Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs Ke-27 telah diadakan pada 19-21 Dis 2017 bertempat di Menara PGRM Cheras, Kuala Lumpur. Konvensyen telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri.
Kesatria selaku kesatuan gabungan Cuepacs turut serta menghantar seramai 50 orang perwakilan ke konvensyen tersebut. Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah menghantar seramai 13 orang perwakilan.
Pada konvensyen ke-27 ini Presiden Kesatria Tn. Hj Ahmad Shah bin Mohd Zain telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Cuepacs. Setelah proses pengundian dijalankan walaubagaimana pun keputusan tidak menyebelahi beliau.
Sebanyak 47 usul telah dikemukakan sepanjang persidangan. Pecahan usul adalah seperti berikut:
- 42 usul telah diluluskan tanpa bahas. - 4 usul ditolak.
- 1 usul diluluskan dengan bahas.
Hit: 21 Laman Asal