
Innalillah...mungkin disebabkan jerebu ni badan aku jadi lemah, rasa penat sangat. Lepas solat mesti tersengguk-sengguk. Lagipun weekend lepas tak dapat rehat yang cukup. Ke UPM serdang semata2 nak bantu sahabat. Mencari pusat rawatan Islam di Klang, juga untuk bantu sahabat. Mungkin ini sebabnya badan aku jadi lemah, dan asyik nak tidur je. Apa yang penting minum air masak banyak-banyak.  Wallahualam. 

 "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Apa yang mampu kita buat, hanya berdoa. Berharap dan memohon hajat kepada Pencipta sebab segala bencana yang berlaku ni mungkin ingatan dari Allah. Ya Allah, ampunkan kami hambaMu yang sering terlanjur kata, terlanjur perbuatan yang telah mengetepikanMU.

p/s: Salam Nisfu Sya'ban. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.^_^

Craving for this. T___T






Apa perasaan bila sesuatu yang kita nak sangat tak dapat. Lebih2 lagi ada orang yang menyekat kemahuan kita tu. Dan kita jadi speechless bila berhujah tentang kemahuan kita tu supaya diorang faham. Kononya diorg lagi faham masalah kita tu dari diri kita sendiri. Sangat2 kecewa kan? Rasa macam xnak bangun utk hadapi hari esok je. 

Aku pernah rasa macam tu. Time kecik2 dulu, ayah aku payah sangat nak bagi aku pergi rombongan sekolah. Entah, aku pun tak tahu kenapa. mungkin waktu tu kami bukan keluarga yang senang nak keluarkan duit semata2 nak pergi zoo negara. Apa lagi, mengamuk la aku time tu. Yelah, nak jugak merasa berjalan-jalan dgn kawan2 kan. Tapi apakan daya, aku tetap xdpat pergi. (tapi pernah la juga pergi rombongan..^_^)

Memang kita selalu cakap, bila sesuatu keinginan kita tu tak tercapai disebabkan terhalang oleh sesuatu. Dan kita mula merungut. Menangis. Tension. Geram. Tapi pernah tak kita sedar yang sebenarnya keinginan kita tu bukan dihalang oleh 'sesuatu' tapi tidak diizinkan lagi oleh Allah. Kita pandai merancang tapi Allah la sebaik2 perancang. Mungkin keinginan kita tu tak baik untuk diri kita dan ada yang lebih baik untuk kita. Dia Maha Tahu.

When we asked for something, He will say
1. Yes
2. Yes, but late
3. No, but you will get something better.
He is wonderful, He is so sweet..^_^

So jangan bersedih, tapi pohonlah rayulah semahu2nya kepada Allah. Asalkan niat kita adalah semata2 untuk kebaikan, Allah pasti akan tolong. Dan aku pernah juga rasa perasaan ni. ^_^

Indahnya keimanan, andai hamba tahu dan kenal siapa Penciptanya. Allah adalah apa yang kita anggap. Jika kita yakin Allah akan kabulkan doa2 kita, maka dia akan kabulkan. Begitu juga sebaliknya. 

Assalamualaikum...

Sabtu lepas aku ke Melaka, ada walimah kawan. Maisarah Jaafar selamat dinikahkan pada jumaat malam lepas, 24 May 2013 dengan Kapten Izni. Izni dengan Mai ni kawan sebatch aku dulu kat Mozac. so memang wajib pergi la kan...When the puppy's love become true love. 



Alhamdulillah selamat bergelar suami isteri setelah hampir 8 tahun berkawan. -Mai  Dan Ted
Aku gerak dari shah alam awal2 pagi sabtu tu kira-kira dalam pukul 7 lebih. Lepas isi minyak untuk encik Bi, dan topup touch n go kat stesen Petron area rumah, kira-kira 7.30 aku terus gerak ke Kg Baru nak pick up best fren dunia akhirat aku ni, Cimon. Puan Cimon ni stay kat Kg Baru dan bekerja as jururawat kat HKL. Disebabkan Cimon baru habis shift pukul 7 pagi tu, so aku gagahkan diri juga untuk jemput dia walaupun aku sangat takut nak masuk KL (sebab tak pernah langsung masuk KL dan tak tau jalan.). Alhamdulillah...Allah permudahkan perjalanan aku, dengan direction yang diberi aku selamat tiba depan rumah dia pukul 8.15 pagi (walaupun ada sesat sikit).. Hehe..dia pun terkejut aku dapat sampai cepat cenggitu. Alhamdulillah..^_^  
(p/s: Kalau nak masuk KL, kena pagi2 untuk elak jem. Cimon kata, orang KL xbangun lagi. hehe)

Dan selepas tu kitorang terus gerak ke Ayer Keroh. Sampai kat rumah pengantin kira-kira pukul 10.30 pagi. Tu pun sebab hujan, jalan licin. kereta semua gerak perlahan. Nak dekat2 tol Ayer Keroh ada accident, dalam 7-8 buah kereta terlibat. Tapi tak la heavy sangat, just kemek2 je belakang sume kereta. ni mesti kes bawak laju lepas tu brek tak makan. Nauzubillah. 

Kitorang ingatkan, dah ramai orang kat rumah pengantin, tapi harammm....kerusi meja pun berlipat lagi. makanan pun xde lagi. Lepas tu dengan si Mai pun tak bersiap lagi. comot lagi. kiranya kitorang lagi cantik dari pengantin la time tu. hehehe..so kitorang decide nak jumpa kawan-kawan kat guest house tepi taman tu. (tak dapat nak tolong apa2, sebab diorang pakai catering. so xde rewang potong bawang.hehe)

Dah jumpa kawan2, peluk cium bagai, kitorang gerak ke restoran mamak kat masjid Al-Azim, Illy belanja roti canai. Lapar gila kot, xmakan apa2. hehe Alhamdulillah..Thanx illy. ^_^

Then, kitorang gerak g rumah pengantin. Kena pergi awal sebab ada sword barrel. (Pengantin berarak lalu bawah pedang) Mesti mau tengok, sebab tak pernah tengok even ayahku seorang askar. hehe. Kapten Izni ni bekerja sebagai airforce tu yang ada sword barrel. kagum sebentar.

Abam-abam askar segak bergaya

Kapten and his wife.

Sword barrel


Memang happening giler bila dah berjumpa dengan semua kawan2 sekolah. Lama kot tak jumpa diorang, almost 8 years ok. Bising gila group budak Mozac, gelak ketawa, tanya khabar, tukar-tukar cerita, tak kurang juga tanya bila nak kahwen. hehe... Sayang gila kat korang. tak sabar nak tunggu next wedding, sebab nak jumpa korang lagi. hehe..





Perangai keanak-anakan masing bila jumpa geng lama. itulah Mozac. 

Putera Mozac

Puteri Mozac
Dengan Puan Cimon

Us

Selamat Pengantin baru buat korang. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Selamat bercinta hingga ke syurga. ^_^
Lepas rumah Mai kitorang gerak ke rumah Ayu pulak, Ayu bertunang pada hari yang sama. Mak Ayu ni cikgu Math kitorang, so memang lama la kitorang stay kat rumah ayu. dari Zuhur ke Asar. Macam-macam Ayu hidang kat kitorang. Kenyang sangat dah. Macam-macam gak kitorang bercerita. Gelak ketawa tak ingat dunia.






Chocolate Indulgence kat rumah Ayu.

Tahniah Ayu....Cepat2 nikah yer. nanti bagitau awal2 tarikhnya. kitorang pasti akan datang. InsyaAllah..




Lama kan xupdate? maaaaalas sangat. buat kerja pun malas, ape tah lagi nak menaip entry. (dasar budak Malas!). Actually nk update pasal pergi bangi weekend lepas. tapi tulah, dasar budak malas. heeee

Countdown Ramadhan- 50 Days Ago!!!! Cant wait!!!!
Harap-harap Ramadhan ni jadi Ramadhan the best in my life. Tak sabar nak bersahur, berbuka, solat terawikh, solat berjemaah, bertadarus, berqiamullail dgn sayang2 Kak Iza & Kak Cah at our new home. New environment. Really Cant wait. So I should be prepared early for Ramadhan Al Kareem.


Alhamdulillah...setiap Isnin dan khamis dah amalkan puasa sunat, even cuaca skrg sangat panas, dengan kerja banyak, turun naik production, ku gagahi juga, Kalau umat Islam dulu boleh berperang kat tengah padang pasir dalam Ramadhan lagi, takkan kita xboleh kan? (tapi petang 2 memang aku jadi lembik...)

Makan sederhana tu belum boleh lagi, aduhai..sekarang sangat kuat melantak- even poket dah kempis. -_-"

InsyaAllah sehari mesti baca Al-quran at least satu page- kalau xsempat sangat sebab sekarang OT sampai lewat malam, baca satu surah lazim sambil2 tunggu enjin panas setiap pagi.

InsyaAllah...Semoga Allah permudahkan, dan beri umur yang panjang utk kita supaya dapat rasai nikmatnya bulan Ramadhan nanti. ^_^ Kuatkan tekad ye kawan2!!!

p/s: Next month dah kena present pasal progress ISO kat depan bos2 semua. Ketaq!!!!

Sebenarnya aku bukanlah jenis yang suka update something yg jiwang, romantik2, meruntun naluri kewanitaan. Tapi, semua orang walau bukan dari luaran, mesti dalam hati dia suka sangat cerita pasal JODOH. Memang Allah jadikan fikrah manusia sebegitu. Ingin disayangi, ingin menyayangi, ingin hidup bersama seseorang yang bergelar teman hidup.

Tapi, pagi ni bila godek2 FB, tersenyum tengok post ni... ^________________^ dan nk share sekali kat sini.


Kadang-kadang rasa nak tau sebaris nama tu. Orang yang kita dah kenal ataupun belum kenal. Tapi kena yakin dengan Allah bahawa si dia akan datang pada waktu dan tempat yang sangat2 sesuai.. Amiinnnn
So dont worry dear heart. Perbaiki dirimu dulu.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir" (QS Ar-Rum [30]:21)











" Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila anak Adam berzikir, Syaitan itu akan berundur, dan apabila anak Adam itu lupa kepada Allah, Syaitan itu akan mengunyah hatinya."

Assalamualaikum..

Hari ni Hari Guru. Happy teacher's day to all teachers all around the world (ke Malaysia je sambut Hari Guru hari ni?). Tak kisah yang aku kenal or x. But special thanks and regards kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, mualim, mualimah, naqib, naqibah yang pernah berkorban, bersabar, mengajar, mendidik, membina diri ini sehingga menjadi Armiza yang sekarang. Allah sahaja dapat membalas jasa cikgu2 semua...^_^

Kat sini ada cerita yang mampu membuatkan mata mengalirkan air mata.
(dipetik dari wall Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)

Alkisah Cikgu Ibrahim…

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.


Assalamualaikum...



Tajuk entry pun sangat sinonim dengan apa yang aku nak cakapkan kali ni. Semua orang tahu, Pilihan raya Umum Malaysia ke-13 (PRU13) is very around the corner; 20-April-13 akan diumumkan calon-calon yang akan bertanding (Penamaan calon) dan semua tangan-tangan rakyat akan memangkah pemimpin yang dirasakan sangat layak pada 5-May-13. Kali ni semua rakyat diberi mandat untuk membuat pilihan siapa yang layak diberi tanggungjawab sebagai pemimpin. Sangat2 dekat kan masanya? Are you alert my dear readers?





So dah decide mana yang layak untuk dijadikan pemerintah nanti? Apa pun pilihan anda, fikirkan elok2. Sebab masa depan Malaysia sangat penting dan berada di tangan anda. Kuasa mengubah di tangan anda sekarang wahai rakyat jelata semua......

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”
Hadis sahih Muslim







So nak bercerita tentang pilihan saya. InsyaAllah pilihan yang tepat. Parti Islam Semalaysia (PAS). KENAPA aku pilih PAS Mesti ada sebab kan? Best ke jadi pembangkang ni? Tak kenang budi betol la!! Malaysia ni dah aman damai dah, xmacam Negara lain.  And sooo on.....phew!










KENAPA?? Yes..semua perkara ada sebab musababnya, let me tell you, listen properly. *alaalanenekberceritakatcucunya.nenekdudukataskerusicucududukbawah*

Telah Ditakdirkan Allah s.w.t, aku diberi peluang untuk bergerak kerja dengan orang-orang PAS,. Alhamdulillah sampai sekarang,..contohnya kalau ada apa-apa event, aku dan sahabat2 semua ditugaskan untuk kutip sumbangan dari orang-orang yang datang.Apa yang aku lihat daripada orang-orang PAS ni ialah, mereka menerapkan budaya bekerjasama yang selamat. Selamat dari bersentuhan lelaki dan perempuan, selamat dari difitnah manusia, selamat dari budaya melaghokan, selamat dari lalai dan leka. Bila berada dalam kalangan mereka, satu ikatan yang sangat rapat akan terbentuk. Itu yang dinamakan fikrah. Fikrah yang sama dan serasi. Yes..bila aku berada dalam kalangan mereka, aku turut rasa ini lah duniaku. Alhamdulillah...

Bila kami bergerak,kami akan bergerak dengan satu matlamat, matlamat untuk menangkan Islam. Menangkan parti itu hanya satu medium sahaja, dan menangkan Islam itu adalah matlamat utama. Dari segi pemerhatian aku pada mereka, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat mereka tapi dalam pada masa yang sama hati mereka tetap bergantung harap pada Allah. Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang, itu datang daripada Allah. Allah lihat pada usaha dan kesungguhan  mereka. Allah kan Maha melihat.

Tanggung jawab dan amanah. Apabila ajaran Islam diterapkan dalam diri mereka, mereka tahu betapa beratnya tanggungjawab dan betapa besarnya amanah. Mereka akan berusaha untuk pikul semua tu sebab mereka takut, di akhirat nanti akan disoal oleh Maha Esa tentang tanggungjawab yang telah diberi. Buat kerja pun elok2 bukan minta pujian manusia tapi mengharapkan keredhaan Allah. Allahuakbar...sungguh indahnya Iman bila hati faham tentang Islam.

Yang penting apa yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan ikhlas, tak harapkan apa2 balasan, tak ada mana2 pihak yang sogok mereka dengan duit, malah mereka keluarkan duit mereka sendiri. Kata mereka, ni pelaburan untuk akhirat nanti. Sekarang pun kalau kita perhatikan,  bendera PR tak banyak berbanding bendera BN. Sebab mungkin duit infaq dari ahli2 dan penyokong PR tak banyak macam apa yang BN ada.


Semalam, aku dapat join mereka ke satu kawasan perumahan di Shah Alam untuk rayu undi. Yes, RAYU undi. RAYU..RAYU.. kami bertemu dengan pengundi-pengundi disana, bertentang 4 mata, dari pintu rumah ke pintu rumah yang lain semata-mata untuk menerangkan manifesto PR. Mereka tak ada medium media macam yang BN ada. Ini salah satu cara yang mereka usahakan. Teguhnya hati mereka, kuatnya hati mereka. Tu tak cerita lagi macam mana kami diprovok oleh pengundi2 tegar BN. Bagaimana kami dihalau oleh mereka. Allah maha melihat usaha mereka.

Then, melalui fikiran aku, aku yakin Malaysia akan makmur dan bertambah baik di bawah kepimpinan ulama’. Ulama’ ni pewaris nabi. Korang tau x, yang manusia yang paling berpengaruh yang telah diiktiraf dunia disebabkan kepimpinan dan sifat2 mulia yang lain ialah Nabi Muhammad s.a.w. Allah..Allah..orientalis barat pun dah sedar, kita pun patut sedar ulama’ iaitu pewaris Nabi mampu merubah Malaysia menjadi Negara berkebajikan yang aman dan makmur.
Petikan buku 100 manusia paling berpengaruh dalam sejarah- Michael H. Hart


Lagi satu, mereka selalu berhujah berdasarkan fakta dan ada bukti di tangan.

Kerajaan Malaysia memang tak pernah diubah sejak di awal penubuhannya, jadi rakyat tak biasa untuk menerima perubahan tu, tapi why not to try untuk satu sesi ni, kalau tak ok, kita ubahlah balik. Senang sangat kan? Bukan apa, teringin jugak nak cuba sesuatu yang baru. Teringin jugak nak hirup angin yang baru. Kan??

Undilah Pakatan Rakyat- Dah tengok manifesto kedua2 pihak? Dah timbang balik apa yang diorang janjikan? Semuanya di tangan anda.

Ehsan Encik Google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya