Sunday, August 25, 2019

Samsung Galaxy Note 10 + Un Box

Digi telah menawarkan kepada aku pre order Samsung Galaxy Note 10 + dengan tawaran menarik dan jika dikira harga lebih rendah dari pasaran untuk keseluruhannya.

Tawaran digi kali ini disertakan dengan Samsung Wireless Battery Pack 10,000mAh (Fast Charge) yang berharga dalam 400 ringgit serta satu Galaxy Fit ⓔ berharga RM139.

Namun talifon ini datang tanpa register warranty. So terpaksa la email samsung untuk register. Aku rasa digi patut register telefon yang mereka jual untuk elak masalah pendaftaran.



Aku ambil barang yang dihantar oleh digi di Gdex pada jumaat lepas. Namun aku tangguh dulu review untuk guna terlebih dahulu.

Barang yang dihantar oleh digi di bungkus rapi dan diletakkan dalam kotak khas digi. Ini berbeza masa aku terima Oppo R9s dari digi dulu.


Kotak Telefon dan bateri di balut dengan plastik bubble untuk serap gegaran semasa penghantaran














Setelah 48 jam guna telefon ni. Aku rasa performance dia bagus namun masalah kualiti talian digi menyebabkan acces ke internet slow dan membuatkan seolah olah talifon lembab. Tapi jika disambung ke wifi unifi tiada masalah.

Kualiti kamera note 10 memang terbaik. Korang boleh rujuk post sku sebelum ni untuk lihat kualiti gambar dia. Zoom imej tak pecah dan dia wide lense.

Storage memang super besar. Laptop aku kat opis pun storage 512 ni kan telefon. Ditambah dengan ram 12gb memang terbaik.

Prestasi earphone AKG pada aku kurang sikit. Maybe design dia pun aku tak suka dan sound dia pada aku tak sehebat jenama. Pengalaman bertahun bermain sound board menyebabkan aku ada standard tersendiri bagi barang audio.

App aku belum habis explore lagi tapi secara keseluruhan not bad.





No comments:

Post a Comment