NUFFNANG

Wednesday 4 June 2014

PANASSS !!! Mohd Amar Jawab Gobind : Hudud Bukan Punca Dyana Kalah

PANASSS !!! Mohd Amar Jawab Gobind : Hudud Bukan Punca Dyana Kalah

AIDCNews – 4/6/14 – Kerajaan PAS Kelantan menyelar DAP apabila mengaitkan isu pelaksanaan hudud sebagai punca kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, punca sebenar DAP tewas adalah kerana pengundi Cina memprotes pemilihan calon Melayu iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bagi mewakili parti itu.
“Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina juga. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia.
“Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain,” katanya, kepada pemberita selepas merasmikan SeminarPerdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Bharu, Rabu, lapor Bernama.
Semalam, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo dalam kenyataan medianya meletakkan faktor hudud yang dibangkitkan PAS sebagai faktor kekalahan Dyana Sofya.
“Kebanyakan mengandaikan punca kekalahan itu disebabkan jumlah pengundi keluar mengundi rendah tetapi terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira.
“Saya berpendapat bahawa kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi menyumbang yang ketara terhadap kekalahan kami di Teluk Intan.
“Ketika PAS bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan kami dalam DAP sepanjang kempen tersebut, yang mana kita hargai, (namun) mereka (PAS) berdiri teguh walaupun ketika tempoh kempen, bahawa mereka akhirnya akan melaksanakan hudud,” katanya dalam tulisan bertajuk “ Considering the Hududfactor in Teluk Intan loss,” disiarkan The Roket.
Menurutnya, walaupun DAP memilih calon yang tepat, Dyana Sofya dan parti bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkannya, namun faktor calon dan visi masa depan tidak boleh memadamkan keraguan pengundi terhadap hudud.
“Kita mesti kembali kepada asas. Kita mesti berani dan menangani masalah-masalah ini sekarang. Jika kita gagal untuk menanganinya , kesan-kesan yang timbul daripada ketidakupayaan kita itu, pada fikiran saya akan menjadi lebih bencana pada masa depan,” tegasnya.
Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mengalahkan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi.

source : aidc

No comments: