Pengenalan Kursus

Kursus Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) menawarkan pengetahuan teori dan amali dalam bidang teknologi elektrik kuasa, elektronik, kawalan motor dan komputer. Kurikulum kursus ini meliputi gabungan modul-modul dalam bidang elektrik, elektronik, kawalan motor dan juga komputer. Silibus kursus ini merangkumi kaedah penjanaan bekalan elektrik, pengendalian dan kawalan mesin elektrik, pemasangan dan pendawaian elektrik, penyenggaraan alatan domestik dan sistem penggera. Selain itu, modul-modul elektronik merangkumi asas elektronik, sistem berdigit dan penyenggaraan peralatan elektronik. Manakala modul-modul komputer terdiri daripada aplikasi komputer dan perisian Autocad. Latihan yang disediakan akan menambahkan kemahiran teknikal pelajar dan disesuaikan mengikut perubahan teknologi dari semasa ke semasa. Pembelajaran dan pengajaran dititikberatkan kepada kerja-kerja amali dan projek-projek berkaitan.

Objektif Unit

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja. Menjalankan kerja-kerja pemasangan domestik dan industri. Menyenggara suatu sistem kawalan motor. Mengaplikasikan teori elektronik dalam suatu sistem kawalan elektronik. Menggunakan perisian Autocad untuk membuat lukisan kejuruteraan.
Senarai Nama Pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik (STE)


Carta Organisasi Program STE

Hit: 13 Laman Asal