NUFFNANG

Thursday 22 October 2009

Khalid Ibrahim Tak Mengenang Budi!

Khalid Ibrahim Tak Mengenang Budi!




Dr Novandri Hasan Basri

Semasa ditemuramah oleh News Straits Times di Singapura baru-baru ini, Khlaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dengan tanpa segan silu dan tanpa malunya membuka pekung di dada beliau!

Di antara soalan yang ditujukan kepada beliau :

Being an ex-UMNO man?

"I didn't get rewards from UMNO. I got rewards for the work I had done."

(Saya tidak mendapat ganjaran daripada UMNO. Saya mendapat ganjaran daripada kerja yang saya telah lakukan.)

Penulis telah menyangka manusia seperti Khalid Ibrahim akan lupa kepada segala kemudahan dan kesenangan yang telah beliau terima semasa beliau berada di dalam parti UMNO dahulu.

Khalid Ibrahim telah lupa bahawa kemewahan beliau itu bersandarkan pengaruh beliau semasa beliau berada di dalam UMNO.

Beliau perlu ingat bahawa jawatan-jawatan beliau di dalam beberapa GLC juga dipengaruhi oleh platform parti UMNO dan bukan kerana beliau secara individual!

Manusia yang tidak mengenang budi dan kacang lupakan kulit seperti Khalid Ibrahim sepatutnya tidak layak untuk menjadi Menteri Selangor dan tidak dipilih lagi di PRU-13.

Atau pun, mungkin akan berlaku perubahan kerajaan negeri Selangor tidak lama lagi agar Khalid Ibrahim dijatuhkan daripada jawatan beliau hari ini dan agar beliau kembali insaf.

Tapi, jika difikirkan, beliau tidak akan merasa rugi atau kecewa yang amat sangat kerana 'perut' beliau telah penuh di isi dengan kemewahan yang beliau dapat semasa beliau di dalam UMNO dahulu!


mymassa.blogspot.com

No comments: