harap dapat memberi maklumat kepada rakan2 dan siapa jer..n..mungkin der maklumat yg mengelirukan...maaf yer..
Pendahuluan.
Universiti pada zaman pertengahan di Eropah terbentuk selepas munculnya kesedaran mengenai kepentingan ilmu pengetahuan. Golongan cerdik pandai di Eropah mula mendirikan sekolah-sekolah dan memberikan pendidikan khususnya kepada golongan lelaki di Eropah. Kebanyakkan sekolah yang dibina adalah berada di gereja-gereja kerana sekolah-sekolah ini ditadbir oleh golongan gereja.
“universities evolved in Europe from Studia generalia, schools open to scholars from all countries, established to educate priest and monks beuonds standard attainable in catheral or monastic schools.”
Antara universiti yang terulung dan tertua di Eropah adalah universiti di Bologna, Paris dan Oxford. Universiti ini merupakan universiti yang banyak berjasa dalam membentuk negara moden kini di Eropah.
“the most famous universities were at Paris ( for philosophy and religion ), Bologna in northern Italy ( for law ) and Salerno in southern Italy ( for medicine ). In England, the first colleges were established in Oxford and Cambridge in the 13th century.”
Universiti Bologna.
Universiti Bologna merupakan universiti yang pertama di Eropah. Sejarah universiti ini adalah merupakan pemikir hebat dalam bidang sains dan kemanusiaan. Selain itu, sejarah universiti ini telah menjadikan ia sebagai rujukan penting dalam menggambarkan kebudayaan Eropah pada ketika itu.
“ Among its alumni are Thomas Aquinas and Italy’s mosat famous writers, Dante, Petrarch and Torquato Tasso.’’
Universiti ini terbentuk di Italy dan terbentuk disebuah bandar yang menjadi terkenal kerana perjuangan kebebasan. Pada asalnya universiti ini hanyalah sebuah sekolah undang-undang awam. Namun demikian, pada tahun 1158, sekolah undang-undang awam ini telah dirasmikan oleh Frederick Barbarossa dan telah menjadikan ia sebagai universiti. Dengan perasmian yang dilakukan oleh Frederick Barbarossa yang telah menjadikan sekolah undang-undang ini sebagai universiti, maka berlakulah pertambahan kursus-kursus lain di universiti tersebut.
“ There had been a course in liberal arts for a long time at Bologna, and, besides the civil and canon law, medicine was added in 1316, and theology in 1360, although these subjects never became very prominent’’


Pelajar-pelajar di universiti ini kebiasaannya merupakan pelajar-pelajar lelaki yang matang. Hal ini terjadi disebabkan kesan daripada keadaan politik yang sangat terbuka di Bologna. Senario ini adalah amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar dari universiti-universiti lain seperti Universiti Paris. Selain bersikap matang, pelajar-pelajar di universiti ini juga mempunyai kebebasan kerana dapat memilih guru-guru mereka sendiri dan dapat menentukan kos serta tempoh belajar. Dengan ciri-ciri keterbukaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar universiti ini, tidak hairanlah universiti ini dapat berkembang menjadi antara universiti terulung di Eropah suatu ketika dulu.

Universiti Paris.
Universiti Paris merupakan salah sebuah universiti yang tertua di dunia. Menurut pandangan Hastings Rashdall, universiti ini sebenarnya tidak dibuat tetapi tumbuh secara semula jadi dan tarikh untuk penubuhannya tidak dapat dinyatakan secara tepat. Namun begitu, pada abad ke 12, secara umumnya diakui sebagai tarikh penubuhan univerisiti Paris ini.
Sistem pendidikan di Perancis yang mula muncul pada abad ke 12 sebenarnya bermula sejak pemerintahan dinasti Carolingian lagi iaitu pada abad ke 8 hingga 10. Hal ini bermula apabila setiap biara dan gereja-gereja besar membentuk sekolah-sekolah untuk memberi latihan kepada rahib-rahib muda dan kerani-kerani. Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh “magister scholarum” atau seorang guru. Pada akhir abad ke 9, terdapat sebuah sekolah yang dikenali sebagai School Of Remigius of Auxerre, iaitu sebuah sekolah biara yang dikatakan berkaitan dengan gereja Saint Germain des Pres di Paris. Sekolah ini dikatakan sebagai sekolah yang pertama muncul di Paris.

Pada abad ke 11 dan 12 muncul pula sekolah-sekolah di gereja besar di sekitar Paris. Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah ini bukanlah terdiri daripada rahib tetapi merupakan golongan paderi sekular. Sekolah ini terikat dengan Catheral of Notre Dame, sebelum dipimpin oleh seorang canselor gereja besar. Seorang lelaki yang ingin menjadi seorang guru perlu menamatkan pengajiannya dan mendapatkan persetujuan daripada tuannya serta memiliki “a licentia docent” iaitu lessen untuk mengajar.
Guru pertama di sekolah Catherdral School of Notre Dame ialah William of Champeaux yang mula mengajar pada tahun 1070 hingga 1121. William yang merupakan pensyarah di biara Notre Dame merupakan salah seorang pemimpin gerakan intelektual yang membawa kepada penubuhan univeristi di Paris. Universiti Paris mula muncul dengan pembelajaran dialektik atau logik. Sekolah di biara Notre Dame telah berevolusi menjadi sebuah stadium umum pada tahun 1127 apabila undang-undang yang menyekat tempat tinggal yang disewa kepada ahli-ahli gereja besar digubal.
Salah seorang pelajar Wiliiam adalah Peter Abelard yang juga merupakan seorang guru yang mula mengajar pada abad awal abad ke 12 dan merupakan salah seorang yang mempromosikan universiti Paris kepada pelajar-pelajar lain di Eropah. Salah seorang ahli agama yang pernah belajar di Paris adalah Peter Lombard. Beliau juga turut mengajar di sekolah Notre Dame pada tahun 1136 hingga 1150. Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku yang dikenali “Four Books of Sentences” yang menjadi koleksi dalam gereja. Ia juga merupakan buku teks bagi bidang agama dalam universiti sehingga abad ke 16.
Apabila berlaku peningkatan dalam ahli sekolah gereja besar, maka berlakulah peningkatan guru-gurunya. Hal ini telah menyebabkan penambahan biara-biara di Notre Dame. Penambahan ini tersebar di sekitar daerah-daerah lain di Paris termasuk di jambatan sungai Seine. Terdapat juga dua sekolah lain yang terkenal di gereja-gereja lain iaitu Collegiate Church of Sainte-Genevieve dan Church of Canons Regular of St.Victor’s.
Pada pertengahan abad ke 12 pula , berlaku penambahan sekolah di Paris. Jumlah kemasukan guru-guru dan pelajar-pelajar di Paris juga semakin bertambah. Mereka ini juga terdiri daripada beberapa kumpulan yang berbeza. Di antara tahun 1150 hingga 1170, terdapat Universitas magistrorum et studiorum iaitu persatuan guru-guru dan pelajar. Persatuan ini muncul apabila berlaku peningkatan pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah gereja besar Notre Dame. Sekolah gereja besar ini boleh dianggap sebagai punca asal pembentukan Universiti Paris. Adat persatuan ini adalah melibatkan upacara formal membenarkan lesen baru bagi guru dalam masyarakat, sebagai penghargaan dari guru senior dan ahli-ahli lain dalam kumpulan.
Pada tahun 1200, berlaku pergaduhan di kedai minuman keras yang telah menyebabkan lima orang pelajar terbunuh oleh pemimpin Provost Paris. Hal ini telah menimbulkan kemarahan kumpulan pelajar sehingga mengugut untuk menarik diri dari bandar. Senario ini telah menyebabkan guru-guru terpaksa merayu kepada King Philip II Augustus. Raja yang bimbang terhadap guru-guru yang berkemungkinan meneruskan ancaman telah mengeluarkan satu piagam yang melindungi pelajar-pelajar di Paris.
Pada tahun 1208 hingga 1209, undang-undang bertulis yang pertama dari universiti di Paris disebutkan dalam surat-surat daripada Pope Innocent III yang merujuk kepada persatuan guru-guru Paris dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh mereka. Walaubagaimanapun, pada 1215, mereka telah diberi penghargaan oleh Paus Robert de Courcon.
Antara tahun 1212 hingga 1231 telah berlaku satu siri konflik yang berkaitan dengan pemberian lesen, bidang kuasa sekolah dan pembiayaan universiti terhadap undang-undangnya sendiri. Konflik ini memuncak antara tahun 1229 hingga 1231. Pergaduhan di kedai minuman sekali lagi telah melibatkan pelajar iaitu bermula semasa karnival. Setelah mendapat maklumat dari biskup di Paris Blenche of Castille telah menghantar seorang sarjan ke tempat kejadian. Sebilangan pelajar telah dibunuh. Pada 16 April 1229, guru-guru terpaksa melakukan tindakan yang ekstrem. Mereka berazam akan membubar dan bersurai dari universiti sekiranya keadilan tidak diperoleh daripada biskup Paris dan raja muda dalam jangka masa sebulan. Namun begitu, permintaan mereka ini tidak dilayan. Oleh itu, kesan daripada perkara tersebut maka ramailah guru-guru dan pelajar-pelajar yang mula meningggalkan Universiti Paris ini. Mereka berpindah ke Universiti Oxford dan Cambridge, Rheims, Orleans, Angers, and Tolouse. (Universiti Angers mungkin merupakan sebab bermulanya perpindahan ini). Penolakan untuk menjaga kemakmuran dan martabat bandar ini adalah amat membimbangkan.
Universiti dan kolej-kolej universiti pada masa ini masih belum mempunyai bangunan yang kekal dan lokasi yang tetap. Mereka menyewa gereja atau biara untuk menjalankan perjumpaan bersama. Satu-satunya harta yang dimiliki oleh universiti ini adalah yuran yang dibayar oleh pelajar. Taktik yang dilakukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar ini akhirnya telah memperoleh sokongan daripada Pope. Para guru dan pelajar kembali ke bandar Paris semula setelah pemimpin-pemimpin gereja di Paris telah bersetuju memberi jaminan masa depan yang baik kepada mereka. Pada 13 April 1231, Pope Gregory IX telah memperkenalkan satu perintah yang dikenali sebagai Parens Scientiarum. Parens Scientiarum ini telah menjadi Piagam bagi Universiti Paris ini. Universiti Paris ini telah telah menerima layanan yang istimewa daripada Pope sehingga tahun 1378. Popes adalah seorang yang tidak menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah keagamaan oleh universiti-universiti lain.
Pada pertengahan abad ke 13, guru-guru di Universiti Paris telah dibahagikan kepada 4 fakulti. Antara fakulti-fakulti tersebut adalah fakulti keagamaan (teologi), fakulti perubatan, fakulti seni dan fakulti undang-undang. Salah satu bidang yang terdapat dalam fakulti seni adalah seven arts (trivium dan quadrivium). Bidang ini merupakan langkah pertama dalam memberi latihan kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar seni sama taraf dengan siswazah seni sekarang. Proses ini untuk menjadikan pelajar-pelajar seni lebih baik daripada pelajar-pelajar di fakulti perubatan, undang-undang dan teologi memakan masa selama 7 hingga 8 tahun.
Jangka masa untuk belajar dalam fakulti-fakulti yang terbaik ini adalah berbeza-beza. Untuk fakulti perubatan, masa yang diperlukan untuk sarjana adalah 32 bulan (1270-1274) manakala untuk mengambil lesen pula adalah selama 5 hingga 6 tahun. Jangka masa untuk belajar di fakulti undang-undang pada pertengahan abad ke 14 adalah selama 48 bulan. 6 tahun untuk belajar dalam bidang sarjana muda dan 40 bulan untuk mengambil lesen. Pada tahun 1215, jangka masa yang diperlukan untuk belajar dalam fakulti teologi( fakulti yang terbaik) adalah selama 5 tahun dan 8 bulan untuk Ijazah Kedoktoran( Ijazah Tertinggi Universiti). Umur mereka yang ingin mengambil Ijazah Kedoktoran ini mestilah berumur 35 tahun. Namun begitu, pada tahun 1366, jangka masa untuk mengambil ijazah ini telah meningkat kepada 18 tahun dan menurun menjadi 15 tahun pada tahun 1452.
Keempat-empat fakulti ini dipengerusikan oleh dekan. Fakulti seni telah dibahagikan kepada 4 negara iaitu Perancis, Picard, Norman, dan Inggeris. Keempat-empat negara ini dikawal oleh pegawai universiti yang mempunyai kuasa dalam bidang disiplin pelajar. Rektor(Paderi) telah diperkenalkan sebagai ketua kepada keseluruhan universiti pada pertengahan abad ke-14.
Pada pertengahan hingga akhir abad ke-13, berlaku pengaliran masuk sarjana-sarjana daripada seluruh Eropah. Antaranya ialah Alberto Magnus(Jerman), Bonaventure dan Thomas Aquinas(Itali), Roger Bacon(England), dan Duns Scotus(Scotland). Guru-guru universiti Paris yang merupakan sebahagian daripada ulama sekular, menentang peminta sedekah daripada mengajar di universiti. Hal ini disebabkan oleh pengemis tidak akan mematuhi undang-undang di universiti. Albertus, Bonaventure, dan Aquinas telah dihantar oleh Pope Alexander IV untuk mempertahankan pengemis ini. Misi mempertahankan pengemis ini telah mencapai kejayaan.
Lebih kurang pada tahun 1257, Robert de Sorbon, ahli teologi dan paderi kepada Raja Louis IX, telah menjumpai Maisan de Sorbonne sebagai asrama untuk menempatkan 16 orang pelajar yang mana telah memperoleh ijazah dalam bidang seni dan ingin menyambung pelajaran kepada Ijazah Kedoktoran dalam bidang teologi. Jumalah pelajar ini telah meningkat menjadi 36 orang pelajar. Sorbon telah menjadi canselor Universiti Paris pada tahun 1258. Pada tahun 1259, Sorbonne telah diluluskan oleh Pope dan telah berkembang menjadi pusat utama pengajaran dan menjadi teras kepada Universiti Paris. Menjelang akhir abad ke 13, Sorbonne menjadi pusat pentadbiran bagi bagi universiti Paris dan terdapat lebih kurang 15,000 mahasiswa yang berada di bandar Paris. Perkataan Sorbonne ini sebenarnya telah lama digunakan dan merupakan sinonim untuk Universiti Paris.



Pada awal abad ke 14, terdapat lebih daripada 500 buah fakulti dan jumlah para pelajar pelajar yang datang dari pelbagai negara adalah sangat besar jumlahnya sehingga sukar untuk dijumlahkan jumlah pelajar yang sebenarnya. Pada pertengahan kurun ke-14, bandar Paris mempunyai 40 buah kolej dan pelajar-pelajar terdiri daripada setiap negara yang terdapat di Eropah. Universiti Paris telah mencapai keunggulannya ‘‘ in all Christendom‘‘ dan dikenali sebagai ‘‘ the great school where theoly was studied in its most scientific spirit.’’
Sepanjang abad ke 13 dan awal abad ke -14, Universiti Paris tidak aktif dalam bidang politik Perancis. Namun begitu, menjelang abad ke-14, Universiti Paris akhirnya telah terpengaruh. Selepas kematian Raja Charles V pada tahun 1382, universiti ini telah diminta untuk menjadi pengantara kepada sekelompok pemberontak dalam suatu pemberontakan yang dikenali sebagai ‘’ the tyranny of Anjou’’. Fakulti Teologi telah menjadi ahli teologi yang tidak bernama yang menjadi polis gereja. Pada abad ke 15, kekuatan universiti dipertimbangkan dalam resolusi berkaitan dengan krisis politik. Pada awal abad ke 15, Universiti Paris memihak kepada Burgundy dalam persengketaan yang berlaku di antara pihak Burgundy dan Armagnac.
Sepanjang perang 100 tahun yang berlaku di antara Perancis dan England (1337-1453), Universiti Paris telah memihak kepada England dan mengakui Henry V sebagai raja Perancis. Majoriti guru-guru juga bersetuju dengan perlantikan tersebut namun pada akhirnya mereka telah meninggalkan Paris sepanjang penjajahan oleh pihak Inggeris. Kebanyakan daripada mereka telah melarikan diri ke Poitier yang mana telah dikatakan telah munculnya universiti yang baru.
Universiti Paris telah terlibat dalam usaha untuk menamatkan perpecahan besar gereja Katholik Rom (1378-1417). Jean Gerson (1363-1429), yang merupakan salah seorang canselor universiti pada tahun 1395 merupakan salah seorang pengetua yang ingin menghapuskan konflik yang berlaku. Satu cadangan yang ditawarkan oleh universiti dan dipersetujui oleh keempat-empat fakulti adalah sebuah majlis umum dibentuk untuk menyelesaikan persengketaan dan konflik yang berlaku. Walaubagaimanapun, cadangan ini telah ditolak oleh kedua-dua pihak Paus yang telah berpecah akibat perbezaan pendapat. Jean Rousse, yang merupakan seorang guru teologi di universiti Paris telah merayu kepada penubuhan majlis tersebut. Rousse telah dipenjara dan akhirnya telah dibebaskan atas perintah raja muda. Penahanan Rousse telah menimbulkan kebimbangan kepada golongan paderi dan universiti. Golongan pelajar, guru-guru dan para doktor sekali lagi telah meninggalkan Paris untuk mencari lokasi yang lain. Pencarian lokasi yang lain ini menandakan permulaan awal kepada penolakan universiti sebagai pusat pengajaran.
Kepercayaan karut telah tersebar dengan luasnya pada abad ke-14. Apabila Raja Philip VI bertanya berkenaan dengan laporan tentang wabak penyakit kepada doktor-doktor di Universiti Paris, mereka akan menyatakan bahawa wabak penyakit tersebut disebabkan oleh
‘‘ a triple conjuction of Saturn, Jupiter, and Mars in the 40th degree of Aqurius said to have occurred on March 28, 1345.’’
Pernyataan ini telah diterima sebagai penyebab rasmi kepada penyebaran wabak penyakit.
Sepanjang abad ke 14 dan 15, hak-hak istimewa yang dinikmati oleh Universiti Paris mulai terhakis. Kerajaan juga telah mulai masuk campur dalam hal ehwal dan urusan di Universiti Paris. Bagi meningkatkan pendapatan, pegawai kerajaan mulai syak atau curiga kepada golongan akademik paderi yang bebas daripada cukai. Pada tahun 1446, satu perintah telah dikeluarkan oleh Raja Charles VII yang mengisytiharkan bidang kuasa Parlimen dalam memenuhi permintaan atau keperluan universiti.
Kerajaan Louis XI (1461-83) telah mempengaruhi kepada pengurangan pengaruh universiti. Di bawah kuasa Louis, sifat universiti mulai berubah daripada mencari perpaduan umat Kristian sejagat (Ekumenis) kepada semangat kebangsaan (Nasionalistik).pada tahun 1457, raja juga telah memerintahkan semua sarjana yang berada di bawah Duke Burgundy untuk mengangkat sumpah setia mereka kepada raja dan pada tahun 1474, raja juga telah mengumumkan bahawa rektor (paderi) telah tunduk kepada raja. Universiti yang selama ini bersifat antarabangsa dan dilindungi oleh penguasa yang memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa asing ini akhirnya telah lenyap begitu sahaja.
Semasa pemerintahan Louis XII(1498-1515), Universiti ini telah mengalami kemunduran. Apabila universiti menentang perintah yang mengehadkan hak-hak istimewa dan penyalahgunaan kuasa(termasuk pemberian cukai), raja telah menamatkan hak-hak mereka. Oleh itu, universiti tidak boleh lagi menjalankan pemberontakan yang sering berlaku sebelum ini. Penyelidikan dalam bidang teologi dan falsafah yang mana begitu penting kepada reputasi universiti pada tahun-tahun awal telah mulai berkurang di bawah bidang kuasa skolastik. Kesannya, universiti ini sedikit sebanyak telah menyumbangkan kepada pembaharuan humanistik.
Sementara itu, seorang mahasiswa di Universiti Paris pada tahun 1495, seorang ahli humanis yang hebat iaitu Erasmus menyatakan kekecewaannya dalam pengajaran teologi :
‘’ Those studies can make a man opinionated and contentious ; cant hey make him wise ?...By their stammering and by the stains of their impure style they disfigure theology, which had been enriched and adorned by the eloquence of the ancients. They involve everything while trying to solve everything.’’
Erasmus’s Collequies telah dikutuk oleh Sorbonne pada tahun 1527.
Sorbonne terganggu akibat daripada konflik agama yang berlaku sepanjang zaman Reformasi. Selepas Martin Luther keluar daripada gereja pada tahun 1520, sekolah mulai bertindak dengan cepat. Pada tahun yang berikutnya,sekolah ini telah mengutuk Luther’s Babylonish Captivity, dan pada tahun 1523, Louis de Berquin yang merupakan kawan kepada Erasmus telah ditahan kerana menterjemah kerja-kerja Luther. Enam tahun kemudian, de Berquin telah dibakar di tiang pancang kerana mempunyai fahaman yang bertentangan dengan fahaman rasmi (agama).
Kritikan dan tentangan terhadap Sorbonne semakin memuncak. King Francis I tidak bersetuju dengan cara lama dalam pengajaran teologi. Pada tahun 1529, beliau telah memperkenalkan Kolej Royale yang kemudiannya dinamakan sebagai Kolej de France sebagai galakan untuk pengajaran dalam bidang Kemanusiaan. Tuisyen telah diberi secara percuma dan 4 orang profesor diraja telah dilantik untuk mengajar dalam bahasa Greek dan Ibrani, Latin, perubatan, Matematik dan falsafah.( bidang-bidang yang telah ditambah kemudian). Semenjak sistem pendidikan di Eropah Barat berada di bawah pengaruh gereja, kekacauan yang berlaku semasa zaman Reformasi secara langsung telah mempengaruhi sekolah-sekolah. Universiti-universiti telah kehilangan sifat antarabangsa disebabkan oleh perbezaan agama di antara negara-negara mengahalang pelajar daripada berhijrah lebih jauh untuk belajar. Bilangan mahasiswa di Universiti Paris tetap tinggi iaitu sebanyak 6,000 orang tetapi sesetengahnya datang daripada negeri asing.
Pada akhir abad ke 16, Universiti Paris memerlukan pembaharuan secara serius. Universiti ini masih dikawal oleh undang-undang pada tahun 1452 yang mana semangat pembaharuan masih belum timbul lagi. Pada tahun 1595, Henry IV telah memberi kuasa kepada 6 orang ahli untuk menyediakan undang-undang baru untuk menjelaskan tentang peranan guru-guru, untuk mengetatkan lagi disiplin, dan untuk memulakan program-program baru.
Konflik agama terus berlanjutan sepanjang kurun ke -17. Universiti Paris terganggu oleh pertikaian ahli-ahli teologis yang berasal dari Jesuit dan Jansenis. Pada tahun 1663, Sorbonne telah mengesahkan tradisi Gaul yang mana memberikan hak kepada raja-raja Perancis untuk melantik Biskup ( Paderi) dan rahib. Hal ini ditegakkan atau disokong oleh Louis XVI, tetapi ditentang oleh Paus Innosensius XI yang hampir menyebabkan perpecahan di antara gereja Perancis dan Rom. Selepas kematian Louis XVI pada tahun 1715, Philippe d’orleans, raja muda untuk lima tahun Louis XV, memerintahkan bahawa Universiti Paris akan dibuka untuk semua pelajar yang memenuhi syarat, dengan yurannya akan dibayar oleh negara. Berikutan pengusiran Yesuit pada tahun 1762, 500 universiti di Perancis menjadi sebahagian daripada Universiti Paris.
Antara tahun 1806 dan 1808, Napoleon I telah mengasaskan sebuah empayar atau Universiti Napoleon (selepas tahun 1815, dikenali sebagai Universiti Perancis). Universiti ini dibahagikan menjadi akademi yang mana setiap akademi diketuai oleh rektor masing-masing yang dicalonkan oleh kerajaan. Akademi-akademi ini merupakan pusat sistem pendidikan yang merangkumi semua unit pengajaran di Perancis, termasuklah di sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1821, Akademi Paris memperoleh bangunan Sorbonne. Universiti Paris telah menjadi sebahagian daripada Akademi Paris. Sistem ini berterusan sehingga tahun-tahun terakhir pada abad ke -19. Proses pengajaran adalah berbentuk sekular, dan kerusi-kerusi professional di Universiti Paris berjumlah lebih daripada 600. Pada tahun 1885, terdapat hampir 12,000 pelajar di Universiti Paris. Universiti Paris ini sekali lagi telah menjadi pusat yang terpenting sebagai pusat intelektual dan saintifik. Fakulti teologi sudah tidak ada lagi pada tahun 1886.
Perubahan berlaku pada akhir abad ke-19. Menteri Pendidikan, Julies Ferry, telah memeperkenalkan satu gagasan tentang pemisahan gereja dan negara. Hal ini telah menjadi satu undang-undang pada 28 mac 1882. Individu dan persatuan dibenarkan untuk memilih institusi-institusi pendidikan swasta, tetapi mereka hendaklah mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Nasional. Di bawah pemerinatahan Ferry, pada tahun 1896, satu sistem pendidikan daerah telah ditubuhkan di seluruh Perancis. Setiap daerah mempunyai universiti sendiri dan semua daerah berada di bawah satu pusat di bawah pemerintahan satu Menteri Pendidikan yang sama. Sistem 23 Univesrsiti ini masing-masing mempunyai 5 fakulti yang sama iaitu Undang-undang, Perubatan, Farmasi, Persuratan dan Sains.
Pada tahun 1900, mahasiswa di Universiti Perancis berjumlah 29,300 orang dan 12,270 daripadanya adalah di Paris. Jumlah mahasiswa yang mendaftar juga telah bertambah sebanyak 134,000 orang pada tahun 1950 dan bertambah menjadi 500,000 pada tahun 1967.

Universiti Oxford.
Universiti Oxford dilahirkan ditengah-tengah bandar yang menjadi pusat pengangkutan, keagamaan dan pusat kegiatan politik. Namun demikian, tarikh yang tepat mengenai penubuhan universiti di bandar Oxford tidak dapat dinyatakan secara jelas. Walaupun begitu, Oxford boleh dianggap sebagai pusat untuk menimba ilmu selepas mahasiswa Inggeris tidak lagi dibenarkan belajar di Universiti Paris iaitu sekitar tahun 1167.
“when the quarrel between Henry II and Philip Augustus in 1167 made it impossible for English student to attend the University of Paris, the opportunity for developing a similar institution arose at Oxford.”
Pada ketika itu, para guru-guru dan pelajar-pelajar sering berkumpul di Oxford dan berbincang mengenai topik-topik seperti teologi atau keagamaan, seni dan karya-karya Aristotle. Seperti pertumbuhan bandar, pertumbuhan sekolah atau institusi pengajian juga memperlihatkan ketegangan antara dua kumpulan yang menyebabkan berlakunya perselisihan antara bandar dan “Gown”. Pada tahun 1209, pertikaian ini menjadi semakin rumit dan besar sehingga sesetengah sarjana merasa tertekan dan memilih untuk berpindah ke Cambridge. Semasa di Cambridge para sarjana telah mendirikan universiti yang dikenali sebagai Universiti Cambridge yang menjadi saingan kepada Universiti Oxford sehinggalah sekarang.
Rekod pertama mengenai Universiti Oxford adalah ditulis pada 1214 apabila mendapat keizinan daripada paus. Keizinan ini melengkapi hak-hak keistimewaan seperti pengurangan sewa kepada komuniti yang sedang berkembang pada ketika itu iaitu guru-guru dan mahasiswa atau pelajar-pelajar yang tinggal di seluruh bandar Oxford. Pada ketika itu juga Robert Grosseteste iaitu seorang ahli matematik dan ahli gereja telah dilantik menjadi Canselor yang pertama di Oxford sehinggalah 1235 apabila beliau menjadi biskup di Lincoln.
“the first recorded chancellor was the great scholar Robert Grosseteste.”
Selama lebih 100 tahun biskup ini memainkan peranan yang amat penting dan amat berpengaruh kepada Universiti Oxford untuk menambah lebih banyak lagi sekolah-sekolah yang bercorak agama.
Diawal penubuhan universiti ini, mahasiswa universiti ini tinggal secara menyewa di asrama atau dewan-dewan. Sebagai contoh, “St. Edmund Hall” adalah salah satu tempat tinggal bagi mahasiswa dan masih digunakan sehinggalah abad ke-13. Kuliah yang dijalankan pada ketika itu pula hanyalah dijalankan di kelas-kelas atau bilik-bilik yang disewa ataupun dijalankan di gereja. Kolej pertama di Universiti Oxford dibentuk hanyalah kepada pelajar-pelajar miskin yang tidak berkemampuan untuk membayar kos menyewa rumah.
Antara tiga buah kolej pertama yang dibina di Universiti Oxford adalah University College, Balliol College dan Merton College. University College dibina pada tahun 1249 manakala Balliol College pula dibina pada tahun1263 oleh John de Balliol. Antara ahli di Balliol Collge adalah seperti Adam Smith, Aldow Huxley dan Graham Greene. Merton College pula adalah kurniaan Wather de Merton iaitu seorang biskup di Rochester. Merton College ini dibina pada tahun 1264.

Selain itu, terdapat juga bangunan-bangunan atau kemudahan lain yang dibina bagi memenuhi keperluan kepada pelajar-pelajar untuk menimba ilmu. Antaranya adalah menara pagar yang dibina pada tahun 1418, dewan kolej yang dibina pada 1277, perpustakaan yang dibina pada 1371 sehingga 1378. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa Universiti Oxford mempunyai pelbagai kemudahan kepada mahasiswanya. Dengan itu, tidak hairanlah Universiti Oxford terus berkembang dan terus menambah kolej-kolej pada setiap abad sejak abad ke-12 demi memberi kemudahan kepada mahasiswa yang semakin bertambah.
Dalam aspek pentadbiran pula, Universiti Oxford ini ditadbir oleh seorang Canselor. Namun demikian, universiti ini sebenar-benarnya adalah dibawah seliaan Timbalan Canselor. Timbalan Canselor ini dipilih dari ketua-ketua kolej yang dipilih mengikut giliran dan perlu mematuhi syarat iaitu harus berkhidmat empat tahun. Selain itu, pentadbiran universiti juga dibantu oleh 2 pegawai atau jawatankuasa yang dikenali sebagai Hebdomadal Cauncil dan Congregation. Setiap kolej pula mempunyai peraturan yang tersendiri dan bertindak untuk meluluskan isi kandungan bagi kursus-kursus yang ditawarkan, set peperiksaan dan mengurniakan ijazah.
Pada 1571, university ini secara rasminya telah dimasukkan ke dalam tindakan parlimen. Setiap pelajar boleh memohon dan diterima oleh kolej yang menawarkan pelbagai subjek untuk belajar. Tuisyen yang diambil oleh pelajar juga harus dibayar kepada kolej masing-masing walaupun terdapat yuran tahunan yang harus dibayar kepada universiti. Setiap kolej dilengkapi oleh dewan tempat tinggal, kemudahan makanan, perpustakaan dan seorang ketua yang dikenali sebagai dekan, rektor atau pengetua. Salah satu ciri unik yang terdapat di universiti ini adalah setiap kolej memiliki personaliti yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
Dalam aspek pengajaran pula mahasiswa diajar dalam bentuk tutorial. Sistem tutorial dipilih kerana dapat mendedahkan dan memberikan pengalaman pendidikan yang unik kepada mahasiswa universiti ini.
“in the tutorial, students (either individually or with one or two others) meet with a professor to discuss work done in the past week.”
Tugasan yang diberikan oleh professor kepada pelajar adalah dalam bentuk esei atau jawapan. Ketika tutorial mahasiswa diharap dapat mendefinisikan, membela dan berdebat dengan idea-idea yang diberikan oleh professor.
“the aim of this teaching method is to create logical and independent thinkers.”
Dalam aspek tempoh belajar pula, para mahasiswa kebiasaannya mengambil masa selama tiga tahun walaupun terdapat juga kursus yang memerlukan mahasiswa mengambil masa selama empat tahun untuk belajar seperti pengajian Bahasa Arab, biokimia, teknikal dan bahasa Jepun. Didalam tempoh tersebut, terdapat dua peperiksaan yang harus diambil oleh mahasiswa. Peperiksaan yang pertama adalah peperiksaan yang dikenali sebagai “Prelims” atau modifikasi. Peperiksaan ini diadakan pada tahun pertama pengajian mahasiawa di Universiti Oxford. Peperiksaan kedua adalah peperiksaan yang diadakan pada tahun terakhir mahasiswa iaitu dikenali sebagai “Final”.
Universiti Oxford juga mempunyai peraturan-peraturan khusus yang diadakan sejak awal penubuhannya. Salah satu peraturan universiti ini adalah tidak membenarkan atau melarang mahasiswanya membawa busur dan anak panah. Peraturan ini berasal daripada persengketaan atau pergaduhan yang berlaku pada tahun 1355 yang melibatkan sebuah bandar dan “gown” yang menyebabkan kematian dikedua-dua belah pihak. Pada 1900-an pula para mahasiswa masih perlu berdandan untuk setiap majlis yang diadakan. Selain mahasiswa, petugas keselamatan juga diberikan pakaian yang khusus iaitu baju berwarna hitam dan topi. Petugas keselamatan ini digelar sebagai “Bulldogs”.

Gambar 9: Gambaran kehidupan pelajar di Universiti Oxford
Universiti Oxford juga memainkan peranan yang penting semasa Perang Saudara meletus pada abad ke-17 dengan memberikan perlindungan kepada Charles 1 dan Parlimen. Pada abad ke-18 pula, perlembagaan universiti telah disemak demi meningkatkan kualiti akademik universiti ini. Sehingga lewat abad ke-19, hanya kaum lelaki dibenarkan untuk belajar di universiti ini walaupun terdapat lima buah sekolah yang ditubuhkan untuk perempuan. Walaubagaimanapun, perempuan secara formalnya tidak menerima ijazah dari universiti sehinggalah tahun 1920.
Terdapat lima kolej perempuan di Universiti Oxford iaitu Lady Margaret Hall yang ditubuhkan pada 1878, St. Anne’s yang ditubuhkan pada 1879, Somerville yang ditubuhkan pada 1886, St. Hugh’s yang ditubuhkan pada 1886 dan St. Hilda yang ditubuhkan pada 1893. Selain itu, universiti ini juga mempunyai beberapa kemudahan lain yang unik iaitu Perpustakaan Bodleian, taman botani, muzium Ashmolean dan penerbit universiti. Perpustakaannya adalah salah satu perpustakaan yang telah lama beroperasi dan merupakan perpustakaan yang pertama yang memperkenalkan rak buku yang menyusun buku secara menegak. Muzium Ashmolean pula dibuka pada 1683 dan muzium awam yang pertama di England. Muzium ini amat terkenal kerana memiliki himpunan seni dan koleksi arkeologi. Taman botani universiti ini pula mula ditubuhkan pada abad ke-17. Pada hari ini taman botani universiti ini telah memiliki hampir 8, 000 spesis tanaman. Penerbit universiti pula berada dibawah kawalan universiti ini sejak 1629. Penerbit universiti yang dikenali ‘The Oxford University Press’ ini adalah merupakan antara penerbit terkenal didunia yang mengeluarkan buku-buku ilmiah, buku-buku agama dan rujukan kertas kerja terkenal didunia.

Gambar 10 : Perpustakan Bodleian
Pada hari ini universiti ini mempunyai mahasiswa sekitar 15, 000 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan lulusan sekolah awam mahupun sekolah swasta dan mahasiswa Inggeris mahupun dari seluruh dunia. Penaja Rhodes Scholars merupakan antara penaja yang memilih pelajar-pelajar yang layak dari seluruh dunia dengan ciri-ciri intelektual yang tinggi, ciri-ciri kepimpinan dan prestasi fizikal yang tinggi untuk dimasukkan ke Universiti Oxford. Antara Perdana Menteri yang pernah mendapat pendidikan di Universiti Oxford adalah Clement Attlee, Harold McMillan dan Margaret Thatcher. Dalam kewujudan selama hampir 800 tahun, Universiti Oxford sekarang terkenal sebagai universiti antarabangsa, memiliki biasiswa dan tradisi yang luar biasa.



Hit: 16 Laman Asal