Woo woo! Assalamualaikum and hye gais! So, harini aku nak share pasal hahhhaahaha. Yes!
Ciri-Ciri Lelaki Idaman Malaya Hmm… aku tak tahu kenapa aku nak share benda alah ni. Baca tajuk pun, nak muntah. Bila baca banyak kali pula, aih macam budak wicet! HAHAHA. Emm.
Gambar hiasan ok. Hahahah.
Apa yang aku share ni, ciri-ciri yang aku idamkan. Bukan berdasarkan kajian University Of Malaya ya! Mentang-mentang tajuk ‘ciri-ciri lelaki idaman Malaya’, terus UM la?
So: Lelaki idaman aku mestilah: 1.     Lelaki yang beragama Bila sebut beragama, tak semestinya yang berkopiah 24jam/7hari. Sekolah madrasah dan sebagainya. Tak tak. Bagi aku, lelaki yang beragama ni mestilah mengamalkan al-quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tahu solat, baca quran, dan mengamalkan nilai-nilai Islam yang indah dalam kehidupan seharian. Aku nak cari lelaki yang akan bimbing aku dan bukan aku yang perlu bimbing dia. Aku perempuan ok! Aku akui aku pun tak perfect dan perlu bimbingan seorang lelaki.
2.     Lelaki yang mempunyai keturunan yang baik Ok. Bila tengok pula dari segi keturunan, aku suka lelaki yang biasa-biasa. Sebab aku pun dari keturunan yang biasa-biasa. Tak ada pangkat Tengku, Raja, Raden dan sebagainya. Even aku tak ada pangkat, aku rasa aku tetap lengkap. Aku ada abah, ibu yang baik. Nasab yang baik. Diorang bukan penjenayah dan sewaktu dengannya. So, aku tak la berharap sangat nak kahwin dengan lelaki yang berketurunan seperti itu (yang ada pangkat keturunan). Kalau aku dapat keturunan Baginda Rasulullah SAW (Syed-Sharifah), aku bersyukur sangat.
3.     Lelaki yang berharta Aku tak kesah orang nak kata aku materialistik or what. Gunakan suami untuk dapatkan apa yang diinginkan.  Apa yang aku mau, suami aku mestilah berharta. Suami aku kan? Hmm… Tak kaya-raya tak apa. Asalkan adalah sikit duit/harta untuk beli rumah untuk aku dan anak-anak dia nanti tinggal. Ada duit/harta untuk beli makanan, dan keperluan harian lain. Aku perati, untuk berkahwin, tak cukup ada cinta saja. Tapi, perlu juga ada duit. Tak ada duit/harta, macam mana nak kahwin? Kenduri kahwin ja dah berapa bro? Kurang-kurang RM1000 juga!
4.     Lelaki yang pandai masak Aku bukan tak pandai masak. Pandai ja aku masak Nasi Ayam, Pizza Handmade, Kek Batik, Ayam masak Blackpaper, Milo Shake, Cookies, Bebola daging cheese, spaghetti, dan banyak lagilah yang aku dah masak.Tapi aku tetap nak lelaki pandai masak. Alaa, masak nasi goreng tak kan tak tau? Asal pandai masak dan masakan tu boleh dimakan. Bukan nak buli dia untuk masakkan aku. Tak. Aku tak nak nanti, bila aku badmood (senggugut yang memang tak boleh masak langsung), bila aku mengandung dan beranak nanti, suami aku ajak aku makan di luar pulak! Aku tak suka makan di luar. SEKIAN.
5.     Lelaki yang rajin Aku akui lah aku ni malas. Hahaha. Bukan malas yang tak buat kerja langsung. Tapi malas yang suka bertangguh-tangguh. Aku kalau buat kerja aku suka tunggu mood datang. Contohnya, nak menyapu laman. First aku akan tengok jam. Kalau jam menunjukkan jam 10.15am, aku akan set jam 10.30am aku mesti menyapu. See? Malas! Hahaha. Nasiblah. Aku tak suruh suami aku buat kerja rumah. Tak, aku nak dia tolong lah sikit-sikit. Contohnya, kemaskan ke? Hahahah. Aku nak suami aku yang ringan tulang. Nak juga rasa, suami tolong aku memasak apabila di dapur nanti. Macam Nabi Muhammad SAW. Sweet kan?
6.     Lelaki yang tak kedekut Sekarang lelaki manyak dekut ooo! Ntah nak kedekut apa. Korang tak tahu ke membahagiakan seorang perempuan akan diberi banyak ganjaran oleh Allah SWT? So, janganlah kedekut. Nafkah zahir (contoh: duit) untuk isteri bagilah sikit-sikit dari duit gaji tu. Jangan kedekut. Em, sebab kita tak tahu. Perempuan ni setiap bulan ada ja dia angankan nak beli itu, nak beli ini. Bukan setiap bulan, tapi setiap hari! Jadi, rajin-rajinlah spend isteri nanti ok? Dan jangan sesekali ungkit!
7.     Lelaki yang bekerjaya Dulu, aku berangan nak seorang suami yang kerjanya doktor. Hahahah. Angan-angan ja la sebab aku fikir seorang doktor ni perfect plus hensem. Emm. Tapi bila fikir-fikir, macam tak best pula suami doktor! Yela, diorang lebih pentingkan pesakit banding isteri. (memang etika kan? Baik tak payah jadi doktor kalau pentingkan benda lain) Hahahah, maaf doktor-doktor semua. Tapi kalau ada doktor lelaki yang suka aku, aku tak akan tolak. Hhahaha. So, bagi aku, cukuplah lelaki tu ada kerja yang tetap dan boleh dibanggakan.
8.     Lelaki yang bijak Yes! Bijak dalam segala hal. Mampu buat keputusan. Aku jujur la jugak, aku ni orangnya biasa-biasa ja. Tahap pendidikan pun tak gempak sangat. So, boleh kata aku ni tak la bijak sangat. Aku nak lelaki yang bijak supaya dia dia boleh lindungi aku daripada dibodohkan oleh orang lain. Aku nak lelaki yang boleh arahkan itu ini dengan aku (tapi bukan secara paksaan). Treat aku ni senang ja. Cakap lembut-lembut, ok lah nanti.
9.     Lelaki yang tak suka berleter Huh, memang pelik. Biasanya perempuan yang kuat berleter. Tapi ada juga lelaki yang kuat berleter ya? Hmm. Lepastu siap ungkit perkara-perkara lepas! Wow! Hebat ingatan mereka. Hahaha. Tapi yalah. Aku tetap tak suka. Bagi aku, lelaki ni mesti cool, relek, redah jee…. Barulah lelaki namanya.
10.Lelaki yang pandai kawal marah Macam yang aku cakap tadi, lelaki mesti cool… tak mau la marah-marah. Sikit-sikit marah. Pelik. Pondan ke? Hahahaha.
11.Lelaki yang ada aura tersendiri Cara berjalan pun, aku dah tau itu laki aku. Perfume pun wajib tau. Ada daya tarikan tersendiri la kiranya. Banyak cara sebenarnya. Contoh: cara senyum, cara jalan, sikap seperti tak pegang phone ketika makan dan banyak lagi
12.Lelaki yang tidak mempergunakan perempuan Aku ni tak la kaya sangat. Tapi ada satu lelaki ni gunakan aku untuk dapatkan duit. Apa, dia ingat aku ni cop duit? Huh, nasib tak jadi laki aku! Hahahaha. Gaya pun semenggah. Aih. Nauzubillah. So, lelaki sekalian, janganlah gunakan duit perempuan walau dalam keadaan apa pun. Dan kalau (contohnya) ada orang bagi duit pada isteri kau, janganlah ambik duit tu. Contohnya, abang isteri kau bagi isteri kau duit, so, kau sebagai lelaki janganlah ambik duit isteri tu. Biarlah isteri nak buat apapun dengan duit tu. Itukan duit dia. Kalau nak pun, biarlah tunggu isteri yang bagi. Dia tak bgai juga? Hahahaha, padan muka kau.
13.     Lelaki yang pandai jaga kesihatan Kesihatan? Yes, yang pandai jaga kesihatan. Jogging selalu ke? Haha, tidak. Aku bagi contoh je la. Aku nak lelaki tu pandai jaga badan dia.. makan banyak mana pun, perut dia tak buncit. Haha.
Ok, done. 13!
Siapa tak nak lelaki perfect kan? Semua perempuan berharap sangat nak dapat suami yang perfect.
Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Pilihan Allah adalah terbaik. Kerana DIA Tuhan kita. DIA saja yang faham kita.
Satu yang kita perlu tahu, tak ada yang perfect dalam dunia ni. Banyakkan berdoa agar ditemukan dengan seorang baik.
 Tq, iloveyou.
With love:
Dayang. 
Hit: 22 Laman Asal