Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Kejohanan Futsal PSKPP - KL Pendidikan... berlangsung sudah... report jer lambat tulis...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdullilah semuanya telah berlangsung, Kejohanan Futsal PSKPP - KL Pendidikan kali ni dah masuk kali ke-3 penganjurannya... terima kasih tak terhingga kepada semua yang telah sudi menyertainya... segala suport yg diberikan amat-amat kami hargai... seterusnya tahniah kepada pemenang.... nak tahu siapa yg menjadi pemenangnyer?...tungguuuu...

oklah, kejohanan kali ni bermula tepat jam 10 pagi... walaupun agak tersasar daripada jadual yang sepatutnyer tapi masih lagi dalam landasan yang betul... terdapat beberapa pasukan yang telah mengesahkan penyertaan telah menarik diri disaat - saat akhir... tunggu punya tunggu tapi tak kunjung tiba... bila call, dengan rasa tak bersalah mengatakan mereka menarik diri.... kami tak boleh nak paksa untuk menyertai pertandingan ni, tapi sekurang-kurangnya sms bagi tahu awal... boleh kami rombak jadual... walau bagaimanapun... semua ni tak menjejaskan kejohanan kali ini... sebaliknya menjadikan pengajaran kepada kami...seterusnya, taklimat ringkas oleh pengadil kepada semua pengurus engenai perubahan terhadap undang-undang permainan... pertandingan berjalan dengan smooth sesemoothnyer... tiada incident yang tidak di ingini berlaku... kerjasama daripada semua pasukan amat baik... tahniah semua...

Kejohanan kali ini telah dijuarai oleh pasukan "Belajar Main" apabila berjaya menwaskan pasukan "Desa Petaling"... mana kala tempat ketiga jatuh kepada pasukan "One-5-Rose" dan tempata ke-4 adalah pasukan "GT"... Hadiah tempat pertama adalah wang tunai RM500 + Hamper, ke-2 wang tunai Rm350 + hamper, tempat ke-3 RM150 + hamper dan tempat ke-4 RM120 + hamper... apa-apa pun tahniah kepada semua pasukan...kalah atau menang...adalah adat pertandiang... kita cuba lagi...

Johan
Belajar Main

Naib Johan
Desa Petaling

Tempat Ke-3
One - 5 - Rose

Tempat Ke-4
GT Team

Hebat-hebat belako puok - puok ni... tahniah sekali lagi kepada semua pasukan yang telah memenangi Kejohanan kali ini....

Apa yang menarik pada pertandingan kali ini adalah vanue pengajuran lebih selesa berbanding dengan vanue yang lepas-lepas... insa'aalah vanue ni akan terus digunakan untuk sesi yang seterusnya... Perancangan yang seterusnya adalah untuk mengadakan pertandingan untuk team perempuan... banyak jugak team yang request... insa'allah akan diadakan... tunggu sahaja berita terkini daripada kami...selalu selau lah lawati lama blog ni atau di facebook kami...

Seterusnya ribuan terima kasih kepada En. Adzmi Baba sebagai penaung dan penasihat kejohanan kali ini dan tak lupa pada Pak Long selaku pengurus bola sepak senior atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini... sehingga kita jumpa lagi dalam sesi akan datang...

sama-sama kita saksikan gambar sekitar kejohanan berlangsung...



kita jumpa lagi...

adios...

Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP... Pre Macth Report...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... cepat sungguh masa berlalu, rasanye baru jer surat jemputan Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP ni dimasukkan dalam pigeon hole sekolah masing-masing... esok lusa dah hari kejadian...

ok, tidak seperti tahun-tahun yang sudah, dimana pihak penganjur mengadakan sesi taklimat kepada Pengurus-pengurus pasukan 3 hari sebelum Pertandingan, kali ni pendekatan yg baru diambil, dimana taklimat diadakan pada hari pertandingan iaitu pada 6 Mac 2011 jam 8.30 pagi di Centermart Futsal Center... Jadi amat-amat diharapkan agar semua pasukan dapat hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan...

Seterusnya, sehingga jam 7.00 petang tadi (3 Mac 2011), jumlah penyertaan yang telah diterima adalah sebanyak 21 pasukan...sekiranya ada, pihak penganjur akan menerima penyertaan saat saat akhir sehingga hari kejadian... sehingga sekurang-kurangnya 24 pasukan... supaya senang pembahagian kumpulan... tapi sekiranya tiada lagi penyertaan, format tahun ini akan diubah sedikit dimana, hanya ada 4 kumpulan sahaja dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 5 pasukan... jadi setiap pasukan akan main 4 perlawanan... sekiranya format ini digunakan maka, loser pool tidak akan diadakan... jadi war-warkan lah kepada rakan rakan yang masih berminat... peluang masih terbuka...

Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana Centermart Futsal Center ni... Jangan sesat udah ler... harap-harapnyer peta ni dapat membantu... KL ni sempit jer...he..he..he.. kalu sesat, calling...calling lah yer... saya sudi membantu...

oklah, kepada semua pasukan yang menyertai, semoga berjaya... all the best... kita jumpa disana...


adios..

Cakap serba salah...tak cakap pun serba salah...

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.... betulah orang tua-tua kata penantian ni satu penyiksaan... tunggu buah tak jatuh... tapi bila dah sampai waktunyer... kejap jer masa berlalu... sekarang ni kat sekolah adalah minggu ujian intervensi untuk pelajar tingkatan 3 dan 5... kadang-kadang tu lebih baik mengajar 80 minit daripada mengawas kelas peperiksaan ni.... boring beb... dalam boring-boring ni...teringat friendly semalam... meruntun jiwa... cakap pun salah tak cakap pun salah....

Kali ni KL Pendidikan berfriendly dengan team GOALASOO... masuk semalam dah kali ketiga KL Pendidikan friendly dengan team ni... tapi sesi kali ni dah jadi macam minggu ko-kurikulum kat sekolah pulak... Gurney vs Danau Kota... Old Stock vs Dominition FT dan KL Pendidikan vs Goalasoo... Jadi semalam jadi agak caca merba... Old Stock dan KL Pendidikan ni macam saudara kembarlah... Senior dengan Junior.... So, terpaksalah berbahagi player... separuh main kat Danau Futsal dan Separuh lagi main kat Centermart Futsal Center....

ok berbalik kepada friendly KL Pendidikan... dari rumah aku dah ready semua dah...charge bateri camera... pasang apa yang patut... masukkan dalam beg... terus turun dan dengan semangat waja... yang bestnyer, keeper kesayangan pihak lawan Keeper Ramly tak kunjung tiba... terpaksalah keeper bidang terjun ambik alih...dengan jari bengkaknye (penanggan sepakan ADHA) terpaksalah... permainan agak seimbang... tapi yang jelas, sikap tak serius player KL Pendidikan semasa friendly berlangsung... mungkin menganggapkan lawan mudah kot... masing-masing cuba menguasai permainan...

Keeper Ramly tiba jugak akhirnyer... So, bila dah lewat tu, tumpuan mula hilang...semangat mula luntur... terbang sana tak jadi...terbang sini tak sampai.... banyak simple mistake yang berlaku... jadi kesempatan ni digunakan sepenuhnye oleh striker GOALASOO... striker KL Pendidikan pun macam tak menjadi... aku sendiri pun hilang punca... striker lain pulak...banyak terkena tiang dan diselamatkan oleh keeper meraka yg bermati-matian... (he..he..he... teknik memujuk hati yang sayu)....

dipendekkan cerita... KL Pendidikan perlu mencari sentuhan dan semangat baru... kalah menang adalah adat... tapi kalau kalah biarlah melawan... resultnyer... KL Pendidikan tewas 20 - 22...


satu lagi... jangan lupa Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP kita... akan berlangsung pada 06 MAC 2011 di Centermart Futsal Center.... tungggguuuuuu

oklah...adios gonzales...

ps: mesti ada yang tertanya-tanya...mana gambar...mana gambar friendly semalam?... he..he..he.. bilo dah kembang kempis...panas sejuk... boleh terlupa nak ambik gambar... he..he..he... maap yer... lain kali ada gambar okey...

Kami Kembali lagi.... Setelah sekian lama membisu dangan Pengumuman Penting....

Assalamualaikum dan salam semua... selamat menyambut Maulidur Rasul... moga mendapat keberkatan dalam hidup...

Waduh-waduh... dah terlalu lama tak update blog ni... dah bersawang-sawang dah... kene buat house keeping balik ni... nak kata busy, tak de lah busy sangat... tapi busylah jugak dengan tugas hakiki... Ada rakan-rakan futsal yang tanya, kemana menghilang?... bukan menghilang... kami masih lagi aktif... setiap hari Selasa dan Khamis macam biasa... Sesi mengeluarkan peluh... setiap Rabu malam, kami ada friendly... bukannya tak der aktiviti... cuma masa mencemburui kita....he..he..he... jadi tak berkesempatan nak update blog ni...

oklah, malam ni...terpaksalah mencuri sedikit masa untuk mengumumkan aktiviti terkini KL Pendidikan... setelah kami berbincang pada hujung tahun lepas...sambil-sambil lepak kedai mamak tu... Sadli mencadangkan agar Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP ni diadakan 2 kali setahun dan diselangi dengan Liga Bola Sepak PSKPP... Jadi kesempatan ni aku nak umumkan kepada semua... Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP yang terdekat dicadangkan pada 06 MAC 2011 (AHAD) di Centermart Futsal Center... Kerja-kerja belakang tabir dah bergerak... sekiranya tak de apa-apa, surat panggilan akan dimasukkan ke Pigeon Hole sekolah masing-masing pada Jumaat (18hb Februari 2011).... kami dalam proses untuk melobi taukeh Centermart Futsal Center ni... kalu dapat pakej menarik daripada taukeh futsal ni... Insa'allah hadiah wang tunai boleh dinaikkan lagi... biar menarik... Jadi, kepada semua cikgu-cikgu dan staff Pelajaran Kuala Lumpur... dah boleh bawak keluar kasut yang bersawang tu...dah boleh start joging cari fitness... dah boleh jual beli player...

Kesempatan ni jugak aku ambil untuk memaklumakan kepada warga alam cyber ni... mungkin hasil daripada Liga Bola Sepak PSKPP hujung tahun lepas... pihak pengurusan telah berjaya mencari player yang benar-benar mantap... dan yang bestnyer... Team Senior Bola Sepak PSKPP KUALA LUMPUR telah berjaya menjadi JOHAN... sebenarnya aku masih menunggu gambar-gambar masa pertandiangan di PERLIS tu...tapi tak kunjung tiba... tak perlah...yang penting... kita jadi JOHAN... mengaummmm.... Tahniah kepada semua pihak...

Jadi, aku rasa proses pembangunan perlu dilakukan untuk memastikan team Kuala Lumapur bisa mengegalkan kejuaraannya sekali lagi tahun ni... sebagai permulaan... Liga Bola Sepak PSKPP akan dilangsungkan 2 kali... diselang selikan dengan Kejohanan Futsal KL Pendidikan - PSKPP... jadi tunggulah berita selanjutnya daripada kami...

Sebelum terlupa... KL Pendidikan sekarang ni dah ada Facebook (klik jer terus sampai laman facebook tu) sendiri... disana lebih aktif... segala makluman dan pengumuman terkini biasanya akan diupdatekan kat facebook dulu...

oklah sehingga jumpa lagi...keep in touch...

adios...

Sepi Sesepinyer...Rindu Serindunya... Bukan tak sudi tapi bermuasabah diri....

Salam semua... rasanya dah agak sekian lama aku tak update blog KL Pendidikan ni... Kenapa ekkk???... macam orang bercintalah, kalu jumpa hari-hari nanti boring pulak... he..he..he.. (alasan lah ni) mintak maaf bebanyak kepada semua... bukan tak nak update tapi sejak dua menjak ni terdapat sedikit gangguan kepada emosi dan jasmani... Jadi, lebih baik berdiam dari berkata-kata... tugasan hakiki perlu diutamakan... he..he..he... seterusnya, ada ahli kami yang dulunyer single kini dah beregu... ada yg produktif, menambah umat kat dunia ni... jadi sedikit sebanyak perlu adjust kepada perubahan ni...

Ok, sedikit makluman untuk semua... kalu dulu aku menulis dari sekitar gombak tapi kini terpaksa bersiaran dari sekitar Rawang pulak... tapi seperti selalu nasib baik ada orang kuning...kubersamamu... DIGI... sementara dalam proses upgrade ker streamyx...

Dalam tempoh sepi menyepi ni... sebenarnya KL Pendidikan masih lagi melakukan aktiviti rutin kami...FRIENDLY, SESI MENGELUARKAN PELUH, MINI TOURNAMENT dan TOURNAMENT PSKPP-KL PENDIDIKAN... Insa'allah sekiranya ada kelapangan, akan aku update semua aktiviti tersebut...

Hingga jumpa lagi... adios...
Blog Widget by LinkWithin