NUFFNANG

Wednesday 12 August 2009

MB dan Exco Pakatan Selangor tidak boleh pakai

Siapa pun MB dan Exco Pakatan Selangor tidak boleh pakai

Contributed by citrawaras

Janganlah kita terlalu gembira sangat dengan kemelut politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Ada antara kita pula mahu pemimpin tertentu mereka dihentikan dan digantikan pula dengan pemimpin tertentu.

Kita harus sedar betapa susah rakyat menghadapi ketidak tentuan masa depan mereka dibawah Pakatan Rakyat. Hanya untuk mengurus pun tidak berupaya. Inikan pula untuk membawa pembangunan dan manarik pelaburan.
Sesiapa sekali menerajui Selangor dan duduk dalam barisan Exco Pakatan Rakyat tidak boleh diharap mentadbir dan membangunkan negeri. Rakyat dilalaikan dengan politik dan disusahkan oleh kelemahan pentadbiran.

Khalid Ibrahim

Kemelut mutakhir ini boleh kita mulakan seawal mereka mula memerintah tetapi kita hanya kaji dari mula cadangan Azmin Ali menuntut dirombak barisan pentadbiran negeri.

Langsung melenting Ronnie dan Theresa Kok mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau ikutkan ada kebenaran apa yang dikatakan.

Khalid memang lemah dalam mentadbir negeri. Dia sangat lembab dalam membuat keputusan. Sudahlah itu, lama sangat. Asyik nak kaji saja. Nampak sangat dia tidak tahu menahu perihal yang berlaku dalam negeri dan di bawah sana.

Memang dia hebat sebagai tokoh korporat, tetapi ini bukan pentadbiran perniagaan. Ini pentadbiran awam yang melibatkan orang ramai dan bukan melibatkan untung rugi yang tak kira apa.

Khalid pun lemah dalam mengurus kestabilan politik negeri. Apa yang berlaku adalah percaturan Azmin untuk menggulingkannya dari jawatan Menteri Besar disebabkan kelemahan pengurusan politiknya?

Bila Ronnie dan Theresa melenting, nampak sangat Khalid yang lembab dan gagap ini seolah-olah memenuhi agenda mereka. Jika Nizar dahulunya boneka DAP di Perak, Khalid pula boneka DAP di Selangor. Ronnie dan Theresa pula Ngeh dan Nga untuk Selangor.

Azmin Ali

Orang kata Azmin lebih hebat sebagai Menteri Besar. Betulkah gitu? Betulkah Azmin itu boleh menjadi pentadbir?

Kalau setakat pengalaman berpolitik, belum menjamin keupayaan mentadbir. Khalid yang ada pengalaman mentadbir pun nampaknya tidak berdaya lakukan. Inikan pula Azmin yang tidak ada langsung pengalaman selain jadi pembantu politik pada Anwar di Kementeriaan. Politik juga.

Dalam dikatakan dia berpengalaman berpolitik pun, adakah dia akan dapat membawa kestabilan politik untuk mengurus dan membangunkan negeri?

DAP pun agak marah dengan gerak langkah politiknya. Ini memalukan kerana DAP tidak hormat pun Azmin sebagai Naib Presiden PKR.

Naib Presiden parti yang berebut jawatan dengan seorang yang taraf lebih rendah dalam parti pun menjatuhkan martabat Azmin.

Katanya Azmin menggunakan Wee Choo Keong untuk melemahkan Ronnie dan Theresa. Wee pernah dan masih berseteru dengan Lim Kit Siang dan mereka berdua ini adalah penyokong kuat Lim. Kalau Azmin naik, adakah ini menstabilkan kerajaan?

Jika Azmin naik pun, sejarah lama akan terungai ditengah kes liwat Anwar. Kalau didesak-desak, tidak terungkaikah cerita lama isterinya Shamsidar Tahrin? Usik saja Wan Azizah, pecah tembelang semua.

Cerita Shamsidar juga menunjukkan Azmin perasuah. Kroni Anwar, Tong Koi Ong merasuah Azmin dengan memberi gaji bulanan RM10,000 dengan drebar dan kereta kepada Shamsidar untuk jawatan yang tidak perlu datang kerja.

Hasan Ali

Dalam keadaan politik Selangor tengah huru hara, timbul pula Dato Dr Hasan Ali menuntut Ronnie berundur atau diundurkan. Memang ramai tengah marah dengan Ronnie. Sukalah bila Hasan Ali kata demikian. Zulkifli Nordin pun ikut memberi sokongan.

DAP memang tidak sukalah. Yang anihnya, rakanya dalam PAS, Khalid Samad pun tidak menyokong tetapi mengkritik Hasan pula. Khalid adalah AP Shah Alam yang menyokong nama Allah diguna untuk gereja Kristian. Sekarang ni, exco PKR Dr Xavier sudah tuntut satu gereja untuk satu Masjid. Diberi muka, naiklah kepala mereka.

Berbalik, kesalahan Ronnie adalah kerana campurtangan urusan Majlis Bandaraya Shah Alam dalam menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang.

Undang-undang MBSA jelas arak tidak boleh dijual kepada orang Islam. Walaupun beer bukan tertakluk di bawah lesen liquor tetapi pada orang Islam ianya tetap arak. Shah Alam adalah kawasan majoriti Melayu dan khusus di situ, peraturan berkaitan dengan hal rumah urut, lesen liqour, lesen beer dan lain-lain urusan yang dilarang Islam agak ketat. Sepatutnya ia dihormati.

Ini tidak. Ronnie pula tanpa segan dan silu menunjukkan kedegilannya dengan menyatakan exco lebih berkuasa dari Majlis. Kepala ‘gangster’ ini kena faham bahawa kuasanya tertakluk pada undang-undang dan peraturan-peraturan tertentu dan bukan sesuka hatinya.

Hasan ini pulak suka bercakap. Adakah murai ini viable dari segi politik sebagai alternatif kepada Khalid dan Azmin. Kalau bekas pelatih pentadbir-pentadbir di INTAN tidak pandai, dia akan akhirnya di Nizarkan?

Itu pun sudah ada desas desus tidak sedap mengenai Hasan mengumpul komisyen dari projek-projek kerajaan negeri. Sudahlah ADUN DAP menyebat peruntukan pakai 100% dengan menggunakan syarikat-syarikat dan projek kemasyarakatan yang tidak wujud.

Kita tidak payah sokong mana-mana pihak. Semua tak boleh pakai. Exco-Exco pun mereka semua sama juga. Malas nak panjang lebarkan kisah Elizabeth Wong, Rodziah, Yaacob Sapari, Ean Yong, Dr Xavier dan lain-lain. Biar rakyat gugurkan mereka di PRU13.

Kita tumpukan untuk memperbetul, memperkuatkan dan menyatukan UMNO dan BN.


-----------------------------

No comments: