Sunday, February 14, 2010

KELAKAR??

Selingan.. Jom dengar Danial gelak besar.. Apa yang kelakar akupun tak tahu.. Biasa la budak ni mudah tercuit hari dia.. Tergurispun mudah jugak.. So mana yang kita prefer.. Tercuit atau terguris..?? Sebab tu hargailah setiap masa yang kita ada bersama anak2.. Tak sampai hati nak tengok air mata mengalir dari pipi mereka..


Ni masa balik dari kenduri di Perak.. Singgah makan KFC kat restoran jejantas Sungai Buloh..

KENDURI KAWIN DI PERAK..


Ni antara event pertama yang dilakukan sebaik sampai di Semenanjung.. Kenduri kawin sepupu abah yang akupun tak berapa nak kenal.. tapi pegi aje meramaikan majlis.. Berlangsung di Sitiawan, Perak..

Sapa ntah yang borak ngan abah ni.. tak kenal plak.. katanya nenek sedara..



Ni semua sedara2 from Sitiawan.. Satu konvoi..



Aii Danial.. Penat ker.. Maklumlah tengahari panas.. Sian dia..



Dapat masuk dalam kereta Wan.. baru sejuk sikit..



Ni rombongan nak meminang sapa pulak ni.. :)

CEKOI...

Nak tahu apa benda cekoi ni? Jon layan Danial borak..


So faham dah apa maksud cekoi??
Tah aku pun tak paham.. Hehehe...

WHERE TO BEGIN??


Oh boy! Oh boy! Where should I start.. It has been so long since I last blogged.. Nak start kat mana pun tak tahu.. Macam mana ek? Takut tak ikut sequence tarikh jer.. Emm.. Apa boleh buat.. Kira redah je la ni.. Start dengan cuti akhir tahun 2009.. Here we go..

Ok ni 1st event kalau tak silap end of November.. Visit from my in-laws.. Mak dah banyak kali, tapi untuk abah, it was his 1st..



Dinner kat Hartz Chicken Buffet..


Ada waiter kecik.. Hehe...



Gambar atas ni pulak masa pegi tamu betong..



Danial.. active as usual..



Mak and sheena tengah window shopping sayur.. hehe..



Dekat Margharita Hotel.. Selepas seminggu mak dan abah di Betong..




Sementara tunggu dinner.. Siap ada peminat lagi..

Sunday, October 4, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN!!


Wahh kali ni post aku tentang JJCM plak.. Nak ganti Maria Tunku Sabri kot.. hehe.. Kebetulan, balik dari KL/Kajang hari tu dah agak lewat disebabkan flight yang delay.. So kitaorang decided to put up a night kat Kuching.. Kebetulan hotel Grand Margharita ni duduk sebelah dengan Sarawak Plaza so kitaorang pun round-roundlah kat situ.. Dengan GF Sarawak Plaza ni ada satu restoran yang agak menarik..

Nama restoran ni Hartz Chicken Buffet.. Yang best kat Hartz Chicken Buffet ni ialah kita just bayar RM17.50 per person dan korang boleh makan apa saja yang korang nak dalam restoran ni.. Jangan pulak nanti korang pergi mentekedarah pinggan mangkuk, sudu garfu pulak.. Maksud aku makan apa sahaja makanan yang disediakan.. hehe..


Entrance..



Ni section fried and grilled food.. Ada ayam goreng, panggang, onion ring and macam2 lagi.. Yang kelakarnya pedal ayam goreng pun ader.. keh keh.. Nampak kosong sebab staff dia belum refill lagi jangan risau..



Ni section ice-cream.. Flavour ikut hari.. Hari kitaorang datang tu ice-cream strawberry.. Sheena suka sesangat la.. Ice cream ni siap dengan 5-6 jenis topping macam chocolate, jem dan macam2 lagi.. Ada kat dalam tray kecik sebelah mesin ice cream tu..



Ni pulak section nasi dan lauk pauk.. Kira nasi campur la ni, cuma lauk yang ada aku tengok macam fuse western ngan local sikit.. Tak ketinggalan ada jugak pasta macam spaghetti..



Ni pulak section salad malad.. Tah macam2 jenis salad yang ada.. Confirm bukan section aku.. huhu..


Antara section yang aku paling suke.. Hot beverage section.. Tapi ada dua jenis je iaitu coffe and tea.. But trust me when I say that the coffe is superbb..



Ni section untuk cakes.. Tak perasan lak ada ke tak kek Sarawak..



Ni section tak pasti.. Tapi nampak banyak bun roti kat dalam tray tu.. Section roti kot..



And finally.. This is cold drinks section.. Yang paling best kat sini pada aku SEASONS Ice Lemon Tea.. Nyaman..



p/s: Motto Hartz Chicken ni adalah "Take whatever you want but Eat whatever you take".. Kalau tak habis setiap makanan yang tertinggal dalam pinggan kita akan dicharge.. Sebab tu kalau nak ke sini make sure puasa 2 hari dulu.. :)


BAS BETONG..

Akhirnya yang ditunggu sekian lama telahpun tiba.. Baru aku terperasan rupa2nya kat tempat parking bas berhampiran dewan utama dahpun ada bas.. Bas boleh tahan la.. Cap Hino.. Seat semi leather kalau tak silap.. Kira quite comfortable jugak.. Cuma bas je tak boleh nak jalan.. Sebab tak ada road tax lagi.. kweng kweng kweng..


40 orang sahaja yer.. tapi aku rasa time sembahyang Jumaat confirm lebihnyer.. Yelakan takkan driver nak ulang alik.. baik sekali harung..



Bahagian belakang yang mantop..!!



Ni kalau kat Kelantan ni budak2 dia kata bas sungut (sesungut) huhu..


Hmm nice interior.. Kalau tambah spoiler ngan skirting lagi cun.. keh keh..


Signing off..

FLIGHT DELAYED!!!

Tak pernah-pernah flight kena delay, akhirnya aku, Sheena and Danial merasa jugak pengalaman tersebut. Flight sepatutnya depart pukul 10.05 pg tapi ntah kenapa di tunda ke 12.00 tgh. Hmm.. nasib baik kitaorang bertolak ari Sabtu takder la rushing sangat mengenangkan esokpun still cuti lagi. Isnin baru sekolah buka. Dah nasib..


Ini je la pampasan yang mampu MAS bagi disebabkan kelewatan Flight kitaorang.. 3 keping breakfast voucher bernilai RM10.. Boleh redeem kat mana-mana restoran dalam departure hall.. Kitaorang redeem kat Asian Kitchen jer..



Semua passenger menanti dengan penuh sabar.. Apo laie la yang buleh dibuek..




Kapal terbang tak landing lagi tapi Danial dah landing dulu.. huhu..



p/s: Dapat info from one of the regular passenger yang dia pernah dapat refund RM200 sebab flight delay more than 2 hours.. Hmm.. Flight aku lagi sikit je nak 2 jam.. huhu..

Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Hari ni dah masuk 13 syawal.. Dah hampir 2 minggu kita berhari raya dan dah seminggu juga aku, Sheena and Danial pulang semula ke Kuching.. Macam tak puas je beraya di semenanjung tapi apakan daya terpaksa menunaikan tanggungjawab yang ada kat sini.. Dalam tempoh yang singkat iaitu tak sampai seminggu di Kajang dan KL tak semua saudara mara yang dapat kami ziarah.. Mana yang tak sempat tu mungkin boleh try masa raya korban nanti yang kebetulan jatuh time cuti sekolah..

Untuk entry Raya Aidilfitri kali ni hanya video ni yang dapat aku buat sebagai kenang-kenangan untuk kami serta saudara mara.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN..



Wednesday, September 16, 2009

BUAT PERMIT KERJA..

Kelmarin aku and family ke Sri Aman bagi urusan permit kerja dan passport terhad. Sarawak ni walaupun di bawah Malaysia tetapi merupakan negeri berautonomi. Itu syarat Sarawak masa nak join Malaysia dulu mungkin nak jaga kepentingan rakyat dia kot. So terpaksalah aku Sheena and Danial buat passport terhad ni agar tak dicop sebagai pendatang harem.. huhu..


Ni proses pertama iaitu ambik gambar saiz passport.. Buat kat kedai area Betong je.. Nasib baik Danial behave masa ambik gambar tu.. Melilau mata dia sampai penat Cina ambik gambar tu pujuk suruh tengok kamera.. hehehe


Dalam 11.30 am aku and family tiba di Wisma Persekutuan Sri Aman yang menempatkan pelabagai Agensi dan Jabatan kerajaan termasuklah pejabat Imigresen.. Nipun lepas melilau-lilau sesat kat Sri Aman


Cantik dan kemas pemandangan Wisma Persekutuan. Parking Lot memang luas dan selesa. Cuma perkhidmatan agak slow sikit. Proses untuk buat passport terhad aku and family ambil masa lebih kurang 3 jam walaupun ada dua family je yang berurusan. Mungkin boleh ditingkatkan lagi mutu perkhidmatan..


Nilah hasilnya passport pertama Danial..


At last baru rasa selamat sikit duduk Sarawak.. Kalau tak macam PATI je.. huhu..

PASAR RAMADHAN BETONG

Pasar Ramadhan Betong ni takla besar sangat.. Panjang dalam 50 meter kot kalau tak silap. Terdapat lebih kurang 30-40 gerai sahaja yang berniaga bermacam jenis juadah dari ayam panggang, kuih-muih, lauk-pauk dan sebagainya.. Tapak pasar Ramadhan ni terletak di kawasan Stesen Bas Betong.. Maklumlah kawasan lapang.. Cuma aku terkilan sikit sebab ramai peniaga kat pasar Ramadhan ni dah tutup kedai masa 15 Ramadhan lagi. Nak buat persiapan raya dengar ceritanya..




Tuesday, September 15, 2009

PEMANDANGAN BANDAR SIBAU (SIBU)..

Just nak add on some info related to the earlier post di mana aku and Sheena ke Sibu untuk Program MRSM/ATM. Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga ke Sibu setelah beberapa kali plan awal tak jadi disebabkan tarikan ke Kuching lebih kuat.

Dari Betong masa yang diambil untuk drive ke Sibu adalah sekitar 2 1/2 jam pada kelajuan normal dengan jarak lebih kurang 200km. Sibu terletak atas sedikit daripada Sarikei dan aku agak terkejut kerana bandar Sibu ni agak besar dan mungkin menghampiri keluasan Kuching. Kami bermalam di Hotel Premiere yang agak selesa. Tambahan pula betul-betul di bawah hotel ini terdapat pusat membeli belah dilengkapi Cineplex. Nasib baik Danial kecik lagi kalau tak confirm layan movie.. hehe..

Sibu ni mempunyai sedikit bad reputations kerana orang Sarawak menggelarnya sebagai Chinese territory dan banyak juga kejadian samun dan rompak yang dilakukan oleh kongsi2 gelap Cina dan ia masih berlaku sehingga sekarang.. Walaubagaimanapun Bandar Sibu agak cantik dan sekiranya ingin melawat Sibu elakkanlah pergi berseorangan untuk tujuan keselamatan..



Ni gambar Danial tertidur kepenatan dalam kereta sementara menunggu maknya menghabiskan kelas..


Cineplex di bawah Hotel.. Bestnye..


Takpe, tunggu Danial dah besar sikit..



Sibu di waktu malam.. Masih sesak dengan kenderaan..



Pemandangan dari bilik hotel..


Pemandangan dari bilik hotel..


Simple but nice..


Hmm bolehlah nak buat tidur..

PROGRAM PENDIDIKAN MARA BERSAMA ATM (TENTERA)

Program ni dah lama dah berlangsung sebenarnya iaitu pada 8 Ogos yang lepas. Tapi disebabkan sibuk dan baru jumpa gambar baru hari inilah entry post tentang program ini dapat dilakukan.

Progam yang merupakan sebahagian daripada Khidmat Masyarakat MARA berlangsung di Kem Belia Kemuyang iaitu berhampiran dengan Kem Tentera Rascom. Melibatkan lebih kurang 20 orang pelajar yang mana kesemuanya adalah anak tentera yang bakal menghadapi PMR.
Empat subjek yang terpilih mengendalikan Program ini adalah Bahasa Melayu oleh Kak Aya, Sains oleh Cg. Taib, Bahasa Inggeris oleh Sheena (aku supir je..) dan Math oleh Cg. Wan Mustapha.



Posing semasa sampai..


Kita nyirup dulu..


Bangunan biru di hujung merupakan tempat program dijalankan..


Padang kawat..

Blok Utama termasuk pentadbiran..


Antara pelajar yang dikenalpasti bermasalah.. Lemah yang amat..


Nyirup lagi..

Cg. Taib and Family..


Antara juadah yang boleh dinyirupkan.. Nyaman juga juadahnya..


Cg. Wan buat2 serius tu borak ngan pegawai Rascom..


Cover sikit air-cond.. Huhu..


Officer ATM yang menjadi PR sepanjang kursus berlangsung.. Terima kasih atas layanan mesra.. Ada rezeki kita jumpa lagi.. Proposal MLM yang dicadangkan tu nantilah saya fikirkan eh.. Huhu..