Assalamualaikum (tak jawab berdosa tau. Hehe)

Sedang Cik Kemek Facebook Walking tadi @ Blog Walking jugak, terbaca la satu entry ni kat gelakje.com. Sebenarnya dah lama dah Cik Kemek tahu pasal ni. Kalau tak silap, P.Muda @ Pak Sedara Cik Kemek yang bagitahu dulu.

Peringatan yang sangat berguna buat Kaum Hawa especially. Ini semua pasal cermin. Memang tak dapat dinafikan yang Kaum Hawa ni sangat la suka kalau dapat tengok cermin kan. Siap boleh pose-pose ambik gambar lagi depan cermin kan.
Haaa tapi AWAS kaum Hawa sekalian!!

Disebabkan cermin itu juga dapat meranapkan seluruh kegembiraan dan kehidupan kamu. So, Cik Kemek ada banyak kerja nak buat sekarang ni. Apa kata korang semua baca la sendiri entry ni yang Cik Kemek baca dari gelakje.com
Layannnnnn...

ANDA TIDAK KESEORANGAN!! AWAS!!

Berhati-hatilah, khususnya buat kaum Hawa sebab korang mungkin sedang diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tempat-tempat awam seperti tandas awam, bilik hotel, mahupun fitting room..

Apa perasaan korang jika tengah-tengah syok menukar pakaian ataupun apa-apa saja yang korang sedang buat, ada seseorang yang tak dikenali sedang syok jugak memerhatikan korang. Tanpa korang sedari disebelah cermin sana! Mesti tak terkata kan? Yelah, kalau ada orang tak dikenali perhatikan kita time-time biasa pun kita akan rasa semacam je kan. Time tu mula la blushing segala muka kita kan.
Inikan pula disebalah cermin yang kita tak sedar kewujudannya. Tambah gawat bila aksi kita dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia.. Adoyai gimana sih??

Jadi, kita perlu pastikan betul-betul cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah. Cik Kemek pun sekarang ni kalau masuk fitting room selalu check dulu cermin yang disediakan tu. Huhuhu serammmmm....

Ok, mari Cik Kemek ceritakan serba sedikit pasal cermin-cermin ni. Sila la ambik buku catatan dan catat apa yang Cik Kemek yang cakap ni k. ;P

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah cermin yang orang dibelakang cermin tu boleh melihat kita, tetapi kita tak dapat melihat mereka.

PERHATIKAN GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH YE...


Ini cermin 2 hala.
Nak tahu macam mana cermin 2 hala? Bila korang letak jari macam kat dalam gambar, hujung kuku korang akan nampak bertemu dan tiada ruang antaranya jari dan jugak imbasan jari.
So, AWAS! SESEORANG MUNGKIN SEDANG MEMERHATIKAN KAMU!!


Ini cermin biasa.
Cermin yang korang guna dalam bilik untuk menconteng segala jenis debu kat muka. Cermin yang korang guna untuk picit jerawat. Hahaha ;P
Cermin ini bila korang letak jari macam dalam gambar, hujung kuku dan imbasannya akan ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau korang tekan kuat sampai pecah cermin.
So, selamat untuk digunakan dalam apa jua keadaan.

Pesanan yang Cik Kemek boleh bagi ialah berhati-hatilah kawan-kawan blog sekalian terutamanya kepada Kaum Hawa la kan. Kaum Adam kira still consider ok lagi. Hehehe
Bila nak guna cermin awam je, check dulu conditionnya seperti di atas tu ye. Almaklumlah dunia sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Technology is evolve from time to time. Huhuhu

Oklah, apa-apa pun selamat beramal...Hehehe ;)

By: Awenazri
Hit: 29 Laman Asal