NUFFNANG

Tuesday 18 August 2009

GopalaKrishnan PKR (Rakan PAS) yang Melampau & Kurang Ajar !

GopalaKrishnan PKR (Rakan PAS) yang Melampau & Kurang Ajar !

Dr Novandri Hasan Basri

Kita tentu kecewa dan marah dengan tindakan Gobalakrishnan Naggapan , ahli Parlimen Bagan Serai, yang menampar seorang pegawai keselamatan semasa beliau membuat kecoh di penamaan calon Permatang Pasir.

Yang menambah marah kita ialah beliau telah menampar pegawai yang berada di belakang pegawai-pegawai yang cuba mengawal beliau daripada bertindak lebih agresif.

Kita juga tentu marah apabila seorang pemimpin dari kaum lain menampar orang Melayu, kaum kita sendiri. Mungkin ianya satu kebetulan tetapi sentimen kaum lain menampar kaum Melayu mungkin boleh menghasilkan kesan negatif yang tidak enak di antara kaum-kaum di negara ini.



Tidak mungkin orang yang bergelar Melayu termasuk orang Melayu di parti pembangkang, tidak berasa apa-apa walau secubit pun apabila melihat tangan seorang kaum lain singgah di pipi seorang Melayu.

Tetapi penulis tahu bahawa orang Melayu di negara ini cukup penyabar dan tinggi tahap budi bahasa serta hormat kita kepada kaum-kaum lain di negara ini.

Cuma penulis beranggapan bahawa Gobalakrishnan ketika itu sudah 'naik angin' dan mula memikirkan beliau sebagai hero di dalam filem tamil yang biasa kita tonton di dalam televisyen.

Beliau merasakan bahawa beliau terlalu kebal, 'above the law' dan tidak ada sesiapa pun yang sempat merakamkan kelibat beliau ketika itu.

Tetapi rakaman video di atas jelas menunjukkan bahawa tangan beliau sudah hinggap ke muka pegawai keselamatan yang berada jauh daripada beliau!

Inilah contoh perwatakan dan kebiadapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang PKR yang bersahabat karib dengan parti PAS.

Mereka jelas tidak berwibawa, tidak layak bergelar YB dan tidak mempunyai tahap kewarasan yang tinggi sebagai contoh yang baik untuk rakyat.

DAN jika ada di antara kita yang 'bersimpati' kepada beliau kerana sikap kurang ajar beliau, anda bolehlah 'menyumbang dana terus ke akaun GopalaKrishnan iaitu CIMB Bank Acc No : 08210001377527'.

Atau, jika ada sesiapa yang mempunyai ekses ke akaun Gopala Krishnan, mungkinkah kita akan mendapat maklumat yang 'mengejutkan' atau sponsorship daripada pihak-pihak yang tiada kaitan dengan parlimen beliau?


No comments: