Wednesday, August 28, 2019

Sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Tahun 2019

Sambutan hari kebangsaan tahun 2019 tahun ini bertemakan Sayangi MalaysiaKu: Malaysia Bersih akan diadakan di Putrajaya. Lokasi perarakan adalah sepanjang jalan utama dari Presint 3 sehingga ke Presint 2.


Sambutan bulan kemerdekaan ini akan berterusan sehingga 16 September 2019 yang akan diadakan sambutan Hari Malaysia di Kuching Sarawak.



Sebagai persediaan sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos 2019 di Putrajaya, sesi raptai telah diadakan bermula pada 27 hingga 29 Ogos 2019 di Putrajaya. Bagi anda yang ingin melihat aset-aset yang akan dipamerkan ini adalah masanya kerana semasa 31 Ogos anda perlu berasak asak dengan ramai pengunjung yang lain.

Kebiasaannya hari kebangsaan memang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini sebagai tanda kita telah bebas dari cengkaman penjajah dan juga anasir luar. Kita juga telah berjaya menghapuskan pengganas komunis yang bermaharaja lela dalam negara suatu masa dahulu.

Namun kita perlu sentiasa berwaspada dengan anasir-anasir yang akan sentiasa menganggu gugat keselesaan kita untuk agenda mereka.







No comments:

Post a Comment