Sukan adalah satu cara yang baik untuk menjaga kesihatan menjadi lebih baik dan aktif. Latihan di dalam sukan adalah kitaran yang memerlukan badan yang sihat membawa kepada kecergasan dan seterusnya dapat memberi kesihatan yang sempurna. Sukan adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang meningkatkan kecergasan badan dan keupayaan diri seseorang.
Sukan juga memerlukan orang yang benar-benar sihat dan dapat menahan dengan penuh kesabaran ketika menjalani ujian dan latihan. Tetapi, adakah ini bermakna bahawa mereka yang mempunyai kecacatan fizikal tidak boleh melibatkan diri di dalam acara sukan? Sesungguhnya terdapat orang cedera dan mengalami masalah fizikal dan mereka ini dipanggil orang kurang upaya. Tetapi, ramai juga orang kurang upaya yang sejak lahir lagi mereka sudah ditakdirkan jadi begitu dengan ketentuan yang Maha Esa. Orang kurang upaya telah dipaparkan penuh keberanian dan bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam sukan walaupun fizikal mereka yang agak terhad dan mereka cuba mengatasi masalah fizikal mereka.
Sesetengah orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan penglihatan, cacat fizikal atau pekak iaitu masalah pendengaran tetapi ada di antara yang minat di bersukan. Hari ini dunia telah meniktiraf sukan orang kurang upaya dengan mengujudkan pelbagai jenis acara sukan sehingga ke peringkat yang tertinggi seperti paralimpik. Mereka ini diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan juga dapat mengharumkan nama negara.
Sukan orang kurang upaya semestinya sukan yang bersesuaian dengan keadaan fizikal dan intelek mereka. Walau bagaimanapun, tidak semua sukan orang normal dapat diserta oleh orang kurang upaya kurang kerana kekangan kekangan yang lain.
Di sini penulis ingin memaparkan kisah seorang kurang upaya yang tiada kedua-dua tangan tetapi masih mampu bermain karom. Seperti ramai yang mengetahui bahawa permainan karom adalah dengan mengunakan tangan dan jari sebagai pancaindera utama mengerakkan striker. Kalau sekali imbas di dalam kotak fikiran yang normal begitulah kalau ingin bermain karom. Tetapi hari ini tidak lagi kerana terbukti anggota badan yang lain juga boleh digunakan untuk bermain karom jika kedua-dua anggota tangan tiada keupayaan atau lebih tepat bagi orang yang tidak mempunyai kedua-dua tangan. 
Ini dibuktikan oleh seorang peminat karom di India yang tidak mempunyai tangan tetapi masih mampu bermain dengan baik. Beliau adalah Harshad Gothankar daripada K. J. Somaiya College of Arts and Commerce. Sila lihat video di bawah bagaimana beliau bermain karom dengan hanya mengunakan kaki sahaja. 
Kebolehan yang luar biasa Harshad Gothankar kerana bermain karom tidak mengunakan jari tangan tetapi mengunakan jari kaki.


Komentar penulis:
Minat sebenarnya mengatasi segala-galanya dan tiada alasan atau halangan kepada sesiapa yang ingin melakukan sesuatu walaupun pada zahirnya dilihat sebagai mustahil untuk dicapai di mata orang lain. Seperti peribahasa melayu mengatakan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan." 
Hit: 18 Laman Asal