Idea terkejut!! Hahahahaha... Hari ni siap semua urusan dokumentasi utk Projek Lawatan Sambil Belajar ke Genting Highland. Cuma nak tunggu Bos aku sain saja kalau dia bersetuju laa...


Borang satuuuuu!!!!

Destinasi pilihan kali ni.. GENTING HIGHLAND.. mmg dah lama aku, Fairuz dan 3-4 org cikgu lagi dok planning nak buat rombongan. Semangat rombongan ni mai lepas bulan Mei aritu, 4 buah bas kami angkut ke Petrosains & Pusat Sains Negara. Jadi, kali ni takdak la target sampai 4 buah bas. Dapat 2 buah pun kira OKlaa... Harga setelah berunding dengan Fairuz, kawtim RM90.00 seorang budak. Mmg berbaloi la bagi aku.. Pakej Genting bagi termasukla Indoor & Outdoor Theme Park, Snow World, Strawberry Park, Makan@First World Hotel dan Tambang kereta kabel.. RM90.00 tu jugak termasuk tambang sewa bas. Cuma aku tambah minum petang sebab takut budak2 lapo masa on the way balik Nilai... 
Customer belum tahu lagi.. Cuma tadi aku promote 2 buah kelas Tahun 4, mmg semangat nak pi tinggi.. Tanya itu, tanya ini.. Aku jawab, Tunggu!!!!! Aku bukak utk Tahun 5 & 6 dulu.. kalau ada kuota lebih, aku bukak Tahun 4...
Jom.. sapa nak ikut? Angkat tangan... - Hehehehehhe..
Hit: 7 Laman Asal