NUFFNANG

Thursday 16 January 2014

PANASS !! PKNS SAHKAN KHALID BUANG AZMIN

PANASS !! PKNS SAHKAN KHALID BUANG AZMIN



Nampaknya kemelut dalaman pkr sampai kemuncak apabila azmin Ali di gugurkan
dari pkns.khalid sebelum ini tidak mengaku bahawa beliau membuang azmin
sebaliknya menuduh lembaga pkns punya angkara.

Namun hari ini pkns mengeluarkan kenyataan bahawa ini semua angkara khalid dan
barisan exconya..

Baca laporan dibawah.


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendakwa keputusan untuk menamatkan
khidmat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah
PKNS dibuat oleh Mesyuarat Exco Selangor dan bukannya keputusan daripada
kepimpinan tertinggi PKNS.

Melalui satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata,
 jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu dan dibuat selaras
dengan mesyuarat Exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

"Merujuk kepada isu jawatan Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS yang
dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat
bertarikh 8 Januari 2014 kepada beliau bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan
beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN)
Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di
tangan MMKN (Mesyuarat Exco) dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan
klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan
yang mengatakan pengguguran Azmin ada kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dijadualkan Mei ini.

Abdul Khalid berkata, ini kerana keputusan tersebut pada permulaannya tidak dibuat
oleh kerajaan negeri sebaliknya oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

"Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan
parti. Exco tidak buat keputusan itu," katanya.

Terdahulu PKR Selangor sebelum itu menuntut penjelasan Khalid berhubung pengguguran
Azmin itu atas alasan mereka tidak dimaklumkan awal dan ia bertentangan dengan
keputusan kongres PKR tahun lalu yang memutuskan semua lantikan politik, termasuk pengguguran perlu mendapat sokongan parti.

source : medan tempur kedah

No comments: