Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu satu sub NKRA Pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 2010. LINUS dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi seawal mugkin supaya Intervensi dapat diberikan dengan kadar segera.
Untuk makluman tuan/puan, Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru pemulihan di setiap sekolah kepada guru pemulihan bagi 15 orang murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 2012 telah bersetuju supaya semua cadangan Makmal NKRA Pendidikan dilaksanakan.     Berikut dilampirkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012 - GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS. Sila klik di sini untuk muat turun.
Hit: 19 Laman Asal