Kau masih seorang ashabiyyah

walau serban tanggal,tak pernah

walau berjela-jela,panjang jubah

kau terperangkap dalam penjara

merasa diri lebih taqwa

menipiskah keyakinan?

mencairkah iman?

meletakkan kekuatan pada bilangan

lupa mengharap pertolongan Allah

membawa siddik,amanah,tabligh dan fathaanah.

Kau memimpin Jamaah Islamiah

lebih ashabiyyah dari ashabiyyah

menolak hikmah berbilang bangsa dan keturunan

menolak permuapakatan kearah kebaikan

membawa kegelapan kepada cahaya

membawa kebathilan kepada kebenaran

walau semua kita bersaudara

asal kita Adam dan Hawa.

Dari seketul tanah kejadian kita

ada air,ada api;angin pun ada

adunlah biar sebati

api,jangan biarkan membakar diri

angin,jangan sampai memusnahkan akal dan budi

kembalilah kepada fitrah diri

membawa tugas khalifah Allah di bumi.

Kau masih seorang ashabiyyah

walau menjunjung Al Qur’an dan Sunnah

sedang hati masih berselaput karat

teraba-raba menumpang cahaya petir dan kilat

tak terbawa Islam sebagai Al-Din untuk seluruh ummat.

Yajuk

Bj08102008


kedaikopi : Rasulullah SAW. bersabda: “Bukan golongan kami yang menyeru pada ashabiyyah, berperang kerana ashabiyyah dan mati kerana ashabiyyah.” (HR Abu Daud)

sumber : puisiabah.mudin001.com
akira
Hit: 34 Laman Asal