NUFFNANG

Tuesday 18 August 2009

GopalaKrishnan PKR (Rakan PAS) yang Melampau & Kurang Ajar ! Cisss berani kau tampar orang MELAYU dan Islam gopal!!!?

GopalaKrishnan PKR (Rakan PAS) yang Melampau & Kurang Ajar !

Dr Novandri Hasan Basri

Kita tentu kecewa dan marah dengan tindakan Gobalakrishnan Naggapan , ahli Parlimen Bagan Serai, yang menampar seorang pegawai keselamatan semasa beliau membuat kecoh di penamaan calon Permatang Pasir.

Yang menambah marah kita ialah beliau telah menampar pegawai yang berada di belakang pegawai-pegawai yang cuba mengawal beliau daripada bertindak lebih agresif.

Kita juga tentu marah apabila seorang pemimpin dari kaum lain menampar orang Melayu, kaum kita sendiri. Mungkin ianya satu kebetulan tetapi sentimen kaum lain menampar kaum Melayu mungkin boleh menghasilkan kesan negatif yang tidak enak di antara kaum-kaum di negara ini.



Tidak mungkin orang yang bergelar Melayu termasuk orang Melayu di parti pembangkang, tidak berasa apa-apa walau secubit pun apabila melihat tangan seorang kaum lain singgah di pipi seorang Melayu.

Tetapi penulis tahu bahawa orang Melayu di negara ini cukup penyabar dan tinggi tahap budi bahasa serta hormat kita kepada kaum-kaum lain di negara ini.

Cuma penulis beranggapan bahawa Gobalakrishnan ketika itu sudah 'naik angin' dan mula memikirkan beliau sebagai hero di dalam filem tamil yang biasa kita tonton di dalam televisyen.

Beliau merasakan bahawa beliau terlalu kebal, 'above the law' dan tidak ada sesiapa pun yang sempat merakamkan kelibat beliau ketika itu.

Tetapi rakaman video di atas jelas menunjukkan bahawa tangan beliau sudah hinggap ke muka pegawai keselamatan yang berada jauh daripada beliau!

Inilah contoh perwatakan dan kebiadapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang PKR yang bersahabat karib dengan parti PAS.

Mereka jelas tidak berwibawa, tidak layak bergelar YB dan tidak mempunyai tahap kewarasan yang tinggi sebagai contoh yang baik untuk rakyat.

DAN jika ada di antara kita yang 'bersimpati' kepada beliau kerana sikap kurang ajar beliau, anda bolehlah 'menyumbang dana terus ke akaun GopalaKrishnan iaitu CIMB Bank Acc No : 08210001377527'.

Atau, jika ada sesiapa yang mempunyai ekses ke akaun Gopala Krishnan, mungkinkah kita akan mendapat maklumat yang 'mengejutkan' atau sponsorship daripada pihak-pihak yang tiada kaitan dengan parlimen beliau?

source : novandri.blogspot.com


APA AGENDA PROVOKASI GOPALAKRISHNAN DI PENAMAAN CALON PERMATANG PASIR?
Contributed by zorro on Tuesday, August 18 @ 12:00:17 MYT
Topic: Berita



Penamaan calon bagi PRK Permatang Pasir pada asal nya telah berjalan dengan amat lancar. Malah tiada satu perkara pun yang kita kira boleh mencacatkan keadaan tersebut. Penyokong Pas dan penyokong UMNO bergerak dan mengiring calon mereka dengan cukup tertib!



Tetapi malang, segala nya berubah disaat-saat akhir acara penamaan calon tersebut bila secara tiba-tiba Gobalakrisnan muncul dengan pembesar suara dan mula menjerit-jerit macam orang kurang akal sambil disambut oleh sebahagian penyokong Pas!!



Pihak polis bertindak cepat untuk meredakan keadaan tersebut kerana dikhuatiri akan berlaku provokasi terhadap penyokong Barisan Nasional.

Malang nya selepas beberapa kali dinasihatkan oleh polis Gobala terus berdegil sehingga mamaksa polis bertindak untuk menahan nya. Semasa ditahan Gobala bertindak dengan lebih ganas termasuk dengan menampar seorang anggota polis!!!!

Kita cuma terfikir, apa perlu Gopala bertindak begitu?? mengapa dia perlu membuat provokasi sedang kan keadaan ketka adalah aman?? apakah dia ada agenda tersembunyi untuk menimbulkan kacau bilau?? apa perlu dia melawan polis dan bertindak dengan lebih ganas bila ditahan termasuk menampar polis?? apa kah itu juga provokasi untuk menaik kan kemarahan penyokong-penyokong pas sehingga mencetus kan ketengangan???


Mungkin semua itu telah dirancang dari awal...!! dan kita harap pihak polis akan menyiasat apakah motif sebenar Gobala membuat provokasi sedemikian rupa! Dan orang seperti ini sepatut nya dikenakan tindakan yang tegas!


Sesungguh nya apa yang telah dilakukan oleh Gopala itu bisa menjadi api yang mampu membakar keamanan yang sedang kita kecapi sekarang!

tolong jangan bermain api wahai Gopala!!!

source : www.isuhot.com

JANGAN BAWA BALA SI GO BALA

Menonton si Bala melempang polis semalam, naik juga darah saya kerana ia memaparkan Ahli Parlimen yang sepatutnya tahu undang-undang membuat sesuatu terhadap polis. Kurang ajar dan melampau.

Gunalah otak sedikit dan berlakonlah sebagai Ahli Parlimen bukan samseng yang mahu menunjukkan kekuatan kepada anggota keselamatan.

Jika marah sekalipun, jagalah tatasusila kerana si Bala ini mahu dipanggil sebagai Yang Berhormat. Lainlah memang berniat untuk mewujudkan ketidaktenteraman. Semua orang tidak suka tingkah laku anda. Kurang ajar dan melampau.

Saya nak ingatkan si Bala ini fikirlah tindakan kamu itu kerana kini seluruh rakyat Malaysia sudah melihat tingkah laku kamu yang kurang ajar kepada anggota keselamatan. Jika kamu samseng jalanan lainlah, tapi kamu Ahli Parlimen.

Ingat-ingat kita sedang memerhati kamu.

Jangan jolok sarang tebuan. Nanti kena sengat, bahaya tu.

source : duniatiger.blogspot.com


Pengundi Padang Serai kecewa sikap Gobalakrishnan

PADANG SERAI: Beberapa pengundi di Padang Serai melahirkan rasa kesal dengan sikap Ahli Parlimen mereka, N Gobalakrishnan, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menimbulkan kekecohan semasa penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam semalam.

Seorang pengusaha pengangkutan di sini, Sarjit Singh, 45, berkata wakil rakyatnya itu seolah-olah mahu menjadi juara dengan tidak menghormati polis dan undang-undang negara.

"Kelakuannya seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan sebagai seorang Ahli Parlimen dia ingat boleh buat apa sahaja," kata Sarjit yang mengakui pernah membantu Gobalakrishnan semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Merbau Pulas, Che Halijan Hassan, 45, berkata Gobalakrishnan sepatutnya menunjukkan contoh budi pekerti yang baik supaya rakyat dapat menghormatinya.


"Tetapi tindakannya menimbulkan rasa marah dan kecewa kami di sini," katanya.

Che Halijan berkata, Gobalakrihnan juga sukar ditemui malah jika dihubungi beliau akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak berjumpa rakyat.

Pengerusi Rumah Ibadat Hock Teik Cheah Sin, Taman Selasih, Kulim, Tang Hiang Lai, 48, pula berkata bahawa tindak-tanduk Gobalakrishnan telah merendahkan maruah penduduk Padang Serai kerana mereka seolah-olah memilih wakil rakyat yang hanya pandai buat kacau.

Hari ini Gobalakrishnan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam kerana dituduh menghalang tugas penjawat awam. - Bernama





No comments: