Salam, saya mengalami sedikit kesukaran ketika mencari waktu sebenar operasi kaunter Tabung Haji. Berikut ialah hasil carian di Google yang menggunakan kata kunci:

"Waktu Operasi Tabung Haji"


"Kaunter Tabung Haji"

Jika anda perhatikan, dalam carian yang pertama iaitu "Waktu Operasi Tabung Haji", langsung tiada maklumat daripada laman rasmi Tabung Haji. Saya juga mengalami masalah untuk mencari waktu kaunter di laman rasmi Tabung Haji iaitu www.tabunghaji.gov.my. 
Namun begitu, dalam carian kedua iaitu "Kaunter Tabung Haji",  maklumat sebenar mengenai waktu operasi kaunter Tabung Haji berjaya diperolehi iaitu di http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/TabunganMaklumatAm.htm
Saya percaya ramai yang mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk meletakkan post ini untuk memudahkan orang ramai mendapatkan waktu operasi kaunter Tabung Haji yang sebenar.
WAKTU PERKHIDMATAN DI KAUNTER-KAUNTER TABUNG HAJI


HARIWAKTU URUSNIAGA BARU 1. Waktu urusniaga Kaunter Lantai 2, Cawangan Tun Razak, Kuala Lumpur Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang Jumaat08:30 pagi hingga 12:15 tengahari
02:30 petang hingga 04:15 petang 2. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang Jumaat08:30 pagi hingga 12:15 tengah hari
02:30 petang hingga 04:15 petang 3. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu Ahad hingga Rabu08:30 pagi hingga 04:15 petang Khamis08:00 pagi hingga 03:00 petang
08:00 pagi hingga 04:30 petang (Terengganu sahaja) 4. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang Jumaat08:30 pagi hingga 11:30 pagi
02:00 petang hingga 04:30 petang 5. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri Sarawak Isnin hingga Khamis08:30 pagi hingga 04:30 petang Jumaat08:30 pagi hingga 11:45 pagi
02:15 petang hingga 04:30 petang

Rujukan:
http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/TabunganMaklumatAm.htm

Hit: 5 Laman Asal