NUFFNANG

Friday 14 February 2014

RAKAN BAIK PAS DAN PKR ! KARPAL SINGH PERNAH BERJAYA MURTADKAN SEORANG WANITA ISLAM!!!

KARPAL SINGH PERNAH BERJAYA MURTADKAN SEORANG WANITA ISLAM!!!


Selain daripada terkenal kerana ditampar oleh seorang lelaki Melayu dari Selayang yang bernama Kiai Arsyad, Karpal Singh juga pernah terkenal dengan kejayaannya mengeluarkan seorang wanita Islam daripada agama yang dianutinya dan memasukkannya ke dalam agama Kristian.

Kes ini mungkin tidak begitu terkenal dan kurang diingati. Malahan, kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat sekarang ini, terutama sekali yang beragama Islam dan berbangsa Melayu-Bumiputera, langsung tidak tahu atau pura-pura tidak tahu atau boleh jadi juga membuat kesimpulan, semua itu hanyalah SEJARAH semata-mata.

Majalah MUSLIMAH Bil. 51, Oktober 1990 telah menyiarkan satu artikel berjudul, 'Noor Baizura-Natrah Kedua' yang memperincikan tentang 'KEJAYAAN' Karpal Singh yang sangat terkenal dengan sikap anti-Melayu dan anti-Islamnya.

Kes tersebut bermula apabila Abdullah Kalbi dengan Noor Baizura yang nama asalnya adalah HARJEET KAUR pada 24 Januari 1990. Noor Baizura telah memeluk Islam pada hari perkahwinannya. Ketika itu, Abdullah telah berusia 30 tahun manakala Noor Baizura pula berusia 18 tahun.

Dari segi undang-undang Noor Baizura sudah bebas memilih agamanya sendiri dan tidak lagi memerlukan kebenaran ibu bapanya.

Bagaimanapun, bapa Noor Baizura menuduh anaknya 'telah dimurtadkan' dari agama Kristian dan tidak berpuas hati lantas mengambil tindakan undang-undang. Karpal Singh merupakan peguam yang digunakan oleh bapa Noor Baizura dalam kes ini.

Kes berkenaan pada awalnya... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE
source : the flying kick

No comments: