NUFFNANG

Wednesday 14 August 2013

Panas...!!! Anwar Hina Mahkamah Tolak Petisyen, Sindir Hakim Masuk Kuliah Semula?

Panas...!!! Anwar Hina Mahkamah Tolak Petisyen, Sindir Hakim Masuk Kuliah Semula?


Anwar Ibrahim terus memperlekehkan badan kehakiman dan menggesa hakim-hakim untuk “masuk kuliyah semula” kerana didakwa kurang arif dalam menolak petisyen Pilihan Raya Umum ke-13.

"Keputusan hakim sangat mengaibkan nama baik dan status badan kehakiman kita,” kata Anwar pada sidang akhbar hari ini.

"Pertama menolak dengan asas paling tak bertanggungjawab. Bayangkan, mereka tolak semata-mata orang yang mengemukakan petisyen itu tak datang,” kata beliau.

“Saya berpuluh-puluh kes tak pernah bawa sendiri, semua melalui peguam. Ini paling tak munasabah. Hakim patut masuk kuliyah semula,” kata Anwar.


Kalau mahkamah & hakim buat keputusan menyebelahi mereka, punya la dipuji hakim telus dan keputusan tepat dan tidak dipengaruhi kerajaan .

Tetapi kalau menolak petisyen PRU13 seperti ini , bukan main lagi mereka menghina badan kehakiman . Petisyen BN pun ada ditolak seperti di Lembah Pantai tapi ada ke UMNO/BN menghina institusi kehakiman ini.

Inilah manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim..!!! Meroyan tak tentu pasal! Otak letak kat kepala lutut?

Suara Politik


Belantan

No comments: