Jumaat, 31 Disember 2010

Posting oww posting....

Assalamualaikum..

Sehingga hari ini tiada lagi semakan untuk penempatan guru baru dari institut pendidikan guru..
Aku harap janganlah semakan itu keluar last minute. Banyak benda tak sedia lagi. Biar keluar keputusan awal dan kami bakal guru bolehlah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Maklumlah, sebelum ini cuma praktikum sahaja, sekarang dah kena berkhidmat betul-betul sebagai seorang guru. nanti tidak kelam kabut nak buat persediaan.

Tidak sabar nak tahu di mana akan ditempatkan. heheh.. tak kisahlah di mana, yang penting aku boleh belajar sesuatu nanti dan dapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah baru nanti.. cuak tue....heheh.. untuk murid, tak berapa kisah sangat kerana, budak-budak, memanglah nakal sikit. mereka belajar melalui bermain dan pengalaman. Sebagai guru kita yang kena bentuk mereka. Cuma harap diri ini akan kekal positif dan terus positif..heheh..

Kepada rakan-rakan, sabar ya untuk penempatan anda. Jangan risau pasti ada sekolah untuk anda. hehehe.. sementara tu bolehlah cari rezki sampingan. tak gitu?? heheh...

Ok.. nnti crita lain pula..:)

Rabu, 29 Disember 2010

Saya Ingin Menonton Filem Faster!


Genre: Aksi
Pelakon: Dwayne Johnson,
Carla Gugino, Maggie Grace,
Moon Bloodgood, Billy Bob Thornton
Pengarah Filem: George Tillman Jr





Sinopsis :

Filem yang bakal ditayangkan pada 13 Januari 2011 bertajuk FASTER dibintangi oleh Dwayne Johnson ( lebih dikenali sebagai The Rock dalam arena gusti ) berkisarkan mengenai seorang bekas banduan yang telah di penjara selama 10 tahun akhirnya bebas dan dia hanya mempunyai satu sahaja matlamat iaitu membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson sebagai Driver. Dia memulakan misinya setelah dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap.


Filem ini dibintangi sepenuhnya oleh Dwayne Johnson (Gridiron Gang, The Scorpion King, The Mummy Returns), Billy Bob Thornton (Eagle Eye, Bad Santa, Monster’s Ball) dan pendatang baru Oliver Jackson-Cohen juga Carla Gugino (Watchmen), Maggie Grace (Taken) dan Moon Bloodgood (Terminator Salvation) dalam Faster, produksi di antara CBS Films, dan Sony Pictures Worldwide Acquisitions Group. Filem yang diarahkan oleh George Tillman Jr. (Notorious, Men of Honor, Soul Food) menggunakan skrip yang direka oleh Joe dan  Tony Gayton. Filem ini dikeluarkan oleh Castle Rock Entertainment’s Martin Shafer and Liz Glotzer dengan kerjasama Tony Gayton dan Robert Teitel. Joe Gayton dan Dara Weintraub sebagai executive producers.

Isnin, 27 Disember 2010

Facebook Oh Facebook

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

- http://muzir.wordpress.com