KPR3012

KPR3012
cikgu ros

Friday, May 22, 2015

PENGLIBATAN SEPANJANG BERADA DI SMK SERI BEDENA SUNGAI BESAR, SELANGOR








Gambar di atas merupakan penglibatan saya yang pertama pada minggu pertama saya berpraktikum. Saya dan lima orang rakan praktikum yang lain dipertanggungjawabkan untuk membimbing seramai tujuh orang murid untuk menghasilkan satu inovasi baru. Inovasi yang telah dicetus oleh kami ialah penghasilan barangan kraf tangan dan barang mainan daripada banner-banner yang terbuang. Alhamdulillah setelah bertanding kami mendapat tempat ketujuh daripada 14 buah sekolah yang bertanding. Pencapaian ini amat membanggakan kami kerana kami berjaya menghasilkan inovasi yang menarik dan mendapat pengalaman yang menggembirakan.





Program Sambutan Hari Raya Guru dan Murid. Saya bertugas sebagai AJK persiapan tempat. Program ini dapat menjalinkan silaturrahim antara guru dengan murid. Saya juga bertugas untuk melayani anak murid yang datang ke gerai makanan saya.









Program ini merupakan program sempena bulan Kemerdekaan. Saya dan rakan praktikum bermalam di sekolah selama 2 hari dan bertugas sebagai Kem Komandan dan penolong. Saya ditugaskan untuk memantau murid dan memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti tanpa sebarang masalah. Saya mewakili Persatuan Puteri Islam Malaysia sebagai guru penasihat.






Pada kali ini saya menjadi guru pengiring bersama rakan praktikum yang lain bagi Program 10,000 Langkah yang bertemapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Selangor. Kami membawa murid serami 40 orang untuk menyertai larian Amal ini. Saya tidak terkecuali menyertai program ini. 








Majlis perpisahan ini diadakan bagi meraikan kami yang menamatkan praktikum kami pada hari tersebut. Guru-guru menyediakan jamuan yang enak untuk kami rakan praktikum. kami amat menghargainya.



PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS 2KAA


Pengajaran Tatabahasa di dalam kelas


Kenangan seminggu sebelum habis praktikum


Kuiz kata ganti nama


Perbincangan di dalam kelas

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS 4IT


Pembentangan murid di dalam kelas


Perbincangan di dalam kumpulan


Pengajaran berdasarkan Model Koperatif




Pengajaran menggunakan Peta Pemikiran/I-Think

VIDEO PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH




Video ini merupakan sebuah video yang menunjukkan kemudahan ICT di sekolah mampu meningkatkan prestasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Video ini diambil di sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia Ipoh, Perak. Dalam video ini menerangkan kemudahan ICT banyak memberi manfaat kepada sekolah, guru dan murid. Video ini juga menerangkan beberapa kepentingan ICT dan kegunaannya untu pengajaran dan pembelajaran di samping untuk berkongsi maklumat.

PEMBENTANGAN KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR



Pembentangan KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar ini bakal diadakan pada 23 Mei 2015 dan jam 9.30 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari di Bilik E-learning 10, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya selaku panel pertama di dalam kumpulan 6. Kumpulan kami bergabung dengan 3 kumpulan lagi, iaitu bergabung dengan ahli kumpulan AT05B dan AT05F. Tajuk kumpulan seminar kami ialah Aplikasi Kemahiran Berfikir Konvensional, Pengintegrasian Teknologi dan Penyebaran Inovasi dalam Pendidikan. Kumpulan saya merupakan kumpulan pembentang pada slot yang ketiga.

KONSEP PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Bidang pendidikan mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi. Perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlu diubah kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara yang perlu diberi sokongan. Mempelajari cara menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi adalah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.


        Menurut Halimah (2005) konsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian tanpa kelim antara pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum dan stail pembelajaran pelajar.

           Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pdp memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Perkara yang penting dalam integrasi teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

           Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menggunakan paparan multimedia, internet dan perisian interaktif yang kaya dengan teknologi terkini. Untuk memastikan teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. 


PENGENALAN DIRI PANEL



Pengenalan diri panel 1:

Rosliza Binti Ahmad
D20111047611
ISMP Bahasa Melayu
Semester 8


          PENGLIBATAN DI UNIVERSITI

·                     Rakan Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Kolej Za’ba sesi 2011/2012 dan
            sesi 2012/2013
·                     Fasilitator Program Motivasi “Simbiosis Sebuah Impian” SMK
            Kalumpang Tahun 2012 (Fasilitator Bitara UPSI)
·                     AJK Program Gerak Lasak ke Lata Kekabu, Lenggong, Perak 2012 (Kelab
           Wira Mahasiswa)
·                     AJK Makanan Wacana Teori Sastera Melayu anjuran Persatuan Penulis 
            Budiman Malaysia (BUDIMAN) Tahun 2013
·                     AJK PDI Perkhemahan Pandu Puteri Siswi II di SK Sinaran Budi, Rawang
            November 2013 


         PENGLIBATAN DI SEKOLAH

·                     Guru pengiring Pertandingan Hari Projek Inovasi Sekolah Peringkat
            Daerah
·                     Guru Pengiring Larian 10,000 Langkah di Sekolah Menengah
            Kebangsaan Bagan Terap Peringkat Daerah
·                     Urus setia /Statistik Kejohanan Olahraga antara Rumah-rumah Sukan
            2014
·                     AJK Pendaftaran Peserta dan AJK Kostum dan Perbarisan Kejohanan 
            Olahraga antara Rumah-rumah Sukan 2014
·                     AJK Persiapan Tempat Program Sambutan Hari Raya di Sekolah.
·                     AJK Mural di Sekolah
·                     Kem Komanden dan Timbalan Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah 
           2014
·                     Pembantu guru penasihat rumah sukan Jingga
·                     Pembantu guru penasihat Persatuan Puteri Islam
·                     Pembantu guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu
·                     Pembantu guru penasihat Kelab Olahraga