لسلام عليكم ورحمة الله وبركات
w.b.t di sini saya ingin menggucapkan selamat bercuti dan selamat menggunakan masa lapang anda dengan baik. tujuan saya ingin mengarang entri ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan anda, yang berminat untuk mengatahui pengalaman saya, semasa akhir tahun persekolahan di SMK Agama Muhamad Ali Ranau. Tahun ini saya telah mengambil Peperiksaan Menengah Renda(PMR), tidak disangka, buka mata, tutup mata PMR menjelan pada hari esok,. Walaubagaimanapun dengan usaha gigih yang saya dan kawan-kawan saya yang telah lakukan kami semua dapat menempuhinya bersama-sama dan dengan adanya guru-guru dan ibubapa terutamanya, kami semua dengan hati yang ikhlas dapat menjawab dengan penuh yakin.
Selepas peperiksaan PMR berlansung kami semua (pelajar form3) telah diberikan amanah untuk melaksanakan 3M iaitu Membersih, Menceriakan, dan Mengemas. Antara aktiviti yang sempat saya lakukan ialah mengangkat batu dari sungai. walaupun batu-batu di sungai itu sangat besar dan berat, dan dengan adanya semangat sepasukan kami semua dapan menjalankan progrem itu dangan lancar, tujuan kami mengangkat batu-batuan itu adalah untuk membuat kolam mini bertaraf 3 bintang di dalam kawasan sekolah kami, kami membuat kolam itu dengan penuh semangat dan bertenaga, masa itulah pengalaman yang sederhana paling manis telah saya lalui bersama kawan-kawan saya. Aktiviti yang kedua yang sempat saya ikuti ialah membersihkan tadahan sekolah dan asrama, dalam bahasa dusun tadahan ialah(tudan) saya dan kawan2 saya telah menjalankan satu perjalanan yang lebih kurang 5 kilometer untuk pergi ke tadahan sekolah dan asrama kami, dalam perjalanan ke tadahan saya dan kawan2 saya sempat bergambar-gambar sempena akhir tahun dan pengalaman kami ke tempat tersebut, apabila sampai di tempat tadahan kami semua berkerjasama membersihkan tadahan tersebut yang sangat kotor dan berlumut itu. Dalam masa itu juga saya dan kawan2 saya juga sempat mengambil gambar, buat kenangan bersama kawan2..kami dengan gembiranya menjalankan aktiviti kami di sekolah apabila berakhirnya peperiksaan PMR. di sini juga saya ingin meminta agar keputusan saya dan kawan2 saya menjadi keputusan yang terbaik dan memuaskan dengan izin Allah,,Insyallah 9A..wasallam..
0 Comments