NUFFNANG

Wednesday 5 February 2014

NAK TAHU PENJELASAN SEBENAR TUJUAN ANWAR PAKAI JERSI SELANGOR..?

PENJELASAN SEBENAR TUJUAN ANWAR PAKAI JERSI SELANGOR..?

Tak pernah pulak tengok dia pakai Jersi Penang ke.. Jersi Perak ke... Tetiba pakai jersi Selangor ni apahal? Desperado sangat nak "beli jiwa" orang Kajang nihhhhh... Wayang kuatttt...
Amboi.. bukan main sedap lagi Anwar Berahim pekena KJ... Hahahahaaa... mentang-
mentang la KJ tu jadikan Anwar sebagai "mentor", sedap je dia "bahan" KJ... Muahahahaa.. 
elok la tu... balun "bakal menantu tak jadi"... Kah! Kah! Kah!

KJ balun Anwar kat Twitter. KJ kutuk Anwar pakai jersi Selangor. Dia kata... Anwar 
desperate nak jadi orang Selangor! Kah! Kah! Kah! Tak betul ke sindiran KJ tu? 
Kalau saya jadi Anwar.. memang saya malu sebab betul-betul tepat kena di dahi sendiri..!

Tapi mungkin Anwar ni jenis muka tembok tak tahu malu, dia kaki spin punya orang...
maka dia putar alam sindiran KJ tu... Dia pun balun KJ balik... Anwar kata...

"Menteri (Belia dan) Sukan tanya saya kenapa saya pakai jersi Selangor apabila 
saya dari Pulau Pinang. Saya nampak orang pakai jersi Manchester (United)… adakah 
mereka dari Manchester?,"

 "Saya turut tinggal di Kamunting selama dua tahun,"

 "Saya juga pernah tinggal di Selangor selama berpuluh-puluh tahun,"

Maka riuh rendah la orang Kajang dengar kata-kata Anwar tu... Satu dewan 
komuniti gelakkan KJ..Member saya kata, ada sorang pakcik tu sampai goyang-
goyang kepala gelakkan KJ... seronoknya dia... Hahahahaaaa...

Seronok ye? Betul laaaa.. memang lemah IQ puak penyokong Pakatan Haram ni... 
benda macam tu pun tak boleh fikir dengan baik...

KJ kata tu memang tepat. Dan apa yang Anwar kata tu memang "sampah"... 

Anwar kata dia dah berpuluh tahun duduk di Selangor. Pernah duduk di Kuala 
Kangsar dan Kamunting, Perak. Mak bapak Anwar pun dari Penang. Anwar sendiri 
pun Ahli Parlimen dari Penang...

Soalannya, ada pernah nampak Anwar pakai jersi Perak? Jersi Penang? Selama 
berpuluh tahun Anwar duduk kat Selangor tu, pernah nampak dia pakai jersi Selangor?

Ehhh..!!! Tiba-tiba je pakai jersi Selangor ni apahal? Haaaa... dah tentu la sebab 
ia nak jadi bertanding kat Kajang! Nak jadi ADUN Kajang, kan? Sebab tu la 
KJ cakap dia "desperado" nak jadi rakyat Selangor.. Sampai sanggup pakai jersi 
Selangor bebbb..! Gila desperate..!!!

Saya ada jersey Man U. Saya ada jersi rugby All-Black. Original saya beli hasil 
"menabung dari kecik"... Tapi saya pakai jersi-jersi tu tak semestinya sebab saya 
nak jadi orang Manchester United atau jadi orang New Zealand, kan? kan? kan?

Paling jelas, saya takkan la nak bertanding jadi ADUN kat Man U atau New Zealand! 
Heh! Gila ke apa?

Berbanding dengan apa yang dibuat Anwar, maka nampak jelas beza tujuan pemakaian 
jersi tu. Jadi, betullah sindiran KJ tu tepat! Abis tu yang pakcik tu gelak sampai 
terhinggut-hinggut kepala tu apasal? Gelakkan Anwar atau gelakkan KJ? Heh! 

Siapa yang wajar ditertawakan sekarang? Siapa yang betul dan siapa yang salah? 
Siapa yang bijak dan siapa yang bodoh? Itulah bezanya IQ budak UM lulusan sastera 
cukup-cukup makan berbanding otak Oxford! Heh!

Saya ni bukan la sokong ideologi KJ. I'm not interested pun kat KJ tu atas sebab-sebab 
tertentu. Malah memang saya anti-KJ dalam UMNO pun. Tapi itu tidak bermaksud 
saya tak setuju dengan pandangan KJ dalam hal ni... 

Kalau KJ salah dari kacamata saya, memang saya tibai dia..kalau dia betul, maka dia 
betullah. Adil la sikit bila menulis tu, kan? Yang benar maka benarlah dia.. kalau dia salah 
pun kita nak kata dia benar, maka tu dah jadi "something wrong" tu... kena "beli" ke? 
Hehehee... larikkkkk..!!!

No comments: