>>sebuah cerita hati<<: Kasih tak berbelah bahagi

Friday, July 31, 2009

Kasih tak berbelah bahagi


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Itching to scribble something.
Dua tiga hari ini fikiran saya sedikit berserabut dan berselirat. Entah mengapa hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Serabut dengan perkara-perkara yang saya sendiri tidak ketahui sindrom atau simptom apakah yang sedang melanda. Macam-macam perkara berlegar-legar di dalam otak.

Apabila dalam keadaan begini, suasana "keakhawatan" benar-benar memberi impak yang besar. Suasana yang mengajak kepada solat fardhu berjama'ah, suasana mengajak kepada solat malam, suasana mentadabbur dan bertalaqqi ayat-ayat al-Qur'an, suasana diten
angkan oleh akhawat dikala keletihan dan kelesuan.

Lagi?


Suasana gurau-senda yang mendamaikan, meleraikan urat-urat yang berselirat tadi. Suasana memujuk supaya berlapang dada dan bersabar, suasana mengajak adik-adik ke arah kheyr. (kebaikan).


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mengajak adik-adik ke arah kheyr?

Ya, mungkin ini salah satu asbab mengapa jiwa ini menjadi agak gundah
minggu ini. Sudah berapa hari wajah insan-insan yang disayangi ini tidak ditatap lama-lama, tidak ditenung dalam-dalam.

Hanya jika sempat pun, bertegur sapa dari jauh, senyum dari jauh. Mereka sibuk, saya juga sibuk. Sibuk dunyawi mungkin.

"Akak, saya mintak maaf sangat. Malam ni ada kuliah ganti. Tak dapat nak join usrah."

"Sorry akak. Petang ni ada koko tenis. Saya tak free."

Bila rasa betul-betul semua free,

"Mintak maaf semua, akak ada kuliah ganti pulak malam ini."

Gedebuk! Macam satu batu berat terhempap di atas ubun-ubun kepala. Dan minggu kembali berputar mengikut edarannya. Eh, dah hari Jumaat hari ini. Ramai adik-adik yang balik. (T_T)

Dipujuk hati supaya bersabar, dibelai jiwa supaya redha. Akhirnya air mata tumpah jua. Allah menguji sedikit, tetapi diri sudah berasa cukup lemah. Berperang dengan pera
saan sendiri.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Dulu, waktu mula-mula ditaklifkan menjaga sebuah "keluarga", diri berazam untuk melakukan yang terbaik, mendidik mereka sebaik mungkin.

Walau diri sendiri tahu sememangnya tidak layak untuk membentuk mereka, melentur mereka. Tetapi, kasih sayang itu, ukhuwwah itu yang masih mengikat kami sehingga kini.

Akhirnya diri terpujuk sendiri. Menyedari ini merupakan SunnatuLlah. Kita tidak akan menjadi perfect. Perjalanan menuju syurga itu bukan macam tangga.

Satu step, then naik mendadak hingga ke satu step. Tetapi ia seperti
memanjat bukit. Gradually, sedikit demi sedikit.

Tetapi kita tidak boleh berhenti mencari kesempurnaan itu! Itqan.
“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan “Itqan” (kokoh, sempurna, arsitektur, indah dsb) tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (27:88)

“Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan dengan sebaik-baiknya (ahsanu)…” (32:7)

Maka perlu bekerja dengan ihsan supaya redha Allah itu dapat kita gapai. InshaAllah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Keluargaku" yang ini. Banyak sungguh dosaku pada mereka. Tersilap kata, tersalah didik. Mungkin tanpa sedar terkadang terpilih kasih, mungkin terlupa untuk menyantuni. Ter itu dan ini. (Er, penyakit "ter" yang patut dihapuskan)


Banyak...Banyak sungguh diri ini belajar daripada mereka. Dan akan terus-terusan belajar. InshaAllah.

I'm not very strong untuk beberapa hari ini. Jauh sekali. Entah mengapa masih mencari-cari semangat yang "hilang" seketika ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Allah sahaja yang tahu betapa perturbed and disturbed nya saya beberapa hari ini. I'm not as strong as people perceive me to be. I try my hardest to be just that. To be strong, biizniLlah.

Lagipun, bila fikir-fikir balik. Apa sangatlah yang telah saya lakukan? Ini baru medan 'amal yang baru picisan. Bukannya diminta untuk berada di saff hadapan medan perang. Itupun perlu bertanya balik pada diri, mampukah?

Ighfirly ya Allah. Ighfirly.

Esok mungkin hati akan sedikit terubat. Mengajar kelas iqra', bertemu dengan kanak-kanak yang masih setahun jagung umurnya. Melihat dan melayan karenah serta keletah mereka. Mungkin itu bisa mengubat hati ini, at least InshaAllah.

Saya rindu "keluarga" saya. Allah, aturkanlah pertemuan kami. Inginku tatapi wajah-wajah kesayangan itu satu persatu. Tidak ada yang tertinggal satu pun! Allahumma ameen~

* Syahdu sahaja bila mendengar lagu "perjuangan" daripada saff-one. Rasa udara semangat itu dihembus sedikit demi sedikit. Cubalah dengar. =) *

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Akhawat Juwairiyyah al-barrah,
Bertemu kita minggu hadapan, InshaAllah.
Aishah Humayra'.
9 Sya'ban 1430 Hijriyyah

Daar el-ma'mur

9 comments:

  1. sy suke kwn2 sy..

    so kwn la rmai2 ye humairah =)

    ReplyDelete
  2. sabar itu indah (^_~)

    ReplyDelete
  3. kak aishah,
    moga terus tabah ye.
    saya pun tak sempat nak buat usrah minggu ni. waaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. salam,
    hai kakak comel...jgnla sedih...Isnin ni kita buat usrah eh..InshaAllah, moga Allah izinkan..
    igt akk je rindu kami? kami lagiiiiii2la rindu akk tau..

    - cuba teka sape? - hehe

    ReplyDelete
  5. jom2x sume 'ganti usrah'!

    satu tggal, satu langkah tersekat diakhirat.

    dan satu tinggal, satu hisab tak lepas di sana nanti..

    wahai semua naqibah, bangkitlah untuk mendidik ummah!

    ^-^innallaha ma'ana..

    ReplyDelete
  6. sabar na...
    hormon pon xstabil dan memacam lagi kot...patut la jrang nmpk online..ke aku yg dh jrng online?heheh

    yang,aku xtau nk kontek kt mane.ahad mlam free x?bole x kite mesyuarat jap ngn bell.aku dh gtau bell,die ok..

    tentatif sume x bincng lagi..

    kite kan keluarga jugak kan....hehehe

    -u know who i am-

    ReplyDelete
  7. ctrl A: to All,
    syukran jazilan. Being a postive one is crucial rite? thanx 4 all the nasihah, really appreciate it. =)

    to "u know who i am",
    sure dear! boleh2 InshaAllah. Ak ada ajak Dan jugak haritu. I'll message her back..Masa semakin menghampiri..waaaa, rindu "keluargaku" yang ini juga. Tersaaangattlaa rindu. Hu.

    ReplyDelete
  8. waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....(infiniti)

    kak,,sama la kita...apa2 pn jom sama2 berusaha agar ia ttp bjalan..

    ReplyDelete
  9. AlhamduliLlah, best giler. Dah dapat jumpa my akhawats, Juwairiyyah al-barrah petang tadi. Hehu. =)

    Uhibbukunna FilLah

    - Nantikan miscalled akak, istiqamah Geng skuad subuh! - =)

    ReplyDelete