Siapakah Lelaki Berjubah Putih Di Syria

Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim. 2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam. Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin. Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.
Hit: 37
Laman Asal