Wednesday, August 28, 2019

uTest Suatu Platform Bagi Penguji Profesional

Bidang Teknologi Maklumat atau singkatannya IT mempunyai pelbagai cabang kemahiran seperti pembangunan sistem, rangkaian, pusat data dan bidang baharu seperti block chain, IOT, Big Data dan lain-lain.

Pengujian adalah salah satu bidang yang ada dalam IT dan kebiasaannya diletakkan dalam bidang pembangunan sistem, namun bidang ini boleh berdiri sendiri kerana pengujian tidak terhad kepada pengujian sistem semata, namun ianya juga melibatkan pengujian terhadap alatan ICT dan juga alatan lain yang menggunakan aplikasi bagi menyokong operasinya seperti mesin pengimbas kontena dan juga pintu gate.

Di Malaysia, terdapat pensijilan bagi mengiktiraf penguji profesional dan peringkat paling asas adalah peringkat Foundation Level iaitu Certified Testers Foundation Level (CTFL). Anda boleh ke peringkat Certified Tester Advanced Level (CTAL) dan seterusnya Certified Tester Expert Level (CTEL). Semua pengiktifan ini dikeluarkan oleh International Software Testing Qualifications Board (ISTQB) yang berpengkalan di Jerman. Di Malaysia pensijilan ini diuruskan oleh Malaysian Software Testing Board (MSTB) yang beroperasi di Taman Teknologi Bukit Jalil.

Jika anda telah mempunyai pensijilan dan mempunyai pengalaman sebagai seorang penguji profesional. Anda boleh mendaftar di portal uTest.com.




Dalam portal uTest, anda boleh kemaskini profil anda dan mendapat job pengujian secara freelance mengikut kapakaran anda.




Anda akan dibayar bagi jumlah bug yang dijumpai atau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengupah anda. Anda boleh memilih projek yang ingin diuji. 




Senarai projek adalah berdasarkan pengalaman, skill dan juga peralatan yang anda gunakan. Selain itu banyak lagi maklumat lain yang perlu anda isi bagi memastikan projek yang sesuai dengan anda akan dipaparkan.


Selain itu, anda juga dapat melihat statistik mengenai aktiviti anda dalam uTest dan juga jumlah tester yang ada, test cycle yang ada dan juga jumlah projek yang dalam uTest .














No comments:

Post a Comment