Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 14 Oktober 2012

Bahan bacaan buku sains untuk Pusat Sumber

Pada minggu ini, saya berfikir untuk menambah koleksi bahan bacaan buku sains dalam pusat sumber. Selaku ketua panitia sains juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah. Maka, saya telah adakan sedikit perbincangan bersama guru pusat sumber iaitu Ustazah Harirah dan kemukakan niat saya. Keputusan dalam perbincangan ialah:

1. Senarai bacaan buku sains saya serahkan kepada guru pusat sumber dan semua buku yang disenaraikan setuju untuk dibuat pembelian sekiranya stok masih ada di kedai dan bersesuaian setelah dilihat. (Senarai buku itu saya dapati dari katalog 2012 yang diberikan oleh pembekal kepada pihak sekolah).

2. Saya akan melihat buku-buku tersebut di kedai (Kedai Buku Knowledge di Fajar Lahad Datu).

3. Nota minta akan dikeluarkan dari Guru Pusat Sumber kerana menggunakan bajet dari sumber kewangan pusat sumber.

Alhamdulillah, pada 8-Oktober-2012 sekitar jam 3.00 petang dan sempat berbincang dengan Mr.Chang mengenai hasrat saya untuk melihat-lihat dahulu senarai buku yang telah saya bincangkan bersama guru pusat sumber.







(Buku yang telah dicadangkan dan dibeli)
Terima kasih kepada Ustazah Harirah dan pentadbir sekolah.

Mr.Chang turut mencadangkan beberapa buah buku yang lain. Namun saya hanya menyatakan bahawa senarai untuk bahan bacaan buku sains sahaja menjadi keutamaan bagi saya kerana sudah mendapat persetujuan dari guru pusat sumber. Antara buku-buku lain ialah











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails