Assalamualaikum... Dah lama tak update, agak bz sikit ditambah MALAS...hu..hu..Hari ni nak show off juadahminum petang semalam. Mimpi apa entah Ibu Haiqal siap buat 2 jenis menu lagi..he..he...mood tengah rajin kot.. Sebenarnya plan just nak buat kek batik je. Tiba-tiba teringin nak makan pula semalam tapi stock biskut marie tak ada, yang ada biskut weetameal Jacobs. Pe lagi bantai guna biskut tu jelah. Rasanya lagi berkhasiat kot. Apa-apa jelah ibu Haiqal ni...tapi hasilnya Alhamdulillah sedap...
Kek Batik Weetameal

kek batik versi Ibu Haiqal...
Itu al kisah Kek Batik, sebelah petangnya pula tekak ni teringin pula makan puff. Belek-belek stock kat dapur nak buat inti tak ada pula tapi nak juga makan puff. Tengok kat peti ais ada sosej, letak sosej kat atas puf jelah nampaknya. Lepas tu letak la sos cili dan mayo thousand island.Ni ala-ala puff darurat la tapi hasilnya wallah...sedap....
Puff darurat...
bestnya dapat makan panas-panas...

KEK BATIK WEETAMEAL Bahan-bahan :
1/2 cawan butter @ marjerin * 1/2 cawan susu pekat manis * 1/2 cawan milo  * 1 sudu besar serbuk koko * 1 sudu besar susu segar * biskut weetameal secukupnya
Cara-cara : 1. Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) ke dalam periuk dan masak dengan api kecil. Kacau sebati dan jangan sampai berkerak. 2. Setelah sebati dan pekat, matikan api. 3. Letakkan plastik dalam loyang @ bekas plastik, susunkan biskut di dalamnya dan tuangkan  adunan milo tadi sehingga melitupi biskut. Kemudian susunkan biskut lagi di atasnya dan tuang adunan milo. Buat sehingga habis. 4. Kemudian, bolehlah disimpan di dalam peti ais. Dah keras, bolehla dipotong dan dihidang.
Selamat Mencuba!!!
     

   
Hit: 27 Laman Asal