NUFFNANG

Wednesday 19 November 2014

TUANKU SULTAN PAHANG MURKA, KSP MINTAK AMBIK PERHATIAN!!!

Jika sebelum ini, ada pihak mula mempertikaikan peranan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara yang didakwa 'Untouchable' yang paling lemah menguruskan akaun. (KLIK SINI)

Mungkin ada pihak yang salah anggap. Tapi itulah hakikatnya. Isu yang berkaitan dengan dana peruntukan mendalamkan Sungai Bertam yang diluluskan sebanyak RM 40juta sebelum ini masih terperam.

Sehingga hari ini, dana yang diluluskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri tahun lepas. Setakat hari ini baru keluar sebanyak RM 2juta untuk melantik konsultan dan buat design.

Perkara itu juga turut dibangkitkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang sewaktu mengadakan lawatannya ke Cameron Highland bersama - sama MB Pahang dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Tuanku turut bertitah meminta supaya pihak Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses melantik kontraktor dan menyegerakan projek yang telah diumumkan sebelum ini.
 "Kerajaan Persekutuan mesti bekerjasama dalam hal ini bersama dengan Kerajaan Negeri kerana akhirnya yang akan dipersalahkan ialah Kerajaan Negeri," titah Tuanku.
Menurut sumber, Bajet sebanyak RM 40juta itu dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa. Kontraktor akan dibuat secara terbuka.

Selain itu KDYMM Tuanku turut bertitah agar proses pemindahan penduduk yang tinggal di Sungai Bertam dari kawasan yang berisiko ke tempat yang selamat dibuat dengan segera.

Berkaitan dengan isu pencerobohan tanah haram pula, Tuanku menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh melebihi undang - undang dan tindakan tetap akan diambil.
 "Sekiranya ada dakwaan mengenai 'surat kuning', tolong sahkan dengan Kerajaan Negeri atau boleh berjumpa terus. 
 "Cameron Highland is a beautiful place, jangan ada sesiapa yang nak merosakkan keindahannya. I love my people," titah Tuanku sewaktu bertemu dengan pihak media selepas melawat kawasan yang mengalami banjir hari ini.
Kesimpulannya, KSP yang duduk di Putrajaya tu jangan ambik ringan pandangan yang telah diberikan oleh Tuanku Sultan Pahang ni. Jangan buat kerja sambil lewa. Penyudahnya nanti, orang lain jugak yang dipersalahkan!!! - Artikel seterusnya...

source : semut hitam

No comments: