NUFFNANG

Thursday 27 November 2014

Shahrizat berjaya ketengahkan suara teramai tentang Akta Hasutan

Shahrizat berjaya ketengahkan suara teramai tentang Akta Hasutan



Memetik dari House PK SINI, Dato Shahrizat Jalil menyuarakan permintaan mengekalkan Akta Hasutan:

Saya berharap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta kabinet akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Jangan menang sorak hari ini kampung digadai pada hari esok. Nanti jika tangis air mata darah sekalipun, kampung tidak akan kembali lagi," Kak Jat aka Dato Seri Shahrizat Jalil

Semalam, ketiga-tiga sayap UMNO turut menyuarakan permintaan sama yang dimulakan Dato Shahrizat.

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Ketiga-tiga sayap pergerakan UMNO hari ini sebulat suara mahu Akta Hasutan dipertahankan dan jika perlu ditambah baik, roh, semangat serta kuasa akta tersebut mesti dikekalkan untuk dijadikan perisai bagi masyarakat berlindung.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan bukan profesional daripada berbilang kaum turut bergabung tenaga menggerakkan kempen mengumpul sejuta tandatangan menggesa kerajaan supaya tidak menghapuskan akta tersebut.

Baca sepenuh di Utusan SINI 

Kalau dah tiga sayap bersuara dan Wanita mahu usahakan kumpul satu juta tandatangan, alahai Bar Council .... 3 ribu tandatangan tu baik simpan. Nak buat usual ke Parlimen? Kah kah kah ....

Syabas Dato Shahrizat yang telah perjuangkan sesuatu kerisauan yang begitu melebar sekali. Hairan kenapa ada pegawai di pejabat besar di Putrajaya boleh timbulkan ide Akta Harmoni tanpa memahami apa difikirkan rakyat.

Mamat ni atau mungkin sekali lebih sesuai dipanggil Minah jika tidak dikatakan serba boleh ni jalan atas bumi atau terbang di awan?  

Pengumuman Dato Ahmad Zahid Hamidi untuk dibina firewall elok untuk menahan pihak-pihak yang salahguna pelbagai platform sosial media di Internet untuk hina menghina kaum dan ugama lain. Firewall itu harus diapplikasi berdasarkan undang-undang hasutan.

Bila dah hina menghina kaum lain dan ugam alain dari kita, akhirnya akan timbul benci membenci dan huru hara. Adakah itu hajat puak seperti RBA mahu lihat berlaku terhadap negara ini?

Dulu tak berlaku macam gini. Ini semua sejak DAP begitu kuat dan berpengaruh ke atas Pakatan Rakyat maka berlaku tindak tanduk tidak beradab dan sopan sedemikian.
source : the unspinners

No comments: