NUFFNANG

Saturday 17 April 2010

Khalid lied about YBK misdeeds & now PKR is running scared-may even change candidate/Puad - 'Anwar penasihat parti kelentong' / Zaid calon pilihan DAP

Hulu Selangor: Khalid lied about YBK misdeeds and now PKR is running scared - may even change candidate


UPDATE:
rumours are spreading fast that PKR may dump Zaid Ibrahim in favour of another candidate - the unconfirmed report says they got cold feet from ground reports that say they would get a thrashing if Zaid's name is on the ballot...

ORIGINAL POSTING

It was strange that the state government should announce that they would unveil a white paper on YBK and then conveniently forgot to discuss the matter in the state assembly and then say they cannot reveal it...

Apparently the audit report did not show any problems with YBK and that is why they went quiet but the slur was enough to make Datuk Zainal Abidin Sakom, the chairman of YBK upset.

He says the Sate Government is actively defaming YBK and its trustees who have managed the charitable foundation for the last 20 years.

Khalid, a man who should be conversant in the value of commercial land and ways to work land to generate income and fundsis feigning ignorance of the benefits of jointly developing a piece of roadside land for this purpose.

Zainal said the charges about charges on YBK land are also baseless as they are only caveats put in place after a joint venture partner failed to perform.

The YBK chairman also said that the unpaid duty is clearly not YBK's fault as the state refused to accept the payments made

Zainal said Khalid is also pretending not to understand the fact that the foundation cannot carry out a business so it has to set up a company, PYBK Sdn Bhd to raise funds through the development of the land granted to it by the Selangor State Government more than a decade ago... Zainal and another trustee hold one share each as nominee of YBK, the trust deed is in order so Zainal questions Khalid's claim that there is hanky panky



source :marahku


Ekoran pendedahan demi pendedahan bekas pemimpin PKR - Puad 'Anwar penasihat parti kelentong'

KUALA LUMPUR 16 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar digelar penasihat 'parti kelentong rakyat' berhubung sikapnya yang gemar berbohong untuk meraih perhatian rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, gelaran itu amat sesuai diberikan kepada Anwar ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR sebelum ini yang memperlihatkan sikap sebenar pemimpin tertinggi parti itu.

Jelasnya, pendedahan tersebut membuktikan Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Inikah pemimpin yang kita inginkan untuk memimpin negara? Sedangkan telah terbukti yang dia hanya tahu berbohong untuk merebut kuasa.

"Oleh itu, dengan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Ezam, rakyat perlu sedar dan buka mata bahawa Anwar memang tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin tertinggi negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor mendedahkan bahawa beliau tidak pernah melihat dan mengetahui isi kandungan kotak rahsia milik bekas ketuanya itu, yang dikatakan mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ezam, dia hanya menggunakan isu tersebut sebagai modal ceramah politiknya apabila diarahkan oleh Anwar untuk menghebahkan kepada rakyat di seluruh negara.

Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pendedahan Ezam itu bukan sesuatu yang mustahil kerana sejak dahulu Anwar sering menggunakan taktik yang sama untuk mengelirukan rakyat.

"Semasa berada dalam tahanan, dia pernah mendakwa diberikan suntikan racun arsenik sedangkan sehingga sekarang saya lihat dia masih lagi hidup.

"Ini terbukti yang dia memang sengaja mengada-adakan cerita untuk mengelirukan rakyat dan menakutkan kerajaan dengan mengatakan bahawa dia menyimpan banyak rahsia kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad turut mempersoalkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin tertinggi PKR, sehingga menyebabkan sembilan ahli Parlimen parti itu mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas.

Menurutnya, tindakan meninggalkan parti yang diambil oleh kesemua bekas ahli parlimen PKR itu menunjukkan mereka telah mula melihat tembelang sebenar Anwar.

"Sejak PKR memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya yang lalu, ia bukan menjadikan mereka bertambah kuat malahan semakin lemah.

"Mereka yang keluar daripada PKR ini pula bukan tidak bagus dan tiada kredibiliti namun mereka keluar kerana telah nampak karakter sebenar Anwar," katanya.

source : utusan


Zaid calon pilihan DAP

HULU SELANGOR 16 April - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor disebabkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan calon pilihan DAP.

Bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, Penasihat PKR itu menjadikan Zaid sebagai taruhan politiknya untuk meraih sebanyak mungkin undi daripada kaum bukan Melayu di Hulu Selangor.

"Langkah tersebut dengan harapan DAP akan membantu PKR meraih undi kaum Cina pada pilihan raya kecil itu, semua ini menunjukkan Anwar sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyakiti pemimpin PKR lain dalam parti dengan mengikut sahaja telunjuk DAP.

"Bagi Anwar, DAP adalah keluarga angkatnya ketika ini kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh sanggup menjadi peguambelanya dalam kes liwat.

"Jangan lupa bahawa ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkrisis dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Anwar memilih untuk menyebelahi Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pemilihan Zaid oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagi mewakili PKR menentang calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Nazmi berkata, keputusan Anwar memilih Zaid juga menunjukkan beliau meneruskan budaya calon 'payung terjun' dalam PKR.

Sebagai bukti, dakwanya, pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ramai ahli Parlimen PKR adalah calon 'payung terjun' kerana mereka bukanlah berasal dari kawasan tersebut ataupun pernah memegang sebarang jawatan rasmi di cawangan yang mereka wakili.

"Antaranya ialah Gwo-Bourne Loh (Kelana Jaya), S. Manikavasagam (Kapar), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang," dakwanya.

Beliau berkata, keadaan itu jelas membuktikan Anwar terlalu mementingkan diri sendiri.

"Ramai lagi pimpinan PKR yang sudah lama setia dengannya tidak diberikan peluang untuk bertanding di Hulu Selangor, malah Anwar seolah-olah tidak pedulikan kesetiaan mereka sehingga ada antara mereka yang tidak puas hati tetapi takut untuk bersuara," katanya.

Selain itu, dakwanya, pemilihan Zaid sebagai calon juga menjadi beban kepada Pas kerana Zaid suatu ketika dahulu pernah menyaman Pas Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud.

"Anwar tidak mempedulikan hati dan perasaan pimpinan Pas ketika ini. Apa yang penting Anwar mahu membuat keputusan politik menjadikan Zaid sebagai taruhan untuk meraih sebanyak mungkin undi bukan melayu di Hulu Selangor," dakwanya.

source : utusan

No comments: