Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama
pada kulit muka. Jeragat pula kalau tidak dijaga boleh merebak dan
menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan
resdung yang teruk. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan atau
membersihkan jerawat. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu
banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu
kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika
ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit
akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan
meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai.
Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka
yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan
diri.
Punca Jerawat
- Faktor
hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca
utama masalah jerawat. Majoriti adalah dalam belasan tahun dan awal 20
'an.
- Faktor
seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan
pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik,
pakaian yang ketat atau apa sahaja yang menutup liang minyak mengakibatkan
masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah
dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress yang dihadapi setiap
hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang
bertambah.
- Terdedah
kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa
bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Berikut adalah beberapa pilihan petua untuk jerawat:
Pilihan 1: Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu
minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh
muka anda. Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan
harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air
panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.
Pilihan 2: Ambil asam jawa dan gosokkan ke seluruh
muka anda. Gosokkan pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan dalam
masa beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan
menjadi licin dan bersih.
Pilihan 3: Campurkan beberapa sudu tepung
ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu
seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah
dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Pilihan 4: Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga
melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar
mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan 2 jenis sahaja. Semua akar
tersebut diasah di buntot pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda
sebagai bedak sejuk.
Pilihan 5: Parut temu lawak mengikut
keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4
gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah
yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tersebut sehingga sebati,
kemudian tapis . Minumlah airnya beberapa kali.
Pilihan 6: Ambil sedikit asam jawa dan
beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa
dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh
muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi,
basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi
jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Pilihan 7: Parut jagung muda dan sapukan
ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih. Selepas
itu, sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke
hari esoknya .
Pilihan 8: Basuh muka dengan air suam,
kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas
itu bilas muka anda dengan air suam.
Pilihan 9: Ambil air didihan nasi yang
pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan
muka. Apabila kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan ,
bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu
berturut-turut, anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih
dan lembut .
Pilihan 10: Giling sedikit ibu kunyit,
daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit
beras yang sudah direndam selama 2 malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan
jemur sehingga kering. Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke
muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang
lapisan.
Pilihan 11: Tumbuk lumat rumput gelang
sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras
sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka
sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam.
Pilihan 12: Amalkan memakai bedak sejuk
dicampurkan dengan daun bunga Tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur
. Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam
sebelum tidur . Jika selalu diamalkan, jerawat akan kering dan pupus.
Pilihan 13: Ambil segenggam pucuk jambu batu
dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke
muka hingga ke leher. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka.
Kemudian basuhlah dengan air sejuk.
Pilihan 14: Ambil sedikit daun penggaga tumbuk
sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan
pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap. Anda akan rasakan
kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci muka anda dengan air
suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi
sedikit akibat kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3 kali
seminggu.
Pilihan 15: Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk
pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan air rendaman tersebuti. Sapukan di
muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu.
Pilihan 16: Hancurkan beberapa helai daun pucuk
jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur.
Amalkan setiap hari.
Pilihan 17: Giling beras dengan daun inai hingga
lumat. Bulatkan adunan sebesar duit 5 sen dan jemur hingga kering. Apabila
hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka
menggunakan belahan kentang.
Pilihan 18: Campurkan serbuk kayu manis dengan
bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum
tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
Pilihan 19: Gosok beberapa helai pucuk daun
tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan
ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
Pilihan 20: Campurkan susu tepung dengan air
bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh kering
basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.
Pilihan 21: Belah 2 biji tomato. Sapukan rata
pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang
melekat di muka. Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan
seminggu sekali.
Pilihan 22: Ambil sedikit madu lebah dan campurkan
madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada
kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Pilihan 23: Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis
dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
Pilihan 24: Asah kulit kayu manis dan campurkan
dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam.
Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Pilihan 25: Kisar timun dan tapiskan airnya.
Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih
dengan air suam.
Pilihan 26: Rendam beberapa helai daun senduduk,
sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada
parut muka 3 kali seminggu.
Pilihan 27: Tumbuk 10 helai daun sirih muda.
Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka
dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment