Contoh memperuntukan kod 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan
Nombor yang diperuntukan tidak memberi apa-apa nilai sekadar membezakan
objek. Satu perbezaan yang nyata antara ciri tingkah laku dengan sains fizikal
ialah penggunaan jenis skala yang berbeza bagi membuat pengukuran
Sains tingkahlaku merangkumi fenomena yang pelbagai dan pengukuran ke
atas sesuatu fenomena atau perlakuan. Skala terdapat dalam pelbagai bentuk
pengukuran
Dalam
pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu:
i. Jenis kuantitatif
ii. Jenis kategori
Kedua-dua
jenis pembolehubah ini boleh diukur menggunakan skala:
i. nominal,
ii. ordinal,
iii. sela atau
iv. nisbah.
1. Skala Nominal
Skala
nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk
pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala
nominal membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Sebagai
Contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa
kategori:
nombor 1 -
kategori Melayu,
nombor 2 -
kategori Cina,
nombor 3 -
kategori India
nombor 4 -
lain-lain ras.
Pemberian
nombor 1, 2, 3 atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan analisis komputer
atau pengenalan bagi setiap ras. Tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari
2 dan seterusnya. Nombor hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah,
seperti contoh yang diberikan ialah ras.
Apabila
nombor digunakan untuk menamakan orang atau objek dan nombor ini tidak
mempunyai apa-apa hubungan dalaman antara satu sama lain dari segi nilai maka
skala pengukurannya disebut sebagai skala nominal.
Angka atau simbol yang mewakili kumpulan skala nominal boleh ditukarkan
kepada nombor tanpa mengubah maklumat
2. Skala Ordinal
Pengukuran
menggunakan skala ordinal akan menyusun data daripada yang rendah kepada yang
tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang iaitu susunan yang
melambangkan satu bentuk hierarki.
Contoh:
Guru
mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang
tertinggi kepada markah yang terendah sekali.
Skala
ordinal hanya menyusun mengikut hieraki untuk melambangkan perbezaan atau
kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain.
Kedudukan
skor atau kebolehan yang disusun itu tidak sama magnitudnya atau perbezaannya -
hanya menunjukkan satu individu itu skornya dari atas atau dari bawah.
Berapa
banyak lebihan atau kekurangan tidak dapat ditentukan contohnya:
Perbezaan
kedudukan pelajar nombor 8 dengan nombor 9 hanya 4 markah sahaja, tetapi
perbezaan kedudukan antara nombor 1 dengan nombor 2 adalah 20 markah
3. Skala Sela
Pengukuran
yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di
setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela
memberikan sela sama daripada titik asal (origin) yang arbitrari. Ini bermakna
skala sela mempunyai ciri-ciri:
i. nominal
dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkat.
ii. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang
sama pada ciri yang diukur.
Contoh:
Sila
perhatikan, nilai 0 dalam skala sela tidak bermakna tidak sesuatu yang diukur.
Contoh
Suhu
0 oC tidak menandakan tiada suhu.
Sekarang
cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin.
Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga.
Tidak boleh
mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik dari mereka
yang mempunyai IQ 60.
Ini kerana
tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ. Tidak terdapat 0 IQ.
4. Skala Nisbah
Aras
tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.
Skala
nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai mutlak
sifar yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau
ciri sebenar yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka
bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih
pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40
Setiap
jenis skala memberi maklumat yang berlainan. Skala nisbah memberi lebih
maklumat daripada skala sela. Skala sela memberi lebih maklumat daripada skala
ordinal dan skala ordinal pula memberi lebih maklumat daripada skala nominal.
Prosedur
statistik hanya boleh digunakan dengan jenis skala pengukuran tertentu. Cara
data disusun akan mempengaruhi jenis analisis statistik yang akan dijalankan.
Contoh:
Skala untuk
menyukat tinggi menggunakan skala nisbah kerana titik kosong pada skala nisbah
memberi makna tidak ada ketinggian atau ketinggian sifar. Begitu juga halnya
dengan timbangan yang mencatatkan 0 g bermakna tiada berat. Antara pembolehubah
yang mempunyai skala nisbah ialah:
Pendapatan,
Masa untuk
melakukan sesuatu tugasan,
Umur.
Skala
nisbah jarang digunakan dalam peyelidikan pendidikan dan lain-lain disiplin
penyelidikan kerana titik ‘0’ yang diperolehi tidak melibatkan penggunaan yang
sebenar.
Contoh:
Dalam
sesuatu ujian di bilik darjah atau peperiksaan awam, calon yang mendapat markah
kosong tidak bermakna mereka langsung tidak mempunyai ilmu dalam bidang yang
dipelajari atau diuji tetapi tahap pencapaian mereka perolehi tidak mencapai
tahap yang ditetapkan kerana mereka mungkin tidak dapat mengeluarkan jawapan
seperti yang dikehendaki berdasarkan tugasan dalam soalan.
adakah skala sela boleh ditukarkan kepada nominal dan ordinal?
ReplyDeletetak
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSiapa yang buat skala ordinal
ReplyDeleteMakasih banget
ReplyDelete